Syukur Selalu

Assalamualaikum..

Masih lagi dalam mood raya. Syukran kepada Allah atas nikmat yang diberikan. Syawal tahun ini memberi satu makna yg besar buat diriku. Akan ku abadikan segala cerita di sini supaya kelak boleh ku kenang kembali. Huhu. Bismillah....
Tak ku sangka tak ku duga. Hari Sabtu yang lalu apa yg dijanjikan telah pun ditunaikan. Dua hari sebelum hari kejadian sudah ku rasa debarannya. Tidur tak lena, celik pun tak keruan saat si dia bercadang utk bertemu ahli keluargaku. Sebelum sltiba waktu tu, ada lah beberapa planning yg dibuat, hampir2 saja nak batalkan apa yg kami rancang. Alhamdulillah, Tuhan tahu niat baik kami, dan dtg lah beliau seperti dijanjikan pada malam tersebut. Aku nervous bukan takut dgn respons yang parents aku akn berikan. Tp nervous kerana jarang berbual dgn lelaki itu, apatah lagi utk biasakan diri. Tapi, terpaksa juga ketepikan dulu semua tu, kalau tak bila lagi kan.
Masa mula2 dia dtg, dah rasa cm nk menyorok kat dapur. Dia leka berborak dgn ayah kat depan. Tp terpaksa aku putuskan perbualan tu dan jemput dia menjamah mknan yg hampir sejuk gara2 dia sesat dan lambat sampai. Haha. Alhamdulillah syukur dan syukur sebab respon ayah sgt positif, sampai aku rasa mcm ayah dah kenal lama dgn dia. Dia yg aku tengok pd mulanya pemalu pun rupanya boleh tahan peramah. Tak kena timing, ada game bola pula. Sudahnya dia ngam dgn ayah aku, sama sama tgok bola, while im sitting beside him like 'krikk krikkk'. Lulzzzz. Dah lama lepas tu, dia minta izin nak balik. Sebelum balik, dgn sopan dan teraturnya dia minta izin dgn ayah utk bawa kluarganya dtg bila ada msa yg sesuai. Aduhhh, segannya aku. Tak sangka dia sebegitu nekad dan serious. Tp aku syukur sebab mak dan ayah dapat kenal dia, dan senang dgn kehadiran dia. Tapi sampai skg aku rasa mcm mimpi. Lelaki yg aku penah deeply in love with (wlaupun dia tak pernah tahu) akhirnya offer diri utk jumpa mak ayah. Adakah ini dinamakan jodoh? First step accomplished ! So second step would be???

Sekian.

3 Comments:

Nad, anda telah ditag untuk segmen Pencarian Bloglist Untuk Blog Gadisgenits.. ;-)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More