Home Decor

"Have nothing in your home that you don't know to be useful or believe to be beautiful." —William Morris.

Family

“Family is not an important thing. It's everything.” – Michael J. Fox.

Home

“Home is the starting place of love, hope and dreams.”

Food

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

Eat Together as a Family

"When we eat together, when we set out to do so deliberately, life is better, no matter what your circumstances. - Thomas Keller"

Dilemma 2016.

Umur dah semakin meningkat. Tp kalau relation masih terumbang ambing, wajarkah? Nak dilepas syg sebab dah lama. Tak dilepas makan hati. Arah tuju tu masih blm nampak kalau masih bersama. Apa ptut dibuat?

Complicated.

Lelaki. Bila perempuan mengharap, mula menjauhkan diri.

Nurkilan.

Jujur ku suka kamu. Dan ku tahu kau juga begitu. Walau kau tak penah berkata, ku lihat dr tingkah dan cara. Namun ku tak bisa memiliki. Kerna ku sudah punya yg lain. Meski kau terlambat dalam bicara, aku tahu kau kecewa. Maafkan aku. Bila hasratku keliru.

The end.

Pilihan..

Banyak ke pilihan yg aku ada? Ada yg mengatakan supaya aku bertahan dan sama2 membina kerjaya yg stabil. Ada mengatakan yang lebih baik sentiasa menanti. Soal hati, tiada jawapan..

3D2N in Langkawi Island..

Assalamualaikum uols..

Thanks for reading my entry. Harini terasa rajin nak mengarang blog setelah beberapa mood bercuti. Umm, so iols nak cerita sikit pengalaman iols bercuti. Since iols ni dah lama sgt dah tak bervacation, maka bila tiba harinya ofcourse iols lah yg paling excited okayy ! Kenapa Langkawi? Well, actually this is my family favourite place kalau tiap kali nak bercuti. Kdg2 iols pun tak faham kenapa, tp mgkin mak lah paling gembira sbb boleh shopping sakan pinggan mangkuk. Pheww !

So, hari Jumaat haritu (080416) jam 9 malam weols bertolak ke sana. Shiok gila perjalanan malam, takde lah rasa panas sgt. Weols bertolak malam sbb nak sampai jeti subuh2 hening. Jadikam cerita, seperti dijangka dlm pukul 7 mcm tu iols sampai sana, feri pukul 8.15 baru ada. Disebabkan haritu hari sabtu, ramai dia nauzubillah. Bersesak2 tobat mak nokss ! So sampai2 sana ingat boleh lah mandi2, segarkan badan. Tp boleh check-in pukul 3 ptg baru dpt masuk hotel. Hampa ! So dgn muka tak mandi, bdn tak pasti lah bau ke tak(heheheh), tour guide tu bwk iols pegi breakfast dulu, kmudian pegi ke Kilim Geopark Langkawi. Bg yg tak pernah ke sini sbelum ni, tmpt ni adalah sebuah pulau yg kita boleh pergi naik bot utk mnikmati keindahan alam dan aktiviti seperti melawat tmpt ternakan kolam ikan, tengok org bg makan kt burung helang and masuk ke gua kelawar. Cuaca yg panas membuatkan iols rasa penat gila tak selesa baq hangg. So inilah dia sdikit gmbr yg sempat di capture:


Sorry annoying ckit gambar.. hehehe..so after dah selesai our visit yg pertama, next iols visit pula kilang gamat and gedung batik.. syg duit punya pasal, tak tahu nak beli apa kat sana. Hehe. Finally, dalam pukul 3 lebih, iols pun check in hotel. Iols menginap dkt myHotel, which is I think quite new juga hotel ni. Terletak dekat dgn pekan Kuah, strategik betul sbb ada uptown and pasar malam. Jalan kaki je nak ke sana. Bilik dia? Superb like ! Selain kemas dan bersih, selesa juga lah utk dua org je satu bilik.
Ini pemandangan masa mula2 masuk bilik.. hehe. Unfortunately terlupa nak capture gambar toilet dia. Toilet pn best juga air pancut dia lebar shiok sgt mandi.

Ini pula kolam hotel. Rugi pula rasa tak mandi. Tp nak mandi malas, leceh nak basah2, so mampu tengok jelah.

Then, day 2 dimulakan dgn bersarapan dkt ruang makan hotel.
Tak variety sgt sbb iols turun lambat :((

After breakfast, the first place yg iols visit adalah Makan Mahsuri. Tp tak masuk pun since dah dua tiga kali pergi. So bergambar jelah sefamily. Hehe. The second place ialah Cable Car Langkawi. Nasib iols agak baik masa tu sbb pagi lagi cuaca agak baik. Tak berapa panas, redup je. Tp feel amazing sikit sbb dah ada perubahan which is dah ada jambatan gantung dkt area2 situ. Tp kalau nak redah situ kena bayau lah 5 henggit uols, aduhh semua benda nak kne bayar.





Selepas tu, baru lah aktiviti shopping2 dekat HiG(Haji Ismail Group) dan Idaman Suri. Bab ni bagi mak2 memang win, kalau iols memang dah tak larat nak jalan dah, so iols tunggu jelah dalam kereta yg telah disewakan. Hehe. Malam pula, iols makan dekat Dataran Lang. Tp sedih, mgkin salah timing ktorg datang, sbb Dataran Lang skg under reconstruction, tak dapat nak masuk bergambar kat sana. I iz sad ! :( Takpe lah, ada rezki jumpa lagi noh nohhh.

So day 3, before balik tu iols singgah pula dekat Padang Besar utk continue shopping lagi. Tp cuaca yg panas berdoting(bak kata oghang negeri), membantutkan segala mood nak membeli. Lain mcm panas nya dekat sini. PD yg iols rasa panas overload tu, rupanya utara lagi panas. Langkawi lagi tak payah ckp, bahang laut uiyaiii. So I guess weols salah timing pegi bercuti. Last perhentian adalah Kedai Jeruk Pak Ali di Penang, dan sampai lah PD pukul 12 tengah malam. Apepun, satu pengalaman yg sgt2 menarik dan tercapai sudah keinginan iols utk pergi bercuti. Dan lupakan sebentar dunia alam pekerjaan dan dunia luar yg penuh pancaroba. Ceh ceh cehhh. Maka, bermula esok tugas seperti biasa, dan bersedia utk menyelesaikan masalah org. Goodnight people ! Thanks again for ur concern to read my entry. With love !




MUNAFIK !

Well hello !
Fuhh fuhh berhabuk dah blog iols ni. Disebabkam ada one of my collegues tegur kenapa lama tak update, so malam ni iols nk buat review sikit lah psl satu movie hantu yg iols tengok td. Munafik tajuk dia...hihihi
Okay, so harini sabtu iols terisi dgn pegi ngedate sekejapan dkt Jusco *so bored hari2 duk pegi Jusco je. Tp niat hati nak tgok wayg, so layan jelah. So iols pilih movie Munafik since mmg dr rumah dah terniat nawaitu nak g tgok cte ni.. hehehe
Tp takboleh cerita lelebih nanti tak suprise siapa yg baru nak pegi tgok tu. Tp apa yg iols boleh kata, iols nak bg 4.99 bintang lah utk cerita ni. Kalau bg 5 cm over pulakkk, well lain org lain lah pendapat kan? Tp salute dgn cerite arahan Syamsul Yusof ni sebab from starting cerita dia punya seram tu sampai ke ending, naik lenguh tangan iols nal tutup mata ! Jarang lah ada cerita melayu mcm ni. Plus dia ada unsur2 keagamaan, which is Syamsul sendiri yg jadi watak utama, siap ckp dalam bahasa arab pulak tu.
Kisah nya menceritakan tentang seorang ustaz yg telah kematian isterinya dalam satu kejadian langgar lari, sejak saat tu dia berhenti mengubat org dan selalu berdendam dgn org yg dah langgar bini dia. Dari situ, byk kejadian2 pelik yg jadi kt dia and family yg bg aku seram gila sampai rasa taknak tengok. Biasalah...ada lah babak2 yg cliche, contohnya mcm rumah besar2 tp duduk dalam gelap, babak dekat hospital yg sunyi takde nurse, babak bila suddenly arwah bini dia balik rumah bg salam, anak dia nyaris nak jawab balik, and paling seram babak dekat bilik mayat. Jantung aku tak sempat habis satu cycle pam darah terus buat cycle yg kedua. Hahahaha k itu hambar. Pelakon heroin dia Nabila Huda, not bad berlakon mmg menjadi gila lelagi part kena rasuk dgn Jin yg nyamar jadi Jin Islam. I salute lah !
Apapun itu cuma apa iols rasa je, kalau korang dah g tgok, share2 lah ye.
Okay lah takat tu je. Iols nak tido. Gudnite everybody. Muachhh !

W.H.Y?

Dear diari..

Pernah tak? Kau baik dgn someone, dia lah teman utk berkongsi cerita, bergosip, even dia bukan sama jantina dgn kau, and kau anggp dia lah best friend utk kau sampaikan cerita. Tiba satu masa, suddenly dia taknak bertegur dgn kau. Dia cuba mengelak dari kau, and setiap kali kau cuba nk tegur, dia seolah mcm tak berminat nak layan. Dan bila kau tanya dia, dia sekadar jawab 'takde apa2', sedangkan kau nampak ketara sgt perubahan dia. Waktu kau bergurau dgn yg lain, kau terasa awkward bila dia ada. Kau cuba berlagak tenang dgn kehadiran dia, tapi dalam masa yg sama, kau cuba curi curi tengok reaction dia. Hampa, dia tak peduli. Itulah yg aku mula rasakan. Honestly, dulu dia penah membakar2 semangat. but now, kenapa dia mcm sengaje membakar2 hati? Tell me why??? Aku tak tenang bila ada org tak senang, sebab sampai sekarang aku hidup dgn satu persoalan, 'APA SALAH AKU??' And dia buat aku rasa aku ni teruk kerana buat diri dibenci. Teringat pesan mak 'hidup jgn bermusuh. berdosa kalau tak bertegur sapa lebih dari 3 hari'. But tell me mom bila org buat kita, apa kita masih perlu terkinja? Aku cuma nak tahu salah aku, sbb sehingga skrg aku masih tak punya jawapan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More