TRIP TO BANDUNG AWESOME!! (Part 1)

Hi bloggersss !

Straight to the point...Today iols nak kongsi story pasal percutian iols yang dah lama dinantikan. Oleh sebab iols ni sejenis yang suka berjalan, dapat pula family yang kaki jalan, maka satu percutian telahpun dirancang. Boleh dikatakan ni percutian family paling besar kot sebab sebelum2 ni weols satu family suka melancong sini2 je dalam Malaysia. Ke mana kami pergi?????

                                                                   BANDUNG, INDONESIA

Hehe beriya kan? So....pada 2hb Disember seawal pukul 2 pagi kami bangun dan dah mula bersiap2 nak ke KLIA. Oleh sebab ni first time iols nak naik flight, so agak segar mata takboleh nak tidur. Eksited semacam. Hihi... Gila lah dah lama kot impikan nak naik flight, 25 tahun hidup tak pernah sekali naik, sadis bukan?. (ok sambung)

Day1
Sampai je sana, macam masih awal lagi. KLIA pun lenggang macam tak de orang. Yela, di saat org semua lena tidur kami berlegar2 kat sana menanti untuk ke negara orang. Dah check in bag and ambil tiket, kena scan pula. Banyak betul prosedur nak naik benda alah ni, penat kbetul ke hulu ke hilir. Selesai scan bag yang terakhir setelah beberapa kali tapisan, akhirnya kami pun dapat juga naik flight. Oh ye, pada mulanya ingatkan dah check in terus naik flight, rupanya kena naik bas untuk ke pintu kapal terbang. Masa ni makhluk dah ramai, berebut la naik bas tersebut sampai En Asben terlepas tak dapat naik bas sama. Hehehehe.

Sampai je kt flight, teruja betul rasanya. Macam ni punya besar, selalu tengok kt langit kecil je. Masuk je dalam flight tu lagi bertambah batak, Kami naik Malindo so boleh dikatakan agk selesa and besar juga kawasannya. Macam naik feri nak ke Langkawi je duduk bertiga, bezanya feri atas air, ni atas udara. Kehkehh. Dalam 20 minit begitu begini, akhirnya kapal terbang dah nak start berlepas. Dalam drama, stewardess2 semua cun2, tapi rupanya in reality biasa2 je. Hehe. Dalam hati sedikit berharap agar terjumpa ex crush yang skrg dah jadi pramugara(choi....gurau je). Sebelum berlepas, dah diannouced tentang keselamatan semasa penerbangan contohnya pemakaian tali pinggang serta matikan telefon dan powerbank. Iols punyalah gayat waktu mula2 nak terbang, gila ngko laju kecut perut iols ! macam ni rupanya pengalaman naik flight. Macam tak percaya je berada atas awan. Fefeeling in the air~ Part yang paling best, bila anak kapal hantar makanan. Menu dia piza ayam yang masih panas dan muffin red velvet. Sedap gilo oi sampai rasa nak mintak lagi ! Air pun ada macam2 jenis mintak aje. Dalam flight asyik tidur je shiok sgt kot, sampaikan penerbangan yang ambil masa dalam 2 jam tak rasa sgt. Hehe. 

2 Jam kemudian, maka sampailah kami di Jakarta. Oh ye, kami turun di Jakarta sebab masa booking tiket ke Bandung mahal dan tiada waktu sesuai. Sampai di Jakarta, perasaan macam nak menangis and melompat kegembiraan. Tak sangka telah menjejakkan kaki di negara orang. Airport di Jakarta tenang2 sikit sebab tak berapa ramai orang. Selesai check out ambil bagasi, kami pun mencari supir. Supir ni telah dibooking awal oleh kakak iols, Pak Adi namanya, Sampai2 dia dahpun tunggu di luar, amek weols dgn van yang muat 14 orang. Weols sekeluarga yang terdiri dr 10 orang dewasa dan 2 kanak2 agak selesa juga naik kenderaan tersebut. 

Ingatkan Jakarta ke Bandung dekat je, rupanya tolak tambah jem makan masa 3 jam juga ! Tidur sudah, bangun sudah, kencing pun sudah, masih tak sampai2. Aduhai... Dik kandar dan waizz(anak buah) dah mula merengek2 kebosanan. Akhirnya tiba ke Bandung juga setelah mengharungi jem. Kalau nak tahu, Pak Adi ni ada sejenis perangai iaitu bawak van dalam keadaan adventure. Dia tak boleh ada kenderaan lain depan dia yang lembap atau menghalang jalan dia. Pasti di hon nya atau nyalakan lampu. Haha, tp mungkin memang macam tu cara di Indonesia. Iols agak kalau di Malaysia ni, buat perangai cmtu, makan maki je kot, takpun kena kejar tak puas hati. Huhu. Tapi di Indonesia, memang semua bersikap macam tu. Tapi yg paling impress, sepanjang kt sana, tak de satu kemalangan pun yg iols nampak, walaupun sikap pemandu semua bawak kereta macam orang mabuk ketum. So wow ! mungkin ini bermakna walaupun mereka macam tu, tapi tahap ke-aware-an mereka ni tinggi. Lol, maafkan bahasa saya.. inipun hanya assumption sahaja..

Sampai di sana, tempat pertama kami ialah Wong Solo. Macam penah dengar?? Mestilah, kedai ni kat Shah Alam pun ada. Tapi oleh sebab nak rasa perbezaan nya tu, kami pun cuba. Memang agak lain dgn Malaysia, rasa lebih asli dan sedap kot. Tapi, mahal baq hang, hehehehe. Selesai makan, perut kenyang hati senang, kami pun checkin ke hotel. Nama hotel kami menginap tu Red Doorz. Sebenarnya not so called hotel, tapi Guest House kot. Dia terletak dekat dalam perumahan orang kaya2, tapi rumah tu dibuat tempat penginapan. Masa mula2 sampai tengok dari luar, iols was like...'ni ke tempat nak tidur, macam tak best je..' Tapi bila dah masuk, ok not so bad, berbaloi dgn harga. Tapi banyak benda pun takde, geram je. Malam itu, tiada aktiviti berat. Kami hanya jalan2 kt satu shopping mall ni nama dia Rumah Mode. Rumah Mode ni seakan2 macam JPO, MPO, GPO sebab struktur dia, cantik berbatu2. Tapi harga dia pun, boleh tahan mahalnya. So iols decide malam tu cuci mata sajalah... Pada sesiapa yang berminat barang2 branded bolehlah ke sini ya.....

Alamak...macam panjang lagi je. Masak lah siapa yang rajin baca tu, terima kasih diucapkan. Nantikan sambungannya di Part 2~ Hehehehe

~My beloved family~
~Bergambar kenangan di Rumah Mode


~Guest House a.k.a hotel yang kami menginap~




4 Comments:

Wahhh nampak seronok Naddy & family pergi ke Bandung..
Semua ceria..

Kansss... happening gitew.

Awaiting part 2 ;-)

Hihi. Thank u kak I am LZ dan Mrs. A..ikotkan mcm2 lagi nak cerita hehe

Jom ke Jakarta-Bandung tahun 2020! Promosi RM799/pax (min 6 pax) untuk 4H3M. Trip termasuk flight + transport + hotel + breakfast + tour guide. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More