Home Decor

"Have nothing in your home that you don't know to be useful or believe to be beautiful." —William Morris.

Family

“Family is not an important thing. It's everything.” – Michael J. Fox.

Home

“Home is the starting place of love, hope and dreams.”

Food

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

Eat Together as a Family

"When we eat together, when we set out to do so deliberately, life is better, no matter what your circumstances. - Thomas Keller"

My Unforgettable Beautiful Memories (Part 2)

Disebabkan iols ni ada GDM on diet, so supposely masa deliver haritu anak kena tahan NiCU utk pantau. Tp Alhamdulillah sempat on antibiotik beberapa jam sebelum baby keluar,so baby tak kena duduk wad. Boleh duduk ngn ibunya sampai discaj. Hehe. Jadikan cite malam tu paling mencabar sbgai seorang ibu. Dgn baru bersalinnya, tidur tak cukup, masih mamai kesan dari ubat tahan sakit. Susu pulak tak berapa keluar ditambah dgn tak berapa reti skill menyusu baby. At last gigihkan juga jalan tolak baby ke kaunter nurse mntak nurse ajarkan. Alhamdulillah nurse2 HTj mostly semua okay. Huhuhu. Agak berjam jugak lak iols menumpang tepi katil tu sbb nurse nak pantau cara penyusuan. Sampai pukul 1 ke 2 pagi iols stay situ masih mencuba. nak menangis pun ada. Last2 ckp nurse nak balik bilik sbb nk tidur. Lpstu nurse ckp dia nak ambil baby kejap nk check gula apa semua. Iols pun redho je sbb da penat sgt. Naik katil tunggu punya tunggu nurse anta baby smpi terlelap. Tersedar dalam 6am baby masih kt sana. Entoh apa dia buat anakku. Huhu. Tak lama lpstu baru dia hantar. Baby msih takpndai menyusu. Kesian betul dia kelaparan. Nasib baik tengahari dah boleh discaj, sampai rumah uwan terus bagi susu formula. Minum dgn gelojoh dia. Alahai sian anak omak.

My Unforgettable Beautiful Memories

Kisah tak habis setakat tu. Alkisah anak kena kuning pulak. Check kt KK, doc refer suruh pergi HTJ, sbb spital PD dah full. sampai sana, sekali kena tahan wad. Nasib baik ada katil kosong, iols pun boleh stay sekali(walaupun hati memberontak nak balik). Hehe. Tapi apakan daya, demi anak, ku gigihkan jua. Di sinilah bermula satu pengalaman yang paling takboleh lupa. 1st thing kena bagi susu badan. Susu topup formula ada disediakan tapi kena bagi guna cawan. Penggunaan botol adalah dilarang sama sekali. Baby masih tak pandai menyusu. Nak dibagi pakai cawan, baby asik keluarkan balik dan tersedak. Allahu ! Menangis aku sepanjang duduk kt wad tu. Baby kena duduk bawah lampu ultra. Asyik menangis sejuk dan lapar. Buntu gila rasa. Mengadu pada en asben, beliau kt rumah. Dgn makanan pun spital tak sediakan. Last2 amek inisiatif, sorok2 bagi baby menyusu botol. Tu pun dah macam pencuri buat dalam keadaan takut2. 

Satu hari iols tak tidur risau takut tak sedar baby menagis. Dengan tengah pantangnya, susu topup diletakkan jauh, tpaksa ulang alik amek, kain baju satu apa pun tak bawak, dgn tak mandi. Besar sungguh dugaan pd masa tu. Tapi tak fikir sakit apa dah, hanya fikir anak je masa tu. Bila esokknya doc dtg check, suddenly cakap kena stay satu malam lg. Terus iols menagis2 kt asben cakap nak balik. Walau apa jadi, tak sanggup duk hospital. Iols amek kputusan terpaksa tinggalkan baby kt situ demi kebaikan. Sumpah, hati seorang ibu mana yg sanggup tinggalkan anaknya. Tapi bila fikir kalau iols yg jaga, kuning lambat turun sbb baby kurang menyusu dsb, iols terpaksa juga balik. Dah la masa nak balik tinggalkan anak tepi kaunter je sbb bilkk/cubical yg tmptkan baby2 tu full. Lg menagis2 iols balik . tapi dah nekad, balik tu iols pegi mengurut. Urut apa yg perlu.

Keesokan harinya selesai mengurut terus rushing g spital. Sampai je spital, cari anak tak jumpa. Haha. Last2 tanya kt nurse rupanya dalam bilik. Lega, ingtkan masih kt tepi kaunter. Masuk je bilik, tengok anak tengah menagis. Nurse siap ckp 'ha tepat pd masa awk sampai'. Ya Allah taktau dah berapa lama dia nagis, sampai serak2 suara. Kesian anakku. terus bagi susu badan, alhamdulillah barulah baby pandai menyusu lepas berurut. dan alhamdulillah hari yg sama juga anak turun kuning dan boleh discaj. Makna kata betul la keputusan iols tinggalkan dia sekejap walau hati tak rela. Kdg keputusan yg kita ambil tu wlau bukan kehendak kita, tapi mungkin itu yg terbaik. Wallaualam.


My Unforgettable Beautiful Memories ~

Hi bloggers..

Lama rasa tak update story kat sini. Hajat hati lama dah nak mengarang tp disebabkan beberapa perkara kena setel terus tak sempat update.

Harini iols nak cerita satu pengalaman yang paling tak boleh dilupakan. Most of uols mungkin dah pernah rasa tapi tak semua sama kan? Apa dia?
Pengalaman bersalin...

Jadikan story, Jumaat 17/8/2018 iols pergi kerja seperti biasa. Actually malam sebelum tu dah mula rasa tak sedap badan tapi memandangkn baru week-37 iols tak expect apa2. So, masa kt office iols dah rasa lain mcm pada badan. Baby mcm masih slow gerakan, nak duduk pun rasa sakit2. Pergi toilet tengok mcm ada sdikit darah tapi tak pasti dari mana. Risau punya pasal iols terus bgtahu en asben. En asben masa tu masih mc, dah seminggu cirit birit. Waktu tu dia ada dekat klinik kesihatan utk check. Allahu! Kesian dia. Bila aku bgtahu nak g hospital check terus dia gelabah datang. So lweols terus bergerak ke HTJ.

My Unforgettable Beautiful Memories 

Sesampai di sana, terus ceritakan apa masalah and nurse terus suruh masuk ke dalam bilik check up. Doc kat sana buat ctg utk check jantung baby and check bukaan. Masih tiada bukaan. End up doc tu kata 'awak kena admit harini memandangkan dah cukup bulan and baby pun kurang aktif. Esok kita akan induce'. Like what??? Nak gugur jantung aku. Niat hati datang nak check je. Tp ni dah macam serah diri. Dahlah dgn kain baju satu apa pun tak bawak. Iols terpaksa redha.

Doc scan everything is okay, but tetap juga nak induce sebab dah tempoh matang. Sedih rasa hati. Masa tu macam masih blur2 apa yg dikatakan induce. Yg tau induce tu masuk ubat ikot drip utk paksa bersalin.

So, lepas dah bgtahu en asben, doc terus tolak iols ke ward pakai kerusi roda. Naik ward tetibe ward penuh. Terpaksa menunggu kat kerusi sementara tunggu org discaj. Tak berapa lama lepas tu dapat katil, tapi katil tambahan kt tepi2 lorong. Sadis betul. Dah mula nak menagis kt en asben, last2 dia dapatkan iols bilik tapi dah petang. Ok lega. Hehe.

So, tu la 1st time pengalaman duduk kt spital. En asben tak boleh masuk selagi belum waktu melawat. So dia pun balik dlu pegi solat Jumaat. Tinggal la iols keseorangan. Hari yang sama mak ayah terus datang melawat. Hehe.

Ok kisah bermula pada keesokkan harinya, awal pagi buta nurse akan datang check tekaan darah. Tak silap masa tu pukul 4 pagi. Bila tanya pukul berapa akan diinduce, nurse kata pukul 7. Pagi betul ! Last2 dalam pukul 6 lebih dia panggil minta tunggu giliran kat luar. Ramai gak dalam 13 org menanti utk dipaksa bersalin. Haha. Bila tiba giliran iols, rupanya 1st stage dia akan masukkan capsule ikot bawah. Proslin namanya. So tak semestinya lepas masuk ubat tu akan terus bersalin. Tapi masa tu bukaan dah 2cm. So iols tunggu lagi. Dah balik bilik, nurse tanya dah ada rasa sakit ke?Rileks je cakap takde. Dua kali gak nurse dtg tanya. Tiba je pukul 10, perut dah start memulas. Rasa mcm senggugut. Makin lama makin kerap. Sampai nak tido pun takboleh. Agaknya ini yg dinamakan contraction.. Bila bagitau nurse, katanya kalau ada darah dan lendir inform dia.

Dari pukul 10 pagi, sampai ke malam sakit non stop. Ngadu kat en asben sampai nagis2. En asben ajar buat senaman, ajak pusing2 satu ward. Aku jalan depan dia follow je kt belakang. Gagahkan diri juga utk jalan walaupun sakit. Malam tu suddenly dah turun darah+lendir. Bgtahu nurse, katanya tu tanda awal. Kalau ada air meleleh bagitahu cepat. Adehh. Berapa lama lg harus tunggu. Last2 aku minta check bukaan, still 2cm. Balik katil menagis lagi dan lagi.. En asben dah balik, iols try buat jalan itik sekeliling katil. Tiba pukul 2 pagi, tiba2 ada rasa air keluar. Cepat2 pergi kat nurse. Nurse suruh tunggu kt bilik utk check bukaan. Tunggu doc punya lama, last2 air merembes keluar non stop. Haha. Time tu barulah semua mula nak gelabah. Padahal sebelum ni mcm tak diendah. Unfortunately bukaan masih 2cm. Sedih rasa lama gila tak bukak2.

Tapi disebabkan aku ada masalah semasa pregnancy, nurse cakap terpaksa on antibiotik and tolak ke LR time tu gak. Ikotkan kalau nk msuk LR kena bukaan 4cm. Tp disebabkan air ketuban da pecah tapi jalan belum bukak, terpaksa jugak tolak. Nurse terus suruh call en asben. Kesian en asben masa tu baru je balik rumah. Ikotkan dia nak stay je kt hospital kt ruangan menunggu, tapi bukaan still 2cm aku fikir lambat lg terus suruh dia balik dlu. Last2 pukul 3 dia tengah shiok tido kne datang balik. Hehe.

Sampai kt bilik LR, aku ingatkan bilik LR ni mcm dalam tv besar dan banyak peralatan. Rupanya bilik LR yang biasa je. Katil pun katil biasa mcm kat ward je. Takde tempat untuk ikat kaki mcm yang ku bayangkan. Huhu. Yang takboleh bla doc yang check jalan aku tu lelaki. Malu tapi ketepikan jela semua sebab dah sakit kan. Tak lama lepas tu en asben datang. Lega sgt bila tengok muka dia. Nurse pun drip kan ubat kt tangan utk kasi contraction lagi kuat bagi bukaan cepat buka. Ni baru the real induce. Mulanya tak rasa sgt, nurse suggest ubat tahan sakit. Tapi aku refuse sbb boleh tahan. En asben sempat keluar solat subuh n makan lagi sbb nurse ckp macam lama lagi. Sekali dia tambah ubat, contraction kuat gila. Allahu! Tak dapat gambar dgn kata2. Sakit separuh mati! Terpaksa minta ubat tahan sakit. Sempat je kena ceramah dengan sorang nurse tu sebab jual mahal offer taknak. Telan jela semua tu sbb dah sakit sgt. Bila en asben datang, dia sibok pgg2 and suruh selawat. Terus rasa mcm nak marah bila dia pgg. Hehe. Tak sengaja, mungkin sebab terlampau sakit. Rasa nak terajang je besi katil tu weh T.T Aku dah hampir nak give u, siap cakap ngn en asben 'boleh tak nak czer je'. tiba2 ada sorang perasan ctg jantung baby dah drop and tak balance, terus mereka panggil doc. Doc datang terus semua nurse yg ada kat situ kena marah sebab cuai. Ya Allah keadaan saat tu agak genting, semua kelam kabut. Last2 doc cakap dia cuba paksa bukakan bukaan time tu gak utk keluarkan baby. Dia seluk masa tu nak menagis aku. Tiba2 dia suruh ready to push. Push punya push rupanya cara salah. Doc tu guide cmne nak push. Yang kelaka semua masa tu jadi pom pom girl/boy termasuk en asben sebab nak suruh push. Kecoh bilik tu. Ahahaha. Aku dah hampir tak bertenaga tp bila dengar suara en asben terus datang semangat. Aicehh. Akhirnya setelah beberapa kali push, keluar lah seketui zuriatku yang diberi nama Muhammad Ammar bin Muhammad Taufik tanggal 19/8/18 pada pkul 8.23am. Inilah pengorbanan seorang ibu dan ayah utk anaknya. Bersyukur sgt sebab sepanjang perjalanan kisah ni, en asben sentiasa ada kat sisi, sampai terlupa nak makan, tidur tak lena utk pastikan dia ada waktu aku memerlukan. Terima kasih suamiku.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More