Total Pageviews

Tuesday, 31 January 2017

Route to JB..

Dear diary,

Lama rasa tak menjenguk sini apa ntah lagi mengarang cerita yg kebiasaannya agak merapu. Shgga kan mst ada yg annoying baca. Huhu. Harini aku terpanggil utk buka blog n ceritakan pengalaman aku hujung minggu lalu.

Alkisahnya, hari sabtu yg lalu aku dan En Tunang pergi ke JB utk mghadiri majlis perkahwinan teman rapatku. Lama sudah ku plan minggu ni bersama teman2 ku yg lain si Geng Meluat(yard, tira dan faeza). Tp diorang semua pergi sendiri2, ada yg pergi dgn asben, ada juga pergi dgn rakan yg lain. So aku decide utk pergi bersama En Tunang since dia pun org Jb, so mgkin boleh balik ke rumahnya. Pujuk punya pujuk Alhamdulillah berhasil. He he he..

So, pada hari tu En Tunang menjemputku di rumah tengahari. Nasib baik mak dan ayah sudah pulang masa tu, dapatlah mereka jumpa kejap. Jalan pd masa tu agak jem sbb kan perayaan CNY T.T tp nasib baik hanya kereta je slow bergerak bukan sesak yg terlampau sesak. Jadikan cerita, aku adalah org paling lambat gerak ke destinasi, tp org yg paling awal tiba. Lulzzz. Kami sempat singgah di RnR Pagoh utk solat jamak dan makan. Alhamdulillah En Tunang sempat ajarku mcm mana niat nak jamak sbb aku dah tak ingat macam mana. Hihi. Sesampai di sana, sudah lah booking atas nama kwnku, duit utk checking pula tak cukup. Terpaksa pinjam En Tunang. Aduss...malu pula rasa bila dia hanya sengih dgn kekalutanku. Gentle sungguh dia mengangkat brg2 ku naik ke atas. Hehe. Spai di bilik, terus aku landing atas katil sambil menunggu rakan yg lain. Punya lah lewat sampai sempat aku mandi dan mendugongkn diri dulu. Haha
Dalam pukul 6.30 mcmtu, sampai lah diorg ke bilik. En Tunang dah lama pulang ke rumahnya yg terletak lebih kurg 20 mnit dr hotel. Haruk pikuk bila mereka ni sampai. Almaklumlah, dah lama tak jumpa. Seronok bbukan main lagi. Opss..lupa nak ckp. Hotel ni takde lah besar mana, cukup lah kami berempat dan dsediakan satu extra katil. Lgpun dtg bukan nk tidur sgt, nak hangout dgn mereka2, so mmg agak selesa juga.
Dijadikan cerita malam tu, kami semua keluar selepas magrib. Oh ya, asben yard pakih pun ada sekali. Nsb baik dia ni jenis kpale gila juga layan je kami yg otak separuh terencat. Huhu. So, first ingt nak pegi mkn chicken chop hutan bandar, malangnya tak buka :((( so kami makan stemboat di Dataran JB. Seterusnya, next destination adalah Danga Bay, yg ni superb best sbb kami mcm beraktiviti lincah. Malam tu kerja kami hanya lah mengayuh dan mengayuh. Dr basikal bulat, sampai lah basikal yg boleh kayuh berenam tu kami cuba. Dan roller coaster pun kami naik. Jadi, malam tu sakit2 tekak aku menjerit. Kalau dgn geng Meluat, tak sakit tekak mmg tak sah. Lupa terus pasal keje. Eh!? Kalau En Tunang ada mst seronok. Tp fikirkan dia kepenatan drive sepanjang hari, jadi dia bg aku peluang spent time dgn kwn2. Love u! Kehkehh.
Esoknya pepagi lagi kami dah bersiap utk ke kenduri ziha. Mcm biasa last mnit punya siap, sempat aku suh yard tebalkan kening aku ckit. Ngehhhhh. Tak lama lps tu En Tunang dtg menepati masa. Gayanya mcm tak berkenan aku makeup :( sebelum ke kenduri, kami sempat singgah di Angasana Mall beli brg. Hihihi. Di sinilah aku pertemukan En Tunang bsama teman rapatku. Alhamdulillah tengok dr luaran mereka boleh terima satu sama lain. Inilah first time aku bawa En Tunang bercampur dgn mereka. And tak sangka nampak En Tunang cuba sesuaikan diri malah happy pulak tengoknya. So dah habis cari brg kami pun berangkat ke majlis. Sampai sana, tak berapa lama pengantin pun sampai. Alhamdullilah dapat jumpa even sekejap. And masa tu pun dah tak berapa ramai, so kami tak rushing utk makan. En Tunang kalau sekali tengok mcm pendiam, tp duduk2 kat meja boleh pula dia bertegur sapa dgn pakcik kt sebelah. Em ok pass! Hehe. Lepas majlis, kami separate. Meluats attend lagi satu wedding, kami tak dapat nk ukot sbb nak buat urusan kami sendiri. So next destinantion adalah ke Kilang Bateri. Disebabkan kami berdua nak tahu sgt apa ada kat sana, so kami pun redah je lah. Baru tau, tempat tu adalah mcm satu gudang or kilang tapi dibuat booth and butik kt dalamnya. Quite okay bg sesiapa yg nk shopping. Tp bg kami yg cuma eager nk tahu apa dalamnya, agk krik krik lah juga. Haha. So lps drpd tu, dia pun bawa aku singgah ke rumahnya. Tp yg ada cuma kakak dan adik, mak dan ayahnya pergi ke n9 dan ke kebun di Perak. Pd mulanya mcm segan nak turun sbb dia kata nak amek brg je. Tp mcm tak sedap pula dah sampai tp tak jumpa kakaknya kan. So aku berlagak mcm biasa wlaupn dlm hati sedikit gentar sbb first time dtg. Banyaknya kucing rumah dia weiii, masuk je En Tunang dalam pagar, kucing sume menyerbu. Aku yg takut kucing ni, tpaksa lah menjerit mengelak2. Dia cuma ketawa je. Okfine. Alhamdulillah kakak dia okay, agak gila2 mcm aku juga, boleh lah layan perangai aku kot. Hehe. Selamber je aku suh kakak dia tolong tgokkan berat aku guna alat pnimbang rumahnya. Hehe. Harap dia tak fkir'budak ni mcm buat rumah sndiri pula'. Sejuk hatiku tengok En Tunang kt rumahnya. Totally lain mcm yg biasa aku kenal. Taktahu nak ckp mcm mana, agak caring. Tolong buatkan air utk aku, serve aku mkn. Dah sudah makan, aku hantar ke dapur, dia yg basuhkan cawan pggan kotor. Emm ntah nape erk rasa tenang. Rasa mcm serasi betul waktu tu. Cara dia layan aku depan kakak dia pun, mcm bukan org asing. Moga2 dia lah jodohku. Aminnn.  :(
Akhir sekali, dalam 10 lebih kami sampai ke rumah selepas mengharungi jem. Satu pengalaman yg cukup indah bagiku. Bersama org2 yang aku syg. Moga ketemu lagi. Muahh! Sedikit gambar aku sajikan dibawah. Tp gambar dgn En Tunang tak dpat upload, kang kot dia tahu habis aku. Hehehe.
Sincerly,
Me.







Saturday, 24 December 2016

Alhamdulillah one step closer~

10.12.2016

Detik paling bermakna dalam hidupku. Hadirnya satu rombongan menyampaikan hasrat. Sebenarnya dari mula lagi hati aku dpt rasakan tahun ni seolah bagi satu kejutan besar utk diri aku. Cuma tak disangka dgn siapa. Sebelum hari kejadian dah mula sibok buat persiapan. Kelam kabut diri sendiri mencari pelamin yg murah lagi indahm. Memikirkan brg hantaran yg patut dibagi. Mcm ni rupanya bila semua kena diuruskan sendiri. Kawen nnt mcmna agaknya ya? Alhamdulillah janji puas hati bila pakai duit sendiri. Cuma makan dan khemah ayah support. Ehehehe.
So, apa persiapan yg aku buat sendiri? Eventually bendanya adalah baju dress, pelamin, mekap, goodies bag dan hantaran. Barang hantaran yg pihak perempuan bg pd lelaki:
1.kain ela(utk nikah)
2.coklat ferrero rocher
3.tuala
4.pavlova
5.kek fresh cream
6.manisan berbentuk cili
7.buah buahan

Barang pihak lelaki beri pihak perempuan:
1.sireh junjung
2.cincin
3.kain ela(nikah)
4.coklat
5.buah buahan

Waktu hari kejadian Alhamdulillah berjalan lancar semuanya. Cuma mendung and hujan skit waktu pihak lelaki sampai. Seperti adat org melayu, juruckp lelaki adalah bapa saudaranya dan juruckp prempuan adalah merangkap atok sedaraku. Punya lah lama diorang berunding iols kat dalam bilik sampai panas bontot menunggu utk dipanggil. Akhirnya lepas sarung cincin, bacaan doa,makan dan majlis pun selesai. Cuma agak terkilan tak dapat bergambar dgn kluarga lelaki. Sejuk sgguh hati nampak en tunangku masa tu. Tiap kali iols pndg muka dia rasa berdebar tapi ada ketenangan yg dirasa. Apepun bersyukur tersangat kerana sudah berada di peringkat ini. Maka iols kini bergelar tunangan org yg selama ni iols meminati dalam diam. Orang kata dugaan bertunang lagi hebat, moga kami sama2 dapat harungi dan janganlah Engkau bolak balik kan hati kami. Aminn.

Ikhlas,
Hamba Allah.

Tuesday, 4 October 2016

Precious moment in my life

Dear diary,

Everything was like a dream. Am I ready to become someone new? Or maybe to become more matured? Mcm mna nak kahwin kalau tak matang lagi ni? Sigh.

Its okay nad. Take ur time-he said. Dalam pada take ur time pun, berani pula dia membawa ku ke step demi step. Kdg2 terpaksa bertabah bila perangainya totally different dgn diriku. Tak boleh keluar selalu, taknak selalu contact, jarang ckp rindu, sayang semua tu. Takboleh itu, takboleh ini. Tapi lebih pelik dgn diriku sebab boleh accept. Kdg tertanya2, serious ke tidak dia ni? namun, paling respect dia berani membawa keluarga bertemu keluargaku. Maka, 17/9/2016 tarikh diriku dirisik. Tak pernah terbayang secepat ini dia bertindak. Still remember, pada hari Sabtu tu mak ayahnya datang. Dua hari sebelum dah mula tidur tak lena. Macam2 fikir, layak ke aku dgn dia? Mcm mana penerimaan family nya yg tak pernah sekali aku jumpa? Alhamdulillah all went well. Keluarganya sgt2 baik. Maknya sgt keibuan. Saat mak nya memelukku, sayu sgguh rasa. Yg paling nervous bila kena tunjuk keanak-daraan dgn menjamu tetamu makan. Tuang air, tuang makanan. Alahai kelakar bila teringat. Apepun satu pengalaman baru bagiku.

Terima kasih kerana terima diri ini.
Ikhlas,
Bakal.