Home Decor

"Have nothing in your home that you don't know to be useful or believe to be beautiful." —William Morris.

Family

“Family is not an important thing. It's everything.” – Michael J. Fox.

Home

“Home is the starting place of love, hope and dreams.”

Food

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

Eat Together as a Family

"When we eat together, when we set out to do so deliberately, life is better, no matter what your circumstances. - Thomas Keller"

Kenangan Duduk Hospital Kerajaan

Siapa kata hospital kerajaan tak best? Servis teruk? Alhamdulillah syukur2. Ketiga2 anak dekat hospital yang sama. Dapat pengalaman berbeza, still ada pahit dan manis. Yg manis kita kenang, yg pahit kita simpan dan lupakan. Ah gitchiewww. Kalini nak share pula pengalaman selama 9 hari dekat ward. Nohhhh ! Paling lama sepanjang hidup 😭

Rasa terpanggil nk story ragam kwn2 masa kt hosp bsalin dulu. Korang kalau rasa nak baca, baca jela. Kalau taknak just skip je sbb sis mmg ske bcerita 🤣
Kisah 1 : ada sorang ni muka dia sbjik mcm Mawar Rashid. Masa dia lepas bsalin, pukul 10pm time nurse dah nak tutup lampu aku g rayau kt katil dia 😆 rupanya dia bsalin czer. Tp gaya dia mmg aku tak jangka yg dia czer. Sbb rileks je menyusu anak sambil bsila. Dia ni mmg positip orgnya, walaupun tu anak ptame tp tak nmpk pun dia stress walaupun mlm2 anak dia melalak 1 ward dgr 😂

Kisah 2 :
Ada sorang indian ni, dia kena induce awal sehari drpd aku. Muka dia mmg tiap masa cemberut je. Bila aku tanya 'u sakit sgt ke?'. Rupanya muka dia masam sbb tak rasa sakit 😂 mcm2 induce dah tp tak jalan2. Last2 hari ketiga tu nama dia dah kne pgil msuk LR. Dari pukul 9am sampai ke malam dia tak naik2. Ktorg semua dah assume yg mst dia kne czer. Jahat ek😂 bila tanya nurse, nurse pun taktau apa update psl dia. Last2 pukul 11pm bru dia naik wad. Esok tu aku pegi tanya dia. Rupanya dia beranak normal, dah nak branak pun still tak rasa sakit. Smpi doc ckp dah 10cm pun dia boleh mamai sbb terlebih hidu gas estonox ke pe benda tu. Hahahahha. Apalah amalan dia ni 😂

Kisah 3.
Ada sorang kakak ni, nk beranak anak ke 5. Dia ni mmg semua tmpt org dia nk rayau. Masuk situ sbb nk kne induce. Last2 hari yg patut dia induce tu tak jadi sbb dah turun tanda. Selamat dia dr kena induce. Lepastu dari pagi sampai ke malam muka dia je round kt wad tu😂 siap sama2 wish mcm nk pegi bjuang. Last2 dia yg balik dulu dr aku. Yihhhhh. Dan mcm2 cerita lagi seminggu duk dalam tu. Begitu lah bila dah tlampau bosan duduk situ, makan 3 kali sehari tido spnjg masa 😂 Yg pasti semua dlm tu aku pggil akak, sdgkan mostly semua anak pertama, and rupanya lg muda dr aku. Hahahaha lahh perasan muda ko ni. 

Bcerita pula tentang staff hospital. Nurse, cleaner, doc semua baik2 belaka. Paling takboleh lupa dgn 3 musketeer nurse praktikal. Diorg ni memang concern terlebih2. Pantang tengok kte exercise sikit, risau dia ckp jangan exercise berat2 bahaya. Hahaha. Ada sekali tu lepas diorg check2 amek tekanan darah apa semua, sis layan diorg borak. End up, dia suruh sis bukak website tempat diorg praktikal, and tolong review servis diorg kt sni. Hahahahha. Gigih ye tulis nama atas tisu supya sis tak lupa. Sampai skrg sis simpan. Ada sorang lg nurse, lepas bersalin tu dia bawak pergi ke toilet tukar baju, bersihkan diri. Sis mmg jenis perasaan malu lg tebal dr sakit. Haha. So sis suruh jela dia tunggu dkt luar. Sekali kena marah 'nak malu kenapa! Sy dah biasa la tengok semua ni!' hahahahah. Doc pun semua baik,tp sis keliru sbnrnya Mo, Ho dgn Doc sebenar. Ada sorang Doc tu, masa round ward dia marah2 doc praktikal masa tu depan patient, tp bila bcakap dgn patient, auto tukar tiun yg paling baik sekali. Ada sekali lepas induce dia tanya sis 'ok tak ni? Mst ok kan boleh senyum2 lagi ni'. Vibe dia buat kte auto rasa tenang. Aunty cleaner pun baik n peramah weh. Setiap kali dia dtg bersihkan kawasan tu, mst ajak borak. Salah silah keluarga dia pun dia cite. Hahahaha. Overall HTJ mmg the best !



Journey of Bersalin 3rd Baby

 Hi peeps..

Today i just nak share pengalaman i bersalin anak no.3. Well actually due date sis is 13/8/25(which same date as i draf this post..huhu). Nak dijadikan ceritanya, masa 36weeks tu sis ada rutin checkup di KK. Masa tu lah segalanya terjadi. Mula2 nurse check perut, dia pelik kenapa nampak macam kecik. Then dia kata takpe, sebab lepas tu nak scan doc. Then bila scan doc, doc check air ketuban sis kurang. And baby pun suspect mcm kecik. Padahal selama ni every month check up semua ok tau. Sis memang taktahu nak rasa apa time tu since baru je 36weeks. Then doc ckp kena buat surat refer ke hospital. Ah sudah! Sis dah boleh agk kalau refer PAC ni confirm kena tahan! Kebetulan malam sebelum sis checkup, memang sis dah kemas2 beg stanby baju. Sis pun taktahu kenapa.

So balik tu siap2 ambil beg masuk dlm kereta terus gerak pergi Htj. Sampai Htj parking pulak full. Terpaksa menapak jauh. Kesian shuben sis dah lah kaki baru nk recover. Then sampai je PAC, daftar and terus kena masuk dalam check ctg. Then doc pun buat scan. Majoriti situ doc lelaki, walauapun tak selesa tp dah takde pilihan tpaksa redho. Bila scan2 dia ckp memang betul air ketuban kurang, so no choice mmg kne admit. Dsbbkan sis baru 36 minggu time tu, so kne extend sampai 37minggu utk induce. Like what seminggu duduk hospital?? Time ni sis dah start nak menagis. Naik je ward, katil pula penuh. Sementara kena duduk dkt katil extension. Menagis lah lagi 🤣 tengah malam baru la dpt katil lain. Itupun hujung sekali yg menghadap dinding.

Tp rezeki jgk lah dpt kawan sebelah yg kaki borak. Ada je benda nya nak borak sampai naik letih layan. Haha. Alhamdulillah walaupun seminggu kt situ, tapi dapat pengalaman bgaul dgn ramai kawan. Tapi tak dinafikan mmg sedih kena tinggal anak n shuben. Pulak lagi sedih bila kiri kanan depan belakang dah bertukar2 org, sis masih setia di katil tu with no pain. Masih santai2 baring2 lagi makan tido. Makanan kt hospital pun not bad. Cuma bila ada lauk ikan tu, sis suruh shuben beli mkanan luar 🤣

Ok so cut the story short,  before nak sampai ke waktu induce tu, mcm2 dah sis buat. Exercise jalan itik, squat, kupu2, pusing2 ward. Tp still sakit naturally tu takde. Sampai lah masa nak kena induce, malam tu mmg tak lena tido dah. Then pagi2 seawal 4am, nurse dah kejut utk check ctg. Ni rutin stiap pagi ye kawan2 selama seminggu kt ward. Then dalam pukul 7am mcmtu, nurse suruh tunggu kt depan utk induce. Dapat pula doc laki lagi, luaran nampak lembut. Tp sekali dia rodok, tiada maaf bagimu hahahahah.

Lepas induce, dgn harapan nak rasa la sakit tu. Adalah dalam sejam je rasa lepastu sakit gone. Hahahhaa. Sis boleh rileks lagi mcm takde apa. 1st dia induce ubat, tak jalan. Esoknya induce belon pulak. Siapa taktahu induce belon tu apa boleh try google. Sis pun baru tahu rupa dia mcm tu, selama ni dgr je. Sangat lah tak selesa ye pakai. Doc ckp kalau belon jatuh means ada bukaan, so mungkin tak lama nk sakit tu. Again...belon jatuh, bukaan baru 2cm, sakit takde. Hahahaha. Hmm nak menagis rasa, byk nya dosa tak terhitung. Esoknya doc yg sama check lagi bukaan, dia ckp okay 4cm, tunggu turn pgl utk masuk labour room. Lah? Nk beranak macam rasa macam takde pape! Tp dalam hati mmg dah tak sabar la. Sbb nak balik 😭 Then, around pkul 10am nurse ckp dah boleh bersedia kte nak turun LR. Semangat btul rasa masa tu mcm nak g bperang! Hahahaha. Terus call asben. Waktu tu Hari Jumaat yg barakoh. 

   Dalam LR, macam biasa prosedur nya. Tak sangka after 4 tahun, masuk balik bilik tu. Nak lari dah takboleh, hadap jela 🤣 berbeza ye masa lahirkan ank no 2. Masa tu dia terus induce drip yg paling kuat, sakit dia maha dasyat. Tp sejam je setel keluar budak kecik tu. Tp kalini doc bagi induce power dia light2 dulu. Yg sakit dia bearable. Sampai sis rasa kenapa macam tak berapa sakit. Asben siap boleh pegi solat jumaat dulu. Balik bini still belum branak. Hahahaha. Tapi kan, yg paling sis takleh lupa, sorang midwive ni, dia seboleh2 nak sgt sis branak normal. Sbb dia ckp sayang lah, dua ank normal, means kalini mst boleh. So ada dekt nk 5 kali dia rodok sis pakej dgn pusing2 tangan dia nk bg bukak jalan. Bayangkan sakit tu mcmana 😂 dia ckp pelik kenapa doc tak kasi On drip level yang kuat. Siap dia suruh tutup sekejap drip tu. Around 4 jam dlm LR tu, tiba2 dia suruh on kan drip yg kuat tu. Mmg menggelupur la sis. Sakit dia hanya Tuhan je tau! Ngeri weh nak ingat balik. Bgegar katil tu rasa mcm nak mati 🤣 last2 sis surrender, doc ckp ctg tak cantik, fetal distress..so proceed czer ! Time ni mmg sis laju je angguk sbb mmg tak larat dah lantaklah apa nak jadi. Haha. Yg midwive sis cerita tadi tu sis pujuk2 sis try teran. Dia ckp baby dah dekat dah. Dia ckp dgn kawan dia 'dia ni boleh, cuma tenaga je dah takde'. Terharu nya sis. And dia siap berharap lagi kalau dlm OT ni rasa nak teran, try je ye.

  Masa diorg tgh prepare nak masuk bilik OT tu..selama ni tengok dlm drama je, bila sendiri alami baru tahu macam ni..mula2 doc mintak sign kan borang. Dahlah tgh sakit nak mam, apa yg dia terang satu pun tak masuk. Dia suruh sign pun gigil2 beb! Then, dia suruh mnum 1 air ni utk elak muntah. Rasa dia masam2 payau. Masa tolak je dlm bilik OT, again semua kelibut buat keje laju2. Oh ye! Time ni shuben dah takboleh masuk ye. Boleh tunggu dkt dpn pintu je. Nurse suruh siap2 salam mntak maaf kt asben incase kalau keluar tak bnyawa nnt. Huhuhu.

Masuk je dalam tu, mula2 dia suruh duduk pelok bantal. Sebab doc anas nk cucuk bius spinal. Masa tu still contraction kacau ye, so sis tak dpt nk duduk statik. Kena marah pulak dgn mereka. Sbb kan contraction yg maha sakit, cucuk tu lansung tak rasa. Haha. Tahu2 lepas cucuk kaki sis kebas. Ya ampun, baru tahu mcm ni rasa nya! Bila diorg dah baringkan, sis cuma sedar2 ayam and ada bau2 besi. Mata sis mmg dah hampir nk tutup, mungkin kesan ubat tahan sakit masa kt LR tadi tu. Tp takut nk tidur sbb ada mmber ckp jgn tidur takut tidur selamanya. Hahaha sampai skrg ingt benda tu. Dalam 15 minit mcmtu, tiba2 sayup2 dengar suara baby. Then dgr doc ckp 'patutlah susah nak keluar, kedudukan dia menyenget tersekat kat tepi' macam tu lah lebih kurang. Mamai kan so tak berapa sedar. Hahahah. Yg sis sedar dia amek baby, and bagi susu badan sis. Lepastu terus bawak ntah kemana. Siap semua, tengok2 baby boleh naik sekali dalam ward. Nk menangis lah fikir macam mana nk uruskan baby dgn keadn gitu. Masa ank no 2 dulu rileks sbb baby masuk nicu. Hhahaha. Tapi Allah Maha Baik, selepas kesusahan didatangkan kesenangan. Alhamdulillah boleh uruskan sendiri je baby selama 2 malam kat sana. Lepas je operate, kita diberi masa 6jam, baru boleh bangun. Masa tu boleh makan n minum je sbb nk tengok muntah tak. Kaki masih kebas lg. Alhamdulillah sis takde muntah. Just muntah angin je. Lepas 6jam lagi, baru nurse papah masuk bilik air. Korang tahu tak? Kentut kan selalu benda paling memalukan? Tapi lepas operate, kentut adalah benda paling mulia sekali sbb selagi tak kentut, selagi tu korang takboleh balik rumah. Hahahahaha. Tu menandakan usus kte dlm keadaan baik dan operation tu tak kacau organ lain. The end.


Thankyou gais sudi baca. Jumpa lagi.



Kenangan 2024.

 Hi peeps ! I'm back again. Huhu. So kali ni sis nak bercerita kenangan pahit yang Masih segar bugar di ingatan masa penutup tahun 2024. Dah 5 bulan, baru sempat bercerita.

        Ceritanya bermula bila...masa tu hujung bulan 11, dalam hujung minggu tu asben sis minta kebenaran nk main badminton dengan kwn2 ofis dia. Disebabkan dia pun dah lama tak main, and dia pun tak pernah halang sis buat aktvt dgn kwn2, sis pun okay je if dia pergi. Tapi sis sempat la warning dia supaya main elok2, jangan jadi apa2 sebab esoknya(Sabtu) ada wedding ofismate sis, Haqimmanis.

         So around pukul 9pm mcmtu kawan dia pickup. Petang tu memang dia sweet, mcm2 makanan dia beli. Orang kata beli jiwa bini. Haha. Then, dia dah gerak tu, sis pun decide nak tido kan anak2, so that dapat la me time sikit. Selalunya asben akan update whenever dia sampai kat mana2. Tapi kali tu senyap je. Sis pun faham jela and kasi chance kt dia. Then, sejam lepas macamtu, dia text bgtahu dah sampai and tengah main.

          Sis pun tak sedar bila sis tertido. Tapi sis terjaga bila dengar bunyi call. Rupanya asben call. Sis time tu memang dah berdebar, jangan lah apa2 jadi. Tiba2 dia cakap dia terjatuh masa main. Sis ingat nothing serious sebab dengar suara pun mcm ok. Suddenly dia cakap tengah tunggu ambulans dtg sebab dia tak boleh bangun. Allah ! Hampir nak gugur jantung sis masa tu. Fikir dengan anak2 tengah tido, siapa pulak nak jaga diorg while sis nak ke hospital. Mujur masa tu kawan2 dia semua ada, kawan2 dia lah yang follow pergi hospital. Malam tu mmg sis takboleh tido dah, tido sambil pgg HP takut tak sedar.

           Around pukul 2am mcmtu, kawan dia call. Bagitahu yg dia dah masuk emergency. And tak lama lepastu baru la dpt reach asben. Doctor cakap tulang peha patah and kena operate. Allah ! Lagi sekali nk menagis ku dengar. Huhu. Bayangkan dia dah takboleh bangun, tapi nk operate tu kena tunggu 2 minggu(faham2 la gov kan kena tnggu turn).

           So, menggagau la sis call sana call sini Tanya hospital swasta berapa cost nk operate, ada available room tak, etc etc. sebab asben mmg dah takboleh gerak time tu. At last, dapat hospital bersebelahan dgn HTJ tu, namanya Mawar Medical Centre. Tu pun cost operate around RM30K++. Allah, syukur company sis boleh cover medical.

            So pagi tu, sis mintak tolong kakak sis yg dekat Pd jagakan anak2 sementara sis ke hospital uruskan asben. Serious taktahu mana dpt kekuatan tu boleh urus sorang2. Lepas hantar Dua ketul tu sis pun terus shoot ke sana. Alhamdulillah Allah permudahkan, anak2 pun seakan faham, tak banyak buat perangai. Selalunya si adik taknak dkt org lain . Ok sambung balik, sampai je sana, memang betul2 dugaan yang menguji keimanan sis. Haha. Dah la parking jauh, sis terpaksa menapak naik bukit nak pegi block emergency. Dah mcm hiking rasa. Sampai2 tengok block tu tengah renovate, Tanya nurse situ rupanya block tu dipindahkan sementara kt tmpt lain, which is dekat je dgn parking kereta tadi. Hahahahhaah. Sampai je dalam tu, masyaAllah ramai nya orang sakit. Sis punya cari2 asben rupanya betul2 depan kaunter katil dia. Luluh hati rasa tengok keadaan dia yang terbaring je mcmtu daripada malam. Nak kencing pun takde siapa bantu. So sis terus decide mcmni gaya memang kne bawak dia keluar. Call punya call, untuk arrange ambulan Mawar, tak lama lepastu ambulans pun sampai. Masa nak angkat asben, dia dah meraung2 kesakitan masa tu. Hishhh tak kuat sungguh nk tengok time tu. Tapi dapat juga la merasa pengalaman naik ambulan. Kemain laju beb! Moga2 tu pengalaman terakhir.

           Sampai sana, dia dah sekali lagi memjerit2 sebab kena pindah katil pulak. Lepas dah x-ray apa semua, alhamdulillah petang tu juga terus operate. Maka selesai la cerita pada hritu itu, duduk dalam wad selama 4 hati. Dan sis pun ulang alik, keluar pagi balik malam jaga dia. Dan habiskan cuti 5 hari jaga dia. Tak syg jugak taktahu la. Hahahahahh. And kawan2 sedaramara pun ramai dtg melawat. Terharu rasa.

Tapi bgi sis, the real dugaan adalah lepas balik Dari hospital. Sis kena uruskan anak2, uruskan suami yang takboleh jalan. Hantar dia appointment ke hospital. Dalam masa yang sama, Allah hadirkan seketul lagi zuriat masa tu. Memang menagis sis masa tu, taktahu nak rasa apa. Tapi Alhamdulillah semua Allah permudahkan. Perancangan Allah memang Maha Hebat. Takde siapa boleh duga. Mungkin juga tu semua asbab Dari dosa2 yg sis buat. Memang terduduk rasa. Sehingga kini, walaupun asben Masih belum boleh jalan normal, tapi Alhamdulillah getting better. Sekali lagi syukur, dengan semua yang Allah bagi menjadikan sis lebih kuat, lebih bsyukur. Sebab Allah tak tarik nyawa nya masa tu, Masih sempat sis berbakti. Aminnnn. Terima kasih semua yang sudi baca. Sekian.



A Day Trip w/ Ofismates

Hi peeps. Today sis nk story pasal trip satu hari sis w/ Ofismates yg diberi nama 'Trip to Ipoh Gurlz'. Actually kami dah plan trip ni beberapa bulan awal. Hampir je tak jadi sebab tiba2 one of us ada Hal pada tarikh nk beli. Last2 decide utk tukar tarikh seminggu awl. Tema kami hitam, nude and biru. Pegi naik ETS.  So there you go~


Mula2 sis nak perkenalkan kwn2 sis. 1st sekali KakYus - akak ni yg paling senior antara kami. Jenis tak banyak songeh, follow je perangai adik2 dia yg tah pape 😂  suruh posing dia posing. Tp bab makan jgn buat main, mmg dia dulu ke depan. Hahahahahha.  Paling btenaga antara kami, sbb segala vitamin, air tenaga dia amek. Hehe. Tugas beliau masa trip adalah booking grab/maxim. Yg 2nd Kak Nurul - yg sorang ni mmg tak menahan. Dia kalau buat lawak mmg selalu random. Jaranglah tak sampai. Antara ktorg dia plg kurang oksigen, pegi mana2 cari seat dulu. Balik cari ubat. Hahahahhaha. Tp tugas beliau adalah sbb penjaga keselamatan kami. Relate tak? Yg 3rd - Nadhilah. Yg ni tegas sikit. Kalau pegi mana2 kami memang plg takut dia. Hahahahha. Dr awal smpi akhir kena jaga mood dia, kalau dia buat muka abs. Hahahaha. Tp kalau takde dia, kuranglah kami bercontent, and mst kami terhangak2 taktahu mana nak pegi. Sbb tugas dia adalah planning tempat mana nak pergi. So dia plg function. So inilah dia kami berempat. Oh ye, sis adalah sbgai bendahari a.k a akuantan.~


Jadikan story, we ols sampai KTM  seawal 8am. Ticket pkul 9pm, awl baq hang. Hahahaha. Awal2 dah buat onar, rupanya tren asal rosak. Sis dpt sms kena tukar tmpt duduk. Sekali tgok, sis sorang je among diorg yg kena tukar. Diorg dpt duduk Platinum, sis yg gold je. Tp sbb taknak ganggu mood, kte layan je. Ok jgk dpt feeling sorang, walaupun lpstu tiber ada org pula kt sblh, yihhhh. Diorg siap makan2 megi, bercoffee lagi kt kafe dlm tren tu. Enjoy btol kan. Hahahahahha.


So around 1pm kami sampai. Memula nk sampai je, ingat nk berselfie dulu dkt platform tu. Sekali kena sound dgn kru KTM, selfie stick not allowed. Mmbe dah gigih letak beg, meniti anak tangga nk bgambar, sekali tak boleh.. Tebal muka beb hahahhahaa. 

Sampai je sana, kami tunggu maxim. Sepanjang dkt sana, kami mmg naik grab/maxim je. Rupanya hotel berdekatan je dgn semua tmpt. Pandai Nadhilah pick tmpt. Hehe. Rasa mcm kelakar pula naik grab spnjg trip ni, masuk kete tak sempat menikmati perjalanan tibe2 dah sampai. Ibarat baru bernafas sekali dua je dah kena turun. Hahahhahaha. Mmg dekat gila. 1st thing 1st, kami ke hotel dulu. Cuba nasib utk checkin awal, sekali dapat. Around 1pm. Sampai je bilik terus menjerit, melompat, menonggeng. Haha serious happening. Then, keluar balik utk makan tengahari. Perut nak berdarah wehh 4 jam dalam tren. Hahahaha. 1st destination kami ke Restoren Hj Yahya. Mcm2 variety lauk ada. Tp takdan amek gambar, masing2 dah kebuluran. Hahahaha. Then, makan cempedak goreng. Serious murah2 makanan dekat sana, plus sedap gilaaaa pula tu. After lunch, kami pergi ke Plan B n Concubine Lane. Kononnya nak makan Ais Kepal, tp dah kenyang makan, Ais Kepal pun dah tak nampak. Hahahaha. Pergi sana untuk buat content je. Then lepaks mengopi dekat Harry potter, berdekatan situ juga. Serious lawak situ. Perangai masing2 memang takde yg semenggah ye, tak behenti gelak dr awal. Around pukul 5pm mcmtu, kami decide utk balik hotel mandi n solat. Dah sampai hotel, dah bermalasan pula. Sampai kena sound la dgn member, suruh cepat. Hahahaha. Motto trip kami adalah : kami cuma takut Nadhilah je. Kahhhhhh.

Then, keluar untuk food hunting lagi. Next destination adalah Laksa Saranghae. Kali ni kami decide utk amek portion sikit je buat ghaso2. Sbb memang aim dtg sini nak makan2, bukan bajet tau. Lepas tu, kami balik hotel lagi utk rehat jap. Hahahahhaa. Sebab tmpt semua dekat2 kan, so mcm tak rushing. Dalam pukul 8.30pm mcmtu, kami keluar ke next destination iaitu Miker Pizza. Yang ni jalan kaki je sebab sejengkal jarak. Kalau naik maxim, takut takde sape nk amek sbb tak berbaloi. Hahahhhaa. Mujur berjaya pujuk Nadhilah jalan kaki. Haha. Sampai2 ramai org kena beratur dulu. Fuh boleh tahan ramai. Tp mmg pizza dia sedap. Sampai kami tak larat dah nak makan. Hahahahha. Last2 bawak balik. Sampai hotel around pukul 10.30pm mcmtu, ingatkan tido awal. Last2 dalam gelap pun masih lagi nak bergelak ketawa, post content dekat medsos. Pdhal member sblh sis ni dah menguap sampai nak terkoyak mulut, tak tido2. Hahahah. Last2 pukul 12pm kot sis syak semua tido sbb dah senyap. Sis memang ada mslh tido kt tmpt baru, so pukul 1pm baru dpt tido dgn lena. 

Esoknya, kami dikejutkan dengan bunyi alarm Nadhilah. Bunyi dia mcm siren polis beb, nak melompat dibuatnya. Sekali tengok baru pukul 5pm. Apooooo. Last2 tido balik lansung terlajak. Hahahahha. Pagi2 next destination kami is Suhaimi Cafe. Kedai ni ala2 kopitiam gittew. Macam2 aneka makanan kat situ, sampai taktahu nk pilih yang mana. Haha. Then balik hotel, around 10am++ mcmtu kami checkout terus tapi letak luggage dlu dekat lobby. After makan, terus shoot ke Tasik Cermin. Yg ni paling jauh rasanya perjalanan kami 15 mnit. Haha. Sampai2 tak dapat masuk, sbb dalam tu banjir. So ambil gambar kt luar2 je. Nak boat ride kena bayar satu kepala Rm25 pula, baik pergi makan kannn.

Sbb kan timing mcm dah lari sikit sbb Tasik Cermin skejap je, so kami repeat pegi Plan B, kalini baru nk try Ais Kepal. Tmpt ni one of famous tmpt kat Ipoh tau. Mmg sedap rupanya nsb baik pergi situ dpt la merasa kan. Next kami pergi ke Canning Dimsum. Yesss ! Lama teringin makan kat sini tau. Dimsum dia sedap2 oiii, rasa mcm nak telan semua. Last2 hampir termuntah dibuatnya. Hahaha. Harga jela a bit spicy. Above Rm100 kami kena masa tu. Then, kami dah buntu nak pergi mana. Tiket balik masa tu 7pm, habis makan dimsum baru pukul 2pm. Kami hampir je nak tanya hotel tu ada tak bilik tumpangan utk 2jam. Hahahahaj. Buat hal la diorg ni. Last2 lepak surau yg mmg muat2 utk 4 org. Haha. Rasanya org hotel tu naik muak tgk muka ktorg tak balik2. Hahahaha.

Lastly, dlm 5.45pm mcmtu baru la kami bgerak ke KTM Ipoh. Dekat sana kami dah berpisah dgn Nadhilah. Sbb dia turun KL Central gara2 tiket balik dah habis masa beli tu. Tiket kami yg pada asalnya 7pm pun delay sikit dlm 15mnit. Pukul 11.30pm kami pun selamat sampai ke pangkuan suami masing2. Hahaha. Alhamdulillah.

Sungguh tak sangka percutian kami ni betul2 jadi. Ingatkan cuma sembang je. Hahahha. Mmg fun sgt trip dgn diorang! Wlaupun mcm2 hal kat sana biar kami jela yg tahu, tp tu semua kenangan manis buat kami. Thankyou pd asben masing2 sbb izinkan kami pergi dan jaga anak2. So Nextttttt ! Hahahahhaha.

Sis sajikan sikit gambar di sini buat tatapan semua. Thankyou sudi baca. Lurve ❤️





Appreciation post for wonderful friend..

Hi uols..mukadimah dulu.. Sorry lama sis menghilang..sbnrnya niat nak keep update blog hari hari, tp apekan daya byk benda tak sempat nk kejar 😢

So sis nak cite..harini sis rasa sgt2 terharu sebabnya harini sis dpt something drpd someone whom I used to close before. She ni actually nak kasi hadiah to one of my colleague, tp lansung tak expect sis pun dpt jugak. Dia punya terharu tu smpi auto pelok she dr blkg tau. Haaaaaaa 🤣 To be honest, mmg tak pernah dpt something mcmni sbb bkn my birthday kan. And sbnrnya sis tak rasa dengki ke apa tau kalau tak dpt apa2. Tp she ni punya kind and pemurah tu mmg sis appreciate. Tak pernah berkira dgn kami slme bkwn. Tak pernah busuk hati. And selalu bg sis kata2 semangat. Alhamdulillah sis bersyukur sgt2 dikurniakan kwn2 yg baik dkt skeliling. Didoakan smoga she diperluaskn lg rezeki oleh Allah dan terus berbuat kebaikan kpd semua org. Love youuu.

Thank u kak LZ :)

Mc 2 hari..

 Hi bloggers..

Im back ! Lately tengah tak berapa nak sihat utk mengarang blog. Like doc said maybe due to cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan. Tapi sis perasan lately ni mcm dah musim panas balik. Yela bulan pun dah nak beralih ke march. Tak lama lagi dah puasa kan... So jaga diri semua! Jaga kesihatan, dan jaga lah insan2 tersayang..nanti sis kembali okay.. peace !

Something to share..

 Masuk harini dah sebulan tragedi sis accident berlaku (6/1/2023). Yang paling sadis kereta sis tak sampai setahun sis guna dan remuk seremuk hatiku huhuhu. Cerita dia masa tu sis dan kwn2 nak pergi ke Oakland, S2 teman kawan. Masa tu sis drive. Waktu nak keluar simpang, sis nak masuk simpang satu lagi. Sis mmg ingat yg sis dah bagi signal, and ada delay beberapa saat utk sis masuk sebab tunggu kereta depan tu lalu. Tiba2 half way sis masuk, gedegang ! Masih teringat lagi gegaran tu. Masa tu rasa mcm blur sgt2 ! Rupanya ada motor langgar sis, and kena dekat bahagian pintu pemandu. Cuak! Mmg tak fikir apa dah. Sis nampak budak tu and kwn dia dah terbaring tgh jalan. Sis nak pergi kt dia, suddenly diorang bangun and dari jauh cakap sorry sbb tak perasan. And terus blah gitu je. Sis masa tu dah blur mcm ayam. Hahahaha. Tak tahu nak buat apa, nama, no tepon, no plat motor semua takde ! Sis call shuben, mujur masa tu shuben mmg ada kt area2 situ. Suddenly after call, budak tu dtg balik dgn kwn dia. Rupanya yg bwk motor tu bukan owner. Mungkin owner tu tak puas hati, jadi dia dtg balik. Dah hampir nak bgaduh time tu. Dia dok salahkan kami sbb masuk simpang situ. Sdgkan pd awal budak tu dah say sorry. Dok salah menyalahkan last2 sis ajak setel balai. Memula dia taknak. Siap bwk geng motor dia, tapi semua tu student. Last punya last tak dpt kata putus, last2 ke balai jua. Mmg 1st time pengalaman g balai buat report. Tl sis takde la takut sgt sbb mmg yakin yg dah drive betul masa tu. Tp mmg terguris la hati tgk kereta sis. Sobsssss. 

Terguris hati tengok kereta sis 

Tp apa yg nak sis share kt sini, dari pembacaan sis:

1.nak claim insurans ni kena ada report balai. 

2.seeloknya hantar sendiri ke bengkel, sebab if pakai agent boleh jadi agent amek komisen dr situ.

3. Kalau pihak ketiga salah, kita boleh claim insurans dia. Tapi dlm kes ni mcm 50-50 sbb dashcam tiada dan polis pn pening nak fikir siapa salah mungkin sbb bukan langgar belakang. And yg bawak moto bukan owner sendiri

3. Dan kalau pihak ketiga salah, kte boleh claim Loss Of Use, which is pampasan selama mana kereta kte duduk dalam bengkel. Kiraan dia adalah hari di bengkel X CC kereta kita.

Doakan sis tabah, kereta sis baru shj masuk ke bengkel. Dan sis ada sdikit perasaan trauma nak drive..huhuhu.. anyone ada info lagi tak pasal accident apa prosedur or boleh dibuat, boleh share.. tq semua !

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More