Home Decor

"Have nothing in your home that you don't know to be useful or believe to be beautiful." —William Morris.

Family

“Family is not an important thing. It's everything.” – Michael J. Fox.

Home

“Home is the starting place of love, hope and dreams.”

Food

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

Eat Together as a Family

"When we eat together, when we set out to do so deliberately, life is better, no matter what your circumstances. - Thomas Keller"

Alhamdulillah one step closer ~

10.12.2016

Detik paling bermakna dalam hidupku. Hadirnya satu rombongan menyampaikan hasrat. Sebenarnya dari mula lagi hati aku dpt rasakan tahun ni seolah bagi satu kejutan besar utk diri aku. Cuma tak disangka dgn siapa. Sebelum hari kejadian dah mula sibok buat persiapan. Kelam kabut diri sendiri mencari pelamin yg murah lagi indah. Memikirkan brg hantaran yg patut dibagi. Mcm ni rupanya bila semua kena diuruskan sendiri. Kawen nnt mcmna agaknya ya? Alhamdulillah janji puas hati bila pakai duit sendiri. Cuma makan dan khemah ayah support. Ehehehe.

One step closer

So, apa persiapan yg aku buat sendiri? Eventually bendanya adalah baju dress, pelamin, mekap, goodies bag dan hantaran. Barang hantaran yg pihak perempuan bg pd lelaki:

1.kain ela(utk nikah)
2.coklat ferrero rocher
3.tuala
4.pavlova
5.kek fresh cream
6.manisan berbentuk cili
7.buah buahan

Barang pihak lelaki beri pihak perempuan:
1.sireh junjung
2.cincin
3.kain ela(nikah)
4.coklat
5.buah buahan

Waktu hari kejadian Alhamdulillah berjalan lancar semuanya. Cuma mendung and hujan skit waktu pihak lelaki sampai. Seperti adat org melayu, juruckp lelaki adalah bapa saudaranya dan juruckp prempuan adalah merangkap atok sedaraku. Punya lah lama diorang berunding iols kat dalam bilik sampai panas bontot menunggu utk dipanggil. Akhirnya lepas sarung cincin, bacaan doa,makan dan majlis pun selesai. Cuma agak terkilan tak dapat bergambar dgn kluarga lelaki. Sejuk sgguh hati nampak en tunangku masa tu. Tiap kali iols pndg muka dia rasa berdebar tapi ada ketenangan yg dirasa. Apepun bersyukur tersangat kerana sudah berada di peringkat ini. Maka iols kini bergelar tunangan org yg selama ni iols meminati dalam diam. Orang kata dugaan bertunang lagi hebat, moga kami sama2 dapat harungi dan janganlah Engkau bolak balik kan hati kami. Aminn.

Ikhlas,
Hamba Allah.

Precious moment in my life

Dear diary,

Everything was like a dream. Am I ready to become someone new? Or maybe to become more matured? Mcm mna nak kahwin kalau tak matang lagi ni? Sigh.

Its okay nad. Take ur time-he said. Dalam pada take ur time pun, berani pula dia membawa ku ke step demi step. Kdg2 terpaksa bertabah bila perangainya totally different dgn diriku. Tak boleh keluar selalu, taknak selalu contact, jarang ckp rindu, sayang semua tu. Takboleh itu, takboleh ini. Tapi lebih pelik dgn diriku sebab boleh accept. Kdg tertanya2, serious ke tidak dia ni? namun, paling respect dia berani membawa keluarga bertemu keluargaku. Maka, 17/9/2016 tarikh diriku dirisik. Tak pernah terbayang secepat ini dia bertindak. Still remember, pada hari Sabtu tu mak ayahnya datang. Dua hari sebelum dah mula tidur tak lena. Macam2 fikir, layak ke aku dgn dia? Mcm mana penerimaan family nya yg tak pernah sekali aku jumpa? Alhamdulillah all went well. Keluarganya sgt2 baik. Maknya sgt keibuan. Saat mak nya memelukku, sayu sgguh rasa. Yg paling nervous bila kena tunjuk keanak-daraan dgn menjamu tetamu makan. Tuang air, tuang makanan. Alahai kelakar bila teringat. Apepun satu pengalaman baru bagiku.

Terima kasih kerana terima diri ini.
Ikhlas,
Bakal.

Syukur Selalu

Assalamualaikum..

Masih lagi dalam mood raya. Syukran kepada Allah atas nikmat yang diberikan. Syawal tahun ini memberi satu makna yg besar buat diriku. Akan ku abadikan segala cerita di sini supaya kelak boleh ku kenang kembali. Huhu. Bismillah....
Tak ku sangka tak ku duga. Hari Sabtu yang lalu apa yg dijanjikan telah pun ditunaikan. Dua hari sebelum hari kejadian sudah ku rasa debarannya. Tidur tak lena, celik pun tak keruan saat si dia bercadang utk bertemu ahli keluargaku. Sebelum sltiba waktu tu, ada lah beberapa planning yg dibuat, hampir2 saja nak batalkan apa yg kami rancang. Alhamdulillah, Tuhan tahu niat baik kami, dan dtg lah beliau seperti dijanjikan pada malam tersebut. Aku nervous bukan takut dgn respons yang parents aku akn berikan. Tp nervous kerana jarang berbual dgn lelaki itu, apatah lagi utk biasakan diri. Tapi, terpaksa juga ketepikan dulu semua tu, kalau tak bila lagi kan.
Masa mula2 dia dtg, dah rasa cm nk menyorok kat dapur. Dia leka berborak dgn ayah kat depan. Tp terpaksa aku putuskan perbualan tu dan jemput dia menjamah mknan yg hampir sejuk gara2 dia sesat dan lambat sampai. Haha. Alhamdulillah syukur dan syukur sebab respon ayah sgt positif, sampai aku rasa mcm ayah dah kenal lama dgn dia. Dia yg aku tengok pd mulanya pemalu pun rupanya boleh tahan peramah. Tak kena timing, ada game bola pula. Sudahnya dia ngam dgn ayah aku, sama sama tgok bola, while im sitting beside him like 'krikk krikkk'. Lulzzzz. Dah lama lepas tu, dia minta izin nak balik. Sebelum balik, dgn sopan dan teraturnya dia minta izin dgn ayah utk bawa kluarganya dtg bila ada msa yg sesuai. Aduhhh, segannya aku. Tak sangka dia sebegitu nekad dan serious. Tp aku syukur sebab mak dan ayah dapat kenal dia, dan senang dgn kehadiran dia. Tapi sampai skg aku rasa mcm mimpi. Lelaki yg aku penah deeply in love with (wlaupun dia tak pernah tahu) akhirnya offer diri utk jumpa mak ayah. Adakah ini dinamakan jodoh? First step accomplished ! So second step would be???

Sekian.

S.H.R.M.Z.B

Hi alls ! Rasa belum terlambat lagi kot untuk wish Selamat Hari Raya Eidul Fitri untuk semua. Dah raya ke-3 baru berpeluang wish. Hehe. So, raya pertama this year just like the previous years. Cuma tahun ni agak meriah sikit sebab yg dah kahwin semua secara kebetulan semua turn belah sini. Diulang, yang dah kahwin. And Alhamdulillah, my family pun complete this year. Rutin raya iols? So, setiap tahun wake up in the morning, iols akan mandi sunat Hari Raya terlebih dahulu. Then siap siap utk pegi semayang raya kat masjid yg dekat ngn rumah. After balik raya, baru dapat menjamah ketupat rendang kuih bahulu, juadah enak warisan melayu. *eleh uols ni nyanyi pula*. Hehehe. After dah gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati baru lah siap2 pakai baju raya. Tema kaler this year? Tema rojak. Haha. Tahun ni tak sedondon dah, tp baru tahun family iols semua warna dekat2. Iols je yg jauh betul lari kaler merah. Lulzz. Then bersalaman sesama keluarga. Aktiviti wajib tak ketinggalan (ambil gambar). Huhu. Lepas tu, kami akan berangkat balik ke kg belah ayah kt Bt 8, Labu. Kat sana baru bertambah meriah bila ambil gambar reramai then menjamu selera. Makan lagi dan lagi. Dah berkumpul semua baru lah start jalan raya. Tak pegi jauh pun, jalan kaki ramai2 pegi rumah jiran-jiran kampung. Then, sebelah ptg nya sedara belah mak pula akan dtg beraya. Sesambil tu pegi beraya kampung mak. Like before this, raya pertama sempat ziarah kubur arwah wan dan atok. Dah petang baru sempat nk krohh krohhhh. Tp pecah rekod, tahun ni iols tak tidur k. Sampai malam beraya, exausted betul badan. Tp this year ada sikit yg iols rasa sgt kelainan nya, bila most of the cazen yg iols rapat semua dah kahwin. So diorang dtg semua ngn pasangan, iols je terkontang kanting sorang. Sobssss. Lagi terasa lebih bila photoshoot raya pun terpaksa dikorbankan sbb semua dah berkeluarga. Hopefully, insya Allah my HIF said tahun depan beraya berdua pula. Hehehehe. apepun, kte hanya merancang, Tuhan yg tentukan. So, mcm mana pula dgn raya uols ?

Majlis Berbuka Puasa

Ready to story Bismillah..

Salam Jumaat cuols,
Harini nak berkongsi kisah pd malam semalam. Majlis Berbuka Puasa anjuran company outsourcing dgn company yg iols kerja sekarang. Actually event tu berlansung minggu lepas, tapi atas perkara tak dapat dielakkan jadi tunda pada malam semalam. Lokasi majlis tu adalah dekat Klana Resort. Masa mula2 dengar tu rasa agak hambar lah sebab dah selalu sgt event kat sana. Tapi dah org belanja cukup baik, banyak betul cekadak... hehehehe
So iols datang dgn kakak sedara, and oso my praktikal friend. Nak kata lambat tak lambat, awal lagi lah tak. Tapi for sure, memang dah ramai juga masa tu. Dalam tengah ternganga2 mencari tempat sekali ternampak lah si dia. Terkejut beruk rasa sebab baju yg dia pakai sama sebijik pula mcm iols malam tadi (okay memang plan, tapi tak sangka lah serupa betul). Shhhh ! so, mcm biasa lah bila jumpa agak awkward and tak terasa nak tegur pun sebab segan gila. So pretend tak nampak jelah. Haha !
Okay my main point here is about the food. Agak kaciwa and spoil lah malam tadi. Sebab time nak buka tu perut dah mula buat hal masuk angin. Tengok semua benda tak berselera. Bila makan lagi lah rasa nak muntah. So Iols just main rasa2 je, selebihnya pass kat bell suruh habiskan. Hahaha habislah tak jadi diet budak tu. Memang many variety dekat sana, cuma nya tempat dia agak sempit. I prefer dia buat dekat hall sebab mungkin lebih selesa. Tp okay lah, everything went well and food and dessert sume bg iols no komen (sebab iols sakit perut). Huwaaa. Lepak punya lepak hampir nak pukul 10 kot baru reti balik. Haha. Bak kata mak iols tu 'orang dah gulung tikar baru kau nk balik'. Cuz sementara tu iols tunggu kakak sedara iols. Dan sambil2 sempat lah menjeling menjeling ku bertentang dgn si dia. Auwww. So masa nak balik tu, suddenly diorang tgh ambil2 gambar ajak join sekali. Fuhhh nasib baik lepas tu iols cuma jadi camerawoman je, tp rasa rugi lak tak bergambar sbb baju sedondon. Hehe. Kemain gatal. Tapi segan sebab masa bergambar tu dia yg jadi cameraman pulak. Okay lah sebelum iols bye, iols belanja lah ckit gambar semalam. Jangan kata hakak tak payung !

Iols duduk sebelah boss pula.. hehe
Sama tinggi semua, tp dua hujung tu awet muda.. hehe
Ehem2...
Selfie sebelum balik..
Suasana raya betul. Haha. Part of sains and hatimuda..

Dilemma 2016.

Umur dah semakin meningkat. Tp kalau relation masih terumbang ambing, wajarkah? Nak dilepas syg sebab dah lama. Tak dilepas makan hati. Arah tuju tu masih blm nampak kalau masih bersama. Apa ptut dibuat?

Complicated.

Lelaki. Bila perempuan mengharap, mula menjauhkan diri.

Nurkilan.

Jujur ku suka kamu. Dan ku tahu kau juga begitu. Walau kau tak penah berkata, ku lihat dr tingkah dan cara. Namun ku tak bisa memiliki. Kerna ku sudah punya yg lain. Meski kau terlambat dalam bicara, aku tahu kau kecewa. Maafkan aku. Bila hasratku keliru.

The end.

Pilihan..

Banyak ke pilihan yg aku ada? Ada yg mengatakan supaya aku bertahan dan sama2 membina kerjaya yg stabil. Ada mengatakan yang lebih baik sentiasa menanti. Soal hati, tiada jawapan..

3D2N in Langkawi Island..

Assalamualaikum uols..

Thanks for reading my entry. Harini terasa rajin nak mengarang blog setelah beberapa mood bercuti. Umm, so iols nak cerita sikit pengalaman iols bercuti. Since iols ni dah lama sgt dah tak bervacation, maka bila tiba harinya ofcourse iols lah yg paling excited okayy ! Kenapa Langkawi? Well, actually this is my family favourite place kalau tiap kali nak bercuti. Kdg2 iols pun tak faham kenapa, tp mgkin mak lah paling gembira sbb boleh shopping sakan pinggan mangkuk. Pheww !

So, hari Jumaat haritu (080416) jam 9 malam weols bertolak ke sana. Shiok gila perjalanan malam, takde lah rasa panas sgt. Weols bertolak malam sbb nak sampai jeti subuh2 hening. Jadikam cerita, seperti dijangka dlm pukul 7 mcm tu iols sampai sana, feri pukul 8.15 baru ada. Disebabkan haritu hari sabtu, ramai dia nauzubillah. Bersesak2 tobat mak nokss ! So sampai2 sana ingat boleh lah mandi2, segarkan badan. Tp boleh check-in pukul 3 ptg baru dpt masuk hotel. Hampa ! So dgn muka tak mandi, bdn tak pasti lah bau ke tak(heheheh), tour guide tu bwk iols pegi breakfast dulu, kmudian pegi ke Kilim Geopark Langkawi. Bg yg tak pernah ke sini sbelum ni, tmpt ni adalah sebuah pulau yg kita boleh pergi naik bot utk mnikmati keindahan alam dan aktiviti seperti melawat tmpt ternakan kolam ikan, tengok org bg makan kt burung helang and masuk ke gua kelawar. Cuaca yg panas membuatkan iols rasa penat gila tak selesa baq hangg. So inilah dia sdikit gmbr yg sempat di capture:


Sorry annoying ckit gambar.. hehehe..so after dah selesai our visit yg pertama, next iols visit pula kilang gamat and gedung batik.. syg duit punya pasal, tak tahu nak beli apa kat sana. Hehe. Finally, dalam pukul 3 lebih, iols pun check in hotel. Iols menginap dkt myHotel, which is I think quite new juga hotel ni. Terletak dekat dgn pekan Kuah, strategik betul sbb ada uptown and pasar malam. Jalan kaki je nak ke sana. Bilik dia? Superb like ! Selain kemas dan bersih, selesa juga lah utk dua org je satu bilik.
Ini pemandangan masa mula2 masuk bilik.. hehe. Unfortunately terlupa nak capture gambar toilet dia. Toilet pn best juga air pancut dia lebar shiok sgt mandi.

Ini pula kolam hotel. Rugi pula rasa tak mandi. Tp nak mandi malas, leceh nak basah2, so mampu tengok jelah.

Then, day 2 dimulakan dgn bersarapan dkt ruang makan hotel.
Tak variety sgt sbb iols turun lambat :((

After breakfast, the first place yg iols visit adalah Makan Mahsuri. Tp tak masuk pun since dah dua tiga kali pergi. So bergambar jelah sefamily. Hehe. The second place ialah Cable Car Langkawi. Nasib iols agak baik masa tu sbb pagi lagi cuaca agak baik. Tak berapa panas, redup je. Tp feel amazing sikit sbb dah ada perubahan which is dah ada jambatan gantung dkt area2 situ. Tp kalau nak redah situ kena bayau lah 5 henggit uols, aduhh semua benda nak kne bayar.





Selepas tu, baru lah aktiviti shopping2 dekat HiG(Haji Ismail Group) dan Idaman Suri. Bab ni bagi mak2 memang win, kalau iols memang dah tak larat nak jalan dah, so iols tunggu jelah dalam kereta yg telah disewakan. Hehe. Malam pula, iols makan dekat Dataran Lang. Tp sedih, mgkin salah timing ktorg datang, sbb Dataran Lang skg under reconstruction, tak dapat nak masuk bergambar kat sana. I iz sad ! :( Takpe lah, ada rezki jumpa lagi noh nohhh.

So day 3, before balik tu iols singgah pula dekat Padang Besar utk continue shopping lagi. Tp cuaca yg panas berdoting(bak kata oghang negeri), membantutkan segala mood nak membeli. Lain mcm panas nya dekat sini. PD yg iols rasa panas overload tu, rupanya utara lagi panas. Langkawi lagi tak payah ckp, bahang laut uiyaiii. So I guess weols salah timing pegi bercuti. Last perhentian adalah Kedai Jeruk Pak Ali di Penang, dan sampai lah PD pukul 12 tengah malam. Apepun, satu pengalaman yg sgt2 menarik dan tercapai sudah keinginan iols utk pergi bercuti. Dan lupakan sebentar dunia alam pekerjaan dan dunia luar yg penuh pancaroba. Ceh ceh cehhh. Maka, bermula esok tugas seperti biasa, dan bersedia utk menyelesaikan masalah org. Goodnight people ! Thanks again for ur concern to read my entry. With love !




MUNAFIK !

Well hello !
Fuhh fuhh berhabuk dah blog iols ni. Disebabkam ada one of my collegues tegur kenapa lama tak update, so malam ni iols nk buat review sikit lah psl satu movie hantu yg iols tengok td. Munafik tajuk dia...hihihi
Okay, so harini sabtu iols terisi dgn pegi ngedate sekejapan dkt Jusco *so bored hari2 duk pegi Jusco je. Tp niat hati nak tgok wayg, so layan jelah. So iols pilih movie Munafik since mmg dr rumah dah terniat nawaitu nak g tgok cte ni.. hehehe
Tp takboleh cerita lelebih nanti tak suprise siapa yg baru nak pegi tgok tu. Tp apa yg iols boleh kata, iols nak bg 4.99 bintang lah utk cerita ni. Kalau bg 5 cm over pulakkk, well lain org lain lah pendapat kan? Tp salute dgn cerite arahan Syamsul Yusof ni sebab from starting cerita dia punya seram tu sampai ke ending, naik lenguh tangan iols nal tutup mata ! Jarang lah ada cerita melayu mcm ni. Plus dia ada unsur2 keagamaan, which is Syamsul sendiri yg jadi watak utama, siap ckp dalam bahasa arab pulak tu.
Kisah nya menceritakan tentang seorang ustaz yg telah kematian isterinya dalam satu kejadian langgar lari, sejak saat tu dia berhenti mengubat org dan selalu berdendam dgn org yg dah langgar bini dia. Dari situ, byk kejadian2 pelik yg jadi kt dia and family yg bg aku seram gila sampai rasa taknak tengok. Biasalah...ada lah babak2 yg cliche, contohnya mcm rumah besar2 tp duduk dalam gelap, babak dekat hospital yg sunyi takde nurse, babak bila suddenly arwah bini dia balik rumah bg salam, anak dia nyaris nak jawab balik, and paling seram babak dekat bilik mayat. Jantung aku tak sempat habis satu cycle pam darah terus buat cycle yg kedua. Hahahaha k itu hambar. Pelakon heroin dia Nabila Huda, not bad berlakon mmg menjadi gila lelagi part kena rasuk dgn Jin yg nyamar jadi Jin Islam. I salute lah !
Apapun itu cuma apa iols rasa je, kalau korang dah g tgok, share2 lah ye.
Okay lah takat tu je. Iols nak tido. Gudnite everybody. Muachhh !

W.H.Y?

Dear diari..

Pernah tak? Kau baik dgn someone, dia lah teman utk berkongsi cerita, bergosip, even dia bukan sama jantina dgn kau, and kau anggp dia lah best friend utk kau sampaikan cerita. Tiba satu masa, suddenly dia taknak bertegur dgn kau. Dia cuba mengelak dari kau, and setiap kali kau cuba nk tegur, dia seolah mcm tak berminat nak layan. Dan bila kau tanya dia, dia sekadar jawab 'takde apa2', sedangkan kau nampak ketara sgt perubahan dia. Waktu kau bergurau dgn yg lain, kau terasa awkward bila dia ada. Kau cuba berlagak tenang dgn kehadiran dia, tapi dalam masa yg sama, kau cuba curi curi tengok reaction dia. Hampa, dia tak peduli. Itulah yg aku mula rasakan. Honestly, dulu dia penah membakar2 semangat. but now, kenapa dia mcm sengaje membakar2 hati? Tell me why??? Aku tak tenang bila ada org tak senang, sebab sampai sekarang aku hidup dgn satu persoalan, 'APA SALAH AKU??' And dia buat aku rasa aku ni teruk kerana buat diri dibenci. Teringat pesan mak 'hidup jgn bermusuh. berdosa kalau tak bertegur sapa lebih dari 3 hari'. But tell me mom bila org buat kita, apa kita masih perlu terkinja? Aku cuma nak tahu salah aku, sbb sehingga skrg aku masih tak punya jawapan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More