Hi peeps..
Today i just nak share pengalaman i bersalin anak no.3. Well actually due date sis is 13/8/25(which same date as i draf this post..huhu). Nak dijadikan ceritanya, masa 36weeks tu sis ada rutin checkup di KK. Masa tu lah segalanya terjadi. Mula2 nurse check perut, dia pelik kenapa nampak macam kecik. Then dia kata takpe, sebab lepas tu nak scan doc. Then bila scan doc, doc check air ketuban sis kurang. And baby pun suspect mcm kecik. Padahal selama ni every month check up semua ok tau. Sis memang taktahu nak rasa apa time tu since baru je 36weeks. Then doc ckp kena buat surat refer ke hospital. Ah sudah! Sis dah boleh agk kalau refer PAC ni confirm kena tahan! Kebetulan malam sebelum sis checkup, memang sis dah kemas2 beg stanby baju. Sis pun taktahu kenapa.
So balik tu siap2 ambil beg masuk dlm kereta terus gerak pergi Htj. Sampai Htj parking pulak full. Terpaksa menapak jauh. Kesian shuben sis dah lah kaki baru nk recover. Then sampai je PAC, daftar and terus kena masuk dalam check ctg. Then doc pun buat scan. Majoriti situ doc lelaki, walauapun tak selesa tp dah takde pilihan tpaksa redho. Bila scan2 dia ckp memang betul air ketuban kurang, so no choice mmg kne admit. Dsbbkan sis baru 36 minggu time tu, so kne extend sampai 37minggu utk induce. Like what seminggu duduk hospital?? Time ni sis dah start nak menagis. Naik je ward, katil pula penuh. Sementara kena duduk dkt katil extension. Menagis lah lagi 🤣 tengah malam baru la dpt katil lain. Itupun hujung sekali yg menghadap dinding.
Tp rezeki jgk lah dpt kawan sebelah yg kaki borak. Ada je benda nya nak borak sampai naik letih layan. Haha. Alhamdulillah walaupun seminggu kt situ, tapi dapat pengalaman bgaul dgn ramai kawan. Tapi tak dinafikan mmg sedih kena tinggal anak n shuben. Pulak lagi sedih bila kiri kanan depan belakang dah bertukar2 org, sis masih setia di katil tu with no pain. Masih santai2 baring2 lagi makan tido. Makanan kt hospital pun not bad. Cuma bila ada lauk ikan tu, sis suruh shuben beli mkanan luar 🤣
Ok so cut the story short, before nak sampai ke waktu induce tu, mcm2 dah sis buat. Exercise jalan itik, squat, kupu2, pusing2 ward. Tp still sakit naturally tu takde. Sampai lah masa nak kena induce, malam tu mmg tak lena tido dah. Then pagi2 seawal 4am, nurse dah kejut utk check ctg. Ni rutin stiap pagi ye kawan2 selama seminggu kt ward. Then dalam pukul 7am mcmtu, nurse suruh tunggu kt depan utk induce. Dapat pula doc laki lagi, luaran nampak lembut. Tp sekali dia rodok, tiada maaf bagimu hahahahah.
Lepas induce, dgn harapan nak rasa la sakit tu. Adalah dalam sejam je rasa lepastu sakit gone. Hahahhaa. Sis boleh rileks lagi mcm takde apa. 1st dia induce ubat, tak jalan. Esoknya induce belon pulak. Siapa taktahu induce belon tu apa boleh try google. Sis pun baru tahu rupa dia mcm tu, selama ni dgr je. Sangat lah tak selesa ye pakai. Doc ckp kalau belon jatuh means ada bukaan, so mungkin tak lama nk sakit tu. Again...belon jatuh, bukaan baru 2cm, sakit takde. Hahahaha. Hmm nak menagis rasa, byk nya dosa tak terhitung. Esoknya doc yg sama check lagi bukaan, dia ckp okay 4cm, tunggu turn pgl utk masuk labour room. Lah? Nk beranak macam rasa macam takde pape! Tp dalam hati mmg dah tak sabar la. Sbb nak balik 😠Then, around pkul 10am nurse ckp dah boleh bersedia kte nak turun LR. Semangat btul rasa masa tu mcm nak g bperang! Hahahaha. Terus call asben. Waktu tu Hari Jumaat yg barakoh.
Dalam LR, macam biasa prosedur nya. Tak sangka after 4 tahun, masuk balik bilik tu. Nak lari dah takboleh, hadap jela 🤣 berbeza ye masa lahirkan ank no 2. Masa tu dia terus induce drip yg paling kuat, sakit dia maha dasyat. Tp sejam je setel keluar budak kecik tu. Tp kalini doc bagi induce power dia light2 dulu. Yg sakit dia bearable. Sampai sis rasa kenapa macam tak berapa sakit. Asben siap boleh pegi solat jumaat dulu. Balik bini still belum branak. Hahahaha. Tapi kan, yg paling sis takleh lupa, sorang midwive ni, dia seboleh2 nak sgt sis branak normal. Sbb dia ckp sayang lah, dua ank normal, means kalini mst boleh. So ada dekt nk 5 kali dia rodok sis pakej dgn pusing2 tangan dia nk bg bukak jalan. Bayangkan sakit tu mcmana 😂 dia ckp pelik kenapa doc tak kasi On drip level yang kuat. Siap dia suruh tutup sekejap drip tu. Around 4 jam dlm LR tu, tiba2 dia suruh on kan drip yg kuat tu. Mmg menggelupur la sis. Sakit dia hanya Tuhan je tau! Ngeri weh nak ingat balik. Bgegar katil tu rasa mcm nak mati 🤣 last2 sis surrender, doc ckp ctg tak cantik, fetal distress..so proceed czer ! Time ni mmg sis laju je angguk sbb mmg tak larat dah lantaklah apa nak jadi. Haha. Yg midwive sis cerita tadi tu sis pujuk2 sis try teran. Dia ckp baby dah dekat dah. Dia ckp dgn kawan dia 'dia ni boleh, cuma tenaga je dah takde'. Terharu nya sis. And dia siap berharap lagi kalau dlm OT ni rasa nak teran, try je ye.
Masa diorg tgh prepare nak masuk bilik OT tu..selama ni tengok dlm drama je, bila sendiri alami baru tahu macam ni..mula2 doc mintak sign kan borang. Dahlah tgh sakit nak mam, apa yg dia terang satu pun tak masuk. Dia suruh sign pun gigil2 beb! Then, dia suruh mnum 1 air ni utk elak muntah. Rasa dia masam2 payau. Masa tolak je dlm bilik OT, again semua kelibut buat keje laju2. Oh ye! Time ni shuben dah takboleh masuk ye. Boleh tunggu dkt dpn pintu je. Nurse suruh siap2 salam mntak maaf kt asben incase kalau keluar tak bnyawa nnt. Huhuhu.
Masuk je dalam tu, mula2 dia suruh duduk pelok bantal. Sebab doc anas nk cucuk bius spinal. Masa tu still contraction kacau ye, so sis tak dpt nk duduk statik. Kena marah pulak dgn mereka. Sbb kan contraction yg maha sakit, cucuk tu lansung tak rasa. Haha. Tahu2 lepas cucuk kaki sis kebas. Ya ampun, baru tahu mcm ni rasa nya! Bila diorg dah baringkan, sis cuma sedar2 ayam and ada bau2 besi. Mata sis mmg dah hampir nk tutup, mungkin kesan ubat tahan sakit masa kt LR tadi tu. Tp takut nk tidur sbb ada mmber ckp jgn tidur takut tidur selamanya. Hahaha sampai skrg ingt benda tu. Dalam 15 minit mcmtu, tiba2 sayup2 dengar suara baby. Then dgr doc ckp 'patutlah susah nak keluar, kedudukan dia menyenget tersekat kat tepi' macam tu lah lebih kurang. Mamai kan so tak berapa sedar. Hahahah. Yg sis sedar dia amek baby, and bagi susu badan sis. Lepastu terus bawak ntah kemana. Siap semua, tengok2 baby boleh naik sekali dalam ward. Nk menangis lah fikir macam mana nk uruskan baby dgn keadn gitu. Masa ank no 2 dulu rileks sbb baby masuk nicu. Hhahaha. Tapi Allah Maha Baik, selepas kesusahan didatangkan kesenangan. Alhamdulillah boleh uruskan sendiri je baby selama 2 malam kat sana. Lepas je operate, kita diberi masa 6jam, baru boleh bangun. Masa tu boleh makan n minum je sbb nk tengok muntah tak. Kaki masih kebas lg. Alhamdulillah sis takde muntah. Just muntah angin je. Lepas 6jam lagi, baru nurse papah masuk bilik air. Korang tahu tak? Kentut kan selalu benda paling memalukan? Tapi lepas operate, kentut adalah benda paling mulia sekali sbb selagi tak kentut, selagi tu korang takboleh balik rumah. Hahahahaha. Tu menandakan usus kte dlm keadaan baik dan operation tu tak kacau organ lain. The end.
Thankyou gais sudi baca. Jumpa lagi.