Home Decor

"Have nothing in your home that you don't know to be useful or believe to be beautiful." —William Morris.

Family

“Family is not an important thing. It's everything.” – Michael J. Fox.

Home

“Home is the starting place of love, hope and dreams.”

Food

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

Eat Together as a Family

"When we eat together, when we set out to do so deliberately, life is better, no matter what your circumstances. - Thomas Keller"

Shirot.

Huwaaaa, sedihnya iols sesejak shirot dah habis praktikal ni. Maka tinggal lah iols, the only budak praktikal yg ada kt company tu. Atau kata lain nya, budak praktikal tunggal lah. Hewhew. Seriously, rasa mcm foreveralone sgt kt sne. Kalau dulu si shirot ada boleh jugak ajak duk menyembang gegosip. Kalau ngantok, or bosan takde keje je, merayau jap kt tmpt dia, which is jarak dia dgn tmpt iols hanya dipisahkn oleh satu tembok je. Haha. Td kat ofis, bila semua org department takde, rasa cm taktahu nak sembang ngn sape. Teringat2 pulak selalu dok pegi kt tmpt shirot, kacau dia tgh buat koje and bla bla bla. Pasni takde dah org nk tolong make over iols kt ofis tu, takde dah org nak ajak p jalan2 tawaf satu seremban tu waktu lunch hour, buat koje gila pegi tgok movie, pegi karoks. Me iz sho saddddd. Nsb baik ada kak yus, boleh jugak ajak bergelak ketawa. Kalau nk pegi jenguk kak lenny, nmpk kaklenny bz women sgt. Hihi. Tak berani nak kacau. Tp think as positif side, maybe i should be more serious in works from now.

Bad dream.

Well hello gais,

         Actually iols tgh tak berapa nak sihat. Tp iols gigihkan juga diri untuk buat satu entry. Apa yg iols nak cerita tonight is about what happen to me yesterday. Moga moga dapat jadikan pengajaran or bak kata petitih 'Beringat Sebelum Kena'. Ambikk kau kosa kata tinggi siap~

         So, kalau uols nak tahu, actually iols baru je accident semalam. Hm seumur hidup iols ini pengalaman paling teruk iols rasa. Harap harap lepas ni tanak dah jadi lagi. Nauzubillahminzalik~
Cerita bermula begini:
       
          Pagi tu as usual, iols nak pegi ke tempat keje. Masa otw nak pegi tu iols sempat main speed speed dgn kereta sebelah iols ni. Kunun iols nak tunjuk yg perempuan tak lemah bwk kete. Hewhew. Tp iols rasa takde lah laju pun iols bawak. Around 80-100 km/j jugak. Tp nak buat mcm mana kan kalau dah nasib, waktu tu iols lalu tempat yang biase iols lalu waktu pegi dan balik kerja. Then, suddenly iols taktahu apa ke bongok nya iols ni kusyuk sgt tengok cermin sisi nak pandang ke belakang, tak sedar kat depan tu ada jalan berselekoh. Waktu iols nk pandang depan balik, baru iols tersedar kereta dah senget. Iols punya lah cuak, nak mengelak drpd langgar divider tepi tu, iols sendiri tak pasti yang iols tekan tu adalah minyak or brek ? For sure iols sedar yg kereta iols dah pun langgar divider tu. Then, iols pun pegi pulas stereng semahu hati. Btw, kereta yang iols bawak ni mmg stereng dia lembut sgt, so secara tak lansung bila pulas sikit pun dah efek, uols bayangkan mcm mana iols pusing sekuat hati masa tu ? MasyaAllah, Tuhan je yang tahu mcm mana perasaan iols waktu tu bila iols dah pusing stereng, terus iols redah divider yang dekat tengah tengah memisahkan jalan iols with the opposite lane. Laju gila kereta tu dok langgar sana sini macam  zig zag, langgar itu langgar ini. Kemudian patah balik ke jalan yang asal. Signboard pun iols langgar jugak sampai condong. Bunyi macam over sangat kan ? Tp itulah sebenarnya yang jadi, but no one know how actually it feels :( And I'm speechless and tak sedar if iols menjerit atau redha ngn takdir masa tu. Nak mengucap tak sempat masa tu, yg iols pikir, abeslah aku mati tersepit nanti. Astagfirullahazim. But seriously, mmg waktu tu iols terus terpikir benda tu. Jadikan cerita, Tuhan nk tolong, suddenly iols terus terpikir nak tekan brek memandang iols rase kereta tu macam takde tanda tanda nak berhenti. Sekuat hati iols tekan brek sampai berbunyi 'Prettt2~' lebih kurang cmtu lah. Nasib mmg baik sebab kalau sikit masa iols tak tekan brek, mmg iols dah langgar bas yang tengah parking kat tepi jalan tu. Bila berhenti je kereta iols terus tarik gear ke P, tarik handbrake and matikan enjin sebab takut meletup memandang iols dah bau semacam minyak kat kereta tu. Dalam iols menangis, meraung dan melalak, cepat cepat iols amek handphone dlm beg, orang pertama iols teringat adalah Mak. Iols nak dail nombor Mak but iols pikir balik mak mst jarang pegang handphone. Lastly iols terus kol ayah. First benda yang iols terpikir after kereta tu dah berhenti adalah 'Ya Allah, kereta aku', bukan diri iols yang iols risaukan. But then after dah kol ayah bgtahu, datang beberapa org lelaki tanya iols okay ke tak apa semua, then diorang ramairamai tolong alihkan kereta sbb kereta tu berhenti betul betul tengah jalan menghalang laluan org. Gear kereta tu dah tak berfungsi sebab enjin dah lost. Bersyukur sgt sebab ramai yg dtg tolong. Ada sorang abg tu sanggup buat u-turn utk tanya iols okay tak, dah buat report apa semua. Waktu tu hanya airmata je yang boleh jawap semua persoalan. Then after beberapa minit ayah sampai. And appreciate sangat sangat sebab opismate iaitu Kakyus and abg Hafiz pun sanggup datang jenguk. Tu lah kisah yang iols paling tak dapat lupakan. Alhamdulillah, takde luka kat mana mana cuma satu bdn sakit sgt mungkin sebab terhentak kuat. Spek yang iols pakai pun dah tercampak ntah ke mana mana :( orang ramai yang dtg semua mcm impress bila tengok iols takde apa apa. Sbb diorang ckp accident tu agak teruk, tapi iols bernasib baik sebab waktu mcm tu selalunya banyak kereta yg lalu lalang. Tp waktu iols accident tu, takde satu kereta pun yang lalu. Allah ! Kalau tak, tak memasal iols langgar org yang tak bersalah. So gais, lepas ni korang kalau drive tu, jangan lah berkhayal, pandang sana sini, fokus je pada pemanduan kalau tanak jadi cm iols. Buat masa ni masih trauma lagi nak bawak kereta. But for sure, my mum terus speechless bila sampai kat tempat kejadian bila tengok keadaan kereta dia yang pecah cermin, minyak hitam, enjin semua habis suda. Tp mak kata takpe lah yang penting iols selamat.

Begitulah flashback saya.

Oh my Internship...

       So hai cuols. Ada baik kah harini ? Actually rasa terlalu malas nak mengarang entry blog. Tapi disebabkan kiri kanan depan belakang iols kat opis rajin membuat blog, iols pun rasa terpanggil and bersemangat nak buat. Rasa mcm tgh ada competition pulak. Hewhew. Opis ? Tak payah pelik lah hokengg. Ni yang iols nak cerita ni. Alkisah..Toyyibbb~

      So tonight I'm goin' to story about my internship. Seriously babe, internship selama 6 bulan aku rasakan sgt menyeksakan and terlalu lama. Tapi nak buat mcm mana, terpaksa redha je takde pilihan dah. So, iols berinternship or kata lain nya mula start praktikal dekat SAINS(Syarikat Air Negeri Sembilan). Pada asalnya, my dad yang tolong masukkan ni, sebab iols sedih tersangat sedih permohonan iols untuk company lain semua ditolak. Susah nya mau cari kerja kan ? Actually to be honest, iols tak suka keje dgn family in the same place or company, sebab mulut org kan ? Nanti iols buat salah or apa ke takut sgt dingadu nya dekat my dad. Tp sebabkan tiada pilihan lain, so iols pegi jugak. At first, everything seems to be not so okay, cuz rasa awkward gila nak mulakan pengalaman sebagai staf. But then, I'm so happy sebab first impression yang kakak2 dan abg2 staff department bagi sgt friendly and selesa.  Mula mula tu rasa mcm tanak je teruskan sebab dah rasa mcm mana tak best nya bkerja, but I try to adapt with this situation and wake up from my dreaming. Alhamdulillah, slow slow iols belajar. Iols banyak belajar and agak rapat dengan sorang kakak department yang comey lotey *sila kembang skg*. Hihi. Kakyus nama dia. Kakak ni tersangat lah baik, and dengan dia aku rasa senang sgt nak berkongsi cerita and pengalaman. Banyak sgt belajar benda baru dgn dia sbb dia kalau ajar, satu persatu bagi paham. *okay get ready utk belanja kte ye kakyus sbb dah puji ni*. Hakhakhak. Oh ya, tak lupa juga abg Zaedd, sorang lagi staf yang aku terbiasa antara staf yang lain. Dgn abg ni pun senang ajak borak and kongsi cerita. Tp kadang kadang dia ni ada sifat pelupa and nakai nakai sikit. Haha. Takbole bla. Kalau dua org ni takde, I was likeeee ' aku nak buat apa harini?' Gittewwww.

       Apa je yang iols buat sepanjang duduk sana ? Macam macam sampai tak tercakap. haha. Tp mostly mcm banyak kerja teknikal like betulkan connection org, tengokkan masalah printer and all. Sbnrnya mula mula rasa mcm tak reti nak buat, tapi bila amek as positive sight, dari situ boleh kenal akak and abg2 staf yg lain yg ada di antara nya sgt suka mengusik. They are all fun. But certain ada juga yg mcm sombong, mungkin sbb iols cuma lah praktical student. Na na na na *kipas kipas tangan*. Kt sini jugak iols kenal Shira, dia ni sekepala jugak, bila bosan bosan dtg tmpt dia, story story then lupa nak balik tmpt. Haha. Yg seronok nya, dia ni rajin and kreatif, suka pulak tgok dia menghias brg2 dia, end up aku pun turut terjebak ! And also amal, baru nak rapat ngn dia tak sampai sebulan dia dah habis internship. Sobsss.

       So begitu lah kisah nya iols intern kat sana, boleh tahan seronok sbb daripada zero terus jadi belajar sikit sikit. Even to be honest, rasa mcm diri ni tak bole diharap untuk buat keje, but I must try to show them that I can work ! Jyeahh. Oh ya, akak and abg praktikal dalam department iols yg lain adalah Kakzila which is my supervisor and abg Hafiz. Diorang pun okay, semua baik hati dan ramah. Bos iols Encik Azly lagi lah tersangat baik, dan hensem. Eh ops ! Haha. Sekian, oke bai.

Fall in Love with Lost World of Tambun !

        Hai cuols. Lama sudah rasa iols tak mengarang blog. Sbb kan skg ni tgah praktikal, jadi iols rasa mase yg ade dibuang dgn tido je. Haha. So ! What im gonna story today ? I guess cuols baca tajuk entry je ni mesti dah agak kan? So, lets begin the story. Bismillah~

        Nak dijadikan story iols dgn family berangkat ke Perak pd 12hb Sept haritu. Malam tu before naik ke Utara, singgah Shah Alam ambil my sista and brother yang stay sana. Sempat juga kami makan nasi ayam penyet malam tu. Fheww~ My favorite food all the time. Sape nak pinang iols kena reti masak ni k *berangan*. Okay sambung story lah, sory dah menyimpang pulak. Hehehehe...

        Okay then, after makan makan minum buang air ke apa semua, kami sampai kat homestay perak pada jam 3 pagi. So late kan ? Ni semua sbb masing masing ade urusan tak dpt dielakkan. Actually at first rasa cm tak best jugak nak ke sana sbb tido kat homestay. I prefer hotel much better. Hehe. But, after sampai sana, iols tgok not bad lah homestay dia. Semua nya lengkap. Cuma satu je, dia tak pasang aircond in every room. Ngehhhh. Mengada kan ? Next, bila dah sampai sana pukul 3 ofcourse badan dah letih litak(loghat mak ayah which mean penat teramat). So, iols yang sebilik with my sista, angah terus beradu dgn lena nya lah tak kisah takde aircond ke tak cukup tilam ke apa. Then, esoknya, iols tersedar seawal 8 pagi (subuh lajak). Iols pun pelik, diorang ni tanak pegi mandi manda ke? Dah pukul brape rumah sunyi sepi je. Then iols pegi jenguk jenguk kat ruang tamu dgar mak and adik adik tgh seronok gelak gelak. Hajat hati nak sambung tido terus terbantut, end up iols pun gelak sekali. Tak berapa lama lepas tu, my cazen, si biela pun sampai. Yeay ! oh lupa nak story, kami mmg dah plan nak ajak dia join skali sbbkan dia dekat, and lama tak bervacation sama sama. So, pagi tu dihabiskan dgn gosip dan breakfast yg ayah beli di kedai bhampiran.

        After dah selesai semua, dalam pukul 10 camtu we decide nak gerak ge Lost World of Tambun. Kelebihan mengajak si biela ni ialah dia mahir jalan kt Perak ni, so dia jelah jadi tourguide kami. Haha. Lepas hitu hini yg cenggitu cenggini, kami pun sampai aa kat sana. Takde lah jauh sgt kot dr homestay ktorg kat Meru tu. Tp orang nya punya lah ramai, salah hari lah pegi sbbkan masa tu cuti skola. Tp takde masalah cz nak main games dalam tu tak perlu beratur lama pun. Seronok sgt kt sana cuz bayar rm50 je sekepala tp we'ols akan dapat pegi 3 themes which is mandi manda, main permainan like roller coaster and etc, and also bole pegi zoo. Jyeahh tu yg diidamkan, iols mmg dah lama sgtt nak merasa pegi zoo. Lagi pulakk, binatang dlm tu semua nya tak duduk dlm sangkar so bole lah main pegang pegang, bole pandang pandang, jangan malu segan, ewahhh~

        So, dah habis mandi acara malam pulakk, kami sambut birthday iols ngn my sista along wlaupun dah belated. Hewhew. Buat makan makan sikit, menu utama adalah nasi Arab and oreo cheese cake. Pheww now I'm craving backkkk. Dah rehat rehat semua, rasa mcm tak lengkap and takbole jadi kalau dtg jauh jauh tp duduk teperap je kan rumah kan, so we'ols decide tuk pusing pusing Ipoh. Biela bawak ktorg jalan kt Dataran situ (iols lupa apa nama dia), tgok air pancut tp dari dalam kete jela, and lastly jalan cuci mata kt Gerbang Malam yg pada awalnya iols ingat nama dia Lebai Malang. Kakakaka. GM is a place mcm bazar karat or most likely we called it Pasar Malam. Then, malam tu memasing pengsan terus, dah tak larat nak sambung gosip. The next day, atau last day nya, kami rehat rehat je kat ruma before berangkat balik. Biela pun balik awal sbb ade assignment nak dibuat, lupa sekejap bila berjalan sakan. Haha. Sampai rumah malam tu, then esoknya keje. *sighh* We really enjoy the moment sbb dah lama sgt rasa tak pergi melancong ngn family jauh jauh mcm tu. So next vacation ? Langkawi maybe ! Hakhak.
End of the story..



The Meluat..

     Hai ols ! Mcm dah berhabuk je iols rasa blog iols ni. Al maklum lah, lately ni agak kelam kabut ayam sikit siapkan all the thesis, project and bla bla bla. Alhamdulillah, berakhir sudah semuanya. So, now iols tinggal nak internship then In Sha Allah next year boleh grad degree. Wehooo~ Sesuatu yang sudah lama dinanti, hampir sampai ke kemuncak.
     Tp apa yg iols nak cerita kat sini sbnrnya bukan psl tu. Iols nak cerita pasal kisah kawan2 iols yg iols terpaksa tinggalkan sbb dah habis belajar. Sobsssssssss ! The Meluat, nama diberi. Kenapa Meluat? iols sndri tak ingat pasal apa nama ni lekat, tapi yg iols pasti geng iols ni memang sentiasa buat org meluat. Kah !
      Okayy, before that, lemme introduce each of the members. First is Tira. Tira ni adalah org yg plg lama bertahan ngn aku. Dari 1st aku jejak kaki masuk ke U sampai lah hari terakhir pun, we still together. Bunyi mcm acah acah sweet je. Tp yg aku nak cerita pasal dia, mase mula2 aku kenal dia dlu, dia sumone yg aku bole ckp agak sopan orgnya dan lembut je bila bkata2. Tp bila lama lama aku kenal dia, aku rsakan otak dia mula mereng and totally berubah. Kahkah ! Antara ktorg, dia yg plg suka meroyan dekat twitter after me. Hehe. Tira selalu kena buli bab hati n perasaan ngn ktorg sebab ktorg suka kenen2 kan dia dgn mamat tu mamat ni, wlaupun sbnrnya dia tak suka pun mamat tu. Tp satu tentg si tira ni, dia jarang gila nak marah tp bila sekali dia marah, ktorg semua akan takut ngn dia. Hahaha. The next is Ziha. Ziha adalah yg plg bijak antara kami. Dia ni asalnya dlu lagi lah aku tgok jenis tak bpe campur sgt org2 kbiasaan sampai aku nk btegur dgn dia pun jadi takut. But lastly, rupanya antara ktorg dia lah yg paling nakal, gila dan mulut bising. But, kalau dia marah or merajuk, please jgn dekat okay? Aku rasa aku kot paling selalu gaduh ngn dia sbb kdg2 ktorg berbeza cara. Haha. Tp apedehal, lama lama ktorg akan baik balik. Then, lemme introduce Yard. Haa budak ni lagi sorg masuk air. Boleh dikatakan semua geng aku ni tak de sorang pun tertinggal perangai gila dia. Tp antara kami, yard ni agak serious sikit kalau buat keje, tapi cuba pegi berjimba, kalau dia takde iols rasa sunyi jugak lah suasana. Haha. Paling tak bole lupa kalau tgh gegosip, soalan lazim akan keluar dr mulut dia 'serious aaaaaaaa?'. And kdg2 dia punya blur tu susah nak jangka. Tp ktorg bole syak dia kelentong ktorg sumtimes bila dia buat2 tanya soklan yg sama berulang kali kat ktorg. Haha. Suara dia kalau bergabung dgn ziha, mmg Molotup ! Then lastly ialah Faezah. Sory to say, faez ni yg paling baik dan lembut antara kami. And dia juga selalu ditipu sebabkan dia selalu pcaye semua yg kami ckp kat dia. And and, paling iols kesian, dia selalu kena buli sbb kan dia agak takut dgn gelap. So bebudak ni suka sgt tutup lampu malam2, buat rambut ke depan smpi tutup muka, and pegi terkam dia. Hahahaha. That time, aku just mampu gelak je sbb kalau aku pun tunjuk perangai takut nanti aku plak kena diorg keje kan. Hehe. Tp itu semua gurauan, so faez jgn amek hati okay? Kompem kau akn ingat ni sampai bebila.
        So, inilah dia kisah kami 5 serangkai. Mcm mana kami bole rapat ? If tak silap, masa tu sem satu lab pertama kelas. Tyme tu tak ramai pun yg dtg al maklum lah, minggu pertama start kelas. Then, asalnya iols, Yard, Ziha and Tira je yg kamceng. Faez pulak adalah rumet mereka, so suddenly semua nya kamceng. They're my best mates ! 3 tahun dekat sana, diorang lah yg ada waktu susah senang, sedih gembira iols. Iols rasa ktorg sampai skg bole kamceng sbb kan ktorg ada hobi yang sama iaitu berkaroke dan berswimming ! Seminggu tu kalau tak pegi karoke mmg tak sah. Pulak tu, before sampai tmpt karoke lagi, memasing dah berebut cop no giliran nak nyanyi. Serious talk, selama aku pegi karoke ngn org lain, tak pernah aku kena berebut cmni. Hahahaha. Haa satu lagi ! Hobi ktorg adalah watch movie seram ! Ktorg kalau pegi tgok movie pun hanya bila ada cerita seram je. Then, mule lah semua nak rerebut duduk tengah. Then bila jerit suara paling kuat tak pandang kiri kanan. Haha. They're all fun. We enjoy doing things together sampai tahap kalau sorg takde, semua tak nak pegi hengko ! Bergaduh ? Tak payah cerita lah, itu semua dah lali ngn ktorg. But ktorg berjaya buktikan psahabatan ktorg bukan fragile mcm someone said ! Rindu weyhh korang semua, ingat lagi bila kita bosan2 tetiap malam, kte pegi round2 parit raja, lepas tu hon sana sini bersepah, kalau naik kereta Yard, kte main vromm vromm depan kedai makan. Haha.Our last moment at Gambang, akhirnya berjaya juga kte pegi bervacation bersama kan? Bila lagi wehh nak mcm tu lagi. Arghhh, korang sorry if selama kte kenal iols ada menyakitkan hati dgn perangai iols yg ala bebudak ni, and iols ada kasar2 bhase ngn hengkorang. Korang adalah sahabat iols yang paling ter ter terrrrbaik ! *ala ala kak ton*

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More