Home Decor

"Have nothing in your home that you don't know to be useful or believe to be beautiful." —William Morris.

Family

“Family is not an important thing. It's everything.” – Michael J. Fox.

Home

“Home is the starting place of love, hope and dreams.”

Food

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

Eat Together as a Family

"When we eat together, when we set out to do so deliberately, life is better, no matter what your circumstances. - Thomas Keller"

Team Building to Port Dickson Jan 23 (Part 2)

Sambung semula..

Pagi keesokannya, dalam tentatif kata ada Taici. Seawal 7 pagi kami dah turun. 1st time sampai paling awal. haha. Sekali bukan buat taici, tapi senamrobik ala2 zumba. Which is sis mmg suka ! Hahahaha. After habis tu, minum pagi. And tukar baju untuk masuk ke dewan semula. 

Kali ni ada aktiviti lagi, kena buat SWOT analisis untuk diri masing2. Diberi soalan dan tgok tahap mana kita berada. Next, ada game Bom dan Goreng Pisang. Game bom ni, 1st penceramah akan tuju dekat gorup mana dia nak bom. Bila dia tuju group tu, group tu kena sambung and bom group yang lain. Sape tak synchronize dikira kalah. Contohnya, bila dia cakap '0 bom, 0 bom, 0 bom, 1 bom', so group 1 akan teruskan dan bom group lain. Group sis lain disuruh lain yang dia g bom. 1 spoil, kalah terus..Hahaha. Game goreng pisang pula, adalah nyanyi main sambung2. Contohnya 'Goreng Pisang, Goreng pisang sekarang. pisang apa, pisang apa sekarang'..So next group kena sambung pisang emas ke, tanduk ke, etc. Next group akn sambung last word yang group tu bagi. Game yang ni tak puas hati, group lain bagi nama dalam English, which is susah kami nak sambung. Tiba2 group kami kena singkir, pdahal group tu yang tak ikut syarat. Takpe, mengalah je sbb group kami mmg selalu kena aniaya.. Hahahaha.

Next game, diminta dua orang main benda ni. Sorang kena diri tegak, yang sorang lagi kena letak sebanyak mana kertas kt badan dia tanpa jatuhkan kertas tu. Ahli group yang lain, kena pass kertas tu and tlg susun. Sumpah game ni paling lawak gila ! Bebudak laki group sis ni mmg sengal ubi sikit. Diorang letak kertas sampai tertutup mata mmbe belakang tu. Dah la hampir tak bernafas, disuruh pulak, kempiskan perut tahan nafas. HAHAHHAHAH. Mujur la menang ! Next2 game, main game XY. game ni susah nk terangkan la. Hahahhahaha. Tapi just nak cite, dia nak 4 group je, so group yang menang kena bubar and masuk group mana2. Mujur kak Faz tarik sis, kalau tak taktahu nk masuk group mana. Huhu. And at then, group kami menang lagi YASSSS ! 


Last sebelah petang buat SWOT analisis. Kenali Kekuatan, kelemahan, Cita2 masing2. Lepastu semua kne round the table tuliskan apa cadangan nak bagi dekat kawan2 based on semua benda tu. Paling sis ingat, ada sorang tu cita2 nak jadi pengarah filem. Ada mmbe tulis 'Jgn jadi sol no 2'. hahahah bongok ! Lepas dah habis tu, kena cari owner kertas yang kita pegang tu and bca kt dia semua benda tu. Geli plak nak baca sesatu. haha !

Acara penutup, ucapan dari wakil pelajar, dari KYNS, and wakil KJ sains Kak ita. Then acara penyampaian hadiah. paling tak sangka group kami JUARA untuk persembahan malam tu. Hahahaha. Mmg tak sangka gila2 walaupun persembahan asal boleh, tapi boleh menang wooo ! 

Begitulah kisah sepanjang kursus tu. Tapi mmg fun sgt la, dapat group pun semua gila2, masuk air. And semua mmg effort and contribute idea masing2. Walaupun kami selalu dianiaya, tapi rezeki berpihak pada kami. Akhir kata, Horasssss Juara !

Thank you semua sudi baca kisah panjang. See ya~












Team Building to Port Dickson Jan 2023... (Part 1)

 Hi bloggers...

Today sis nak story pasal journey sis kena attend kursus on job training selama 2 hari. Actually sebulan sebelum lagi sis dah dapat tarikh untuk pergi. Masa tu mmg rasa mcm anxiety betol. 1st sebab sis ni mmg sejenis lemah sikit kalau nak kursus2 melibatkan orang ramai ni. 2nd, kursus tu kena bermalam kt situ, means kena tinggalkan anak2 satu malam. Ank yang 2nd pulak kalau nak tido masih BF, tapi mujur dalam fasa nak stop.. hehe

Lets continue..

malam sebelum nak pergi tu, weols dah msg2 kt group tanya pasal persiapan apa semua. Mmg dia punya nervous tu mcm nak g interview rasa..Hahaha.. Keesokkan hari, kakak cubicmate sis datang jemput kat rumah seawal 7++ pagi. Tapi kami mmg ada juga rasa tak sabar nk pergi sebab perempuan yang pergi semua nya kenal and boleh masuk.. So sampai sana dalam 30 minit, rasa mcm awal lagi.. Kami pun singgah kt memane kedai makan demi nak dapatkan secawan nescafe..Haha..Mula2 je dah buat onar, masing2 takde cash nak bayar..Mujur la hasil korek dompet cukup juga duit..haha

Nama tempat sis kursus ni DRB Hicom.. Sampai je tempat di tuju, kami checkin dorm dulu..Sampai2 dah jadi orang terakhir, so dapat la katil atas..terima ajer la..

The Academy DRB Hicom Port Dickson 

So pukul 10.00 bermula pendaftaran staf dalam dewan..rasanya lelaki lebih ramai dr perempuan..Tak ingt total berapa.. Tapi mostly macam tak kenal..Haha.. Not good to say, tp have to say juga(Haha), penceramah dia tak berapa sampai cara dia..Tp boleh la layankan je. banyak gila game dia. Tapi yang paling sis suka(jujurnya adalah banyak menyanyi je sepanjang kursus). Hahaha. Sis ni mmg suka nyanyi2 ni so takde la mengantuk kan..Tiba masa kena cari group, dia buat satu game. Semua orang kena jalan2 dalam dewan tu, bila dia tiup wisel and bg arahan semua kena follow. 1st arahan : cari partner and laga kan kepala. 2nd arahan : cari 3 orang kumpul sama2. Arahan yang 2nd ni sis tak dpat cari geng, so sape yang takde geng tu kena nyanyi. mujur kena nyanyi ramai2. Fuh.. 3rd arahan : cari kumpulan 8 orang, dalam kumpulan mesti ada 2 perempuan. Macam tu la tak silap, ingat2 lupa dah. Haha. 

Pembahagian kumpulan

Arahan yang last ni pun sis tak dapt juga, so balance yang tinggal at the end akan form group juga. So dapat la kami 1 group (9orang) yang diberi nama Jasmine. Tag line kami : HORASSSSS ! Hahahaha. Semua sekali ada 5 group : Orkid, Kenanga, Lily, Matahari dan Jasmine. Group kami terdiri dari 6 lelaki which is Ketua kami Shahril, BJ, Zaimi, Zaini, Mader dan Yuzer. And 3 bunga which is Lenny, Nadzirah and Nadhilah. Group kami ni mmg yang paling gila2 sekali i guess. Sampai tahap, diorang ni kalau tepuk meja sampai lari alignment kaki meja tu. Hahahahahha. 

After present pasal group logo, maksud etc.. kami diberi masa tu rehat and solat.. Sebab sebelah petang ada aktiviti Tressure Hunt. Masa tu hujan dah start turun renyai2 gerimis. Tapi teruskan juga. Ada 6 checkpoint yang mesti dihabiskan. Setiap checkpoint lain2, tapi at the end setiap group akan bertemu juga di checkpoint 6. Group kami dapat buat sampai CP2 sebab CP3 kami dah diSABOTAJ !!Jenuh gila duk mencari2 hint tak jumpa2. Sampai dekat setengah jam, last2 panggil organizer, sah mmg dah takde clue dekat situ. Jadi, kami direhatkan sampai semua habis main. Mood mmg dah down masa tu, gigih juga kami pergi ke CP6 yang terakhir. Mujur ada abg salman masa tu tolong amekkan clue dalam swimmg pool, selamat la bebudak ni dari basah..Hahahah. Then, dah kumpul semua at the end group kami menang point paling banyak, sebab dua CP kena sabotaj kami dapat fullmark. hahaha.. Habis je tressure hunt, kami diminta prepare untuk persembahan malam.. Alahai yang ni paling sis lemah.. Sis ni sejenis takde confident level. memula ingat nyanyi je, sekali bebudak group ajak buat lakonan sikit. mampui aiii....Tapi benda pun dah dpt enjoy jela ye tak..

Kawan satu dorm 

Malamnya start pukul 9.30pm. Masing2 mata dah rabak fikir nak tido je..Penat gila dari siang pack gila jadual..Kami group kedua yang buat persembahan malam tu. Buat pantomim sketsa apa yang dah kami lalui dari pagi sampai ke ptg (lakonan semula). Lastnya nyanyi lagu Gemuruh ramai2. Nampak semua krik2 memula, tapi atlast nampak tehibur jugak la semua pun sing along sekali. Hahaha. Malu gila rasa masa tu dok atas pentas tu. Mujur 15 minit shaja.. Masa persembahan tu, ada 4 juri profesional dari setiap group. Semua group tahu markah masing2, group kami je diorang tak bacakan markah. Jadi kami assume diorang terhibur sgt sampai lupa nak letak markah. hahahah. Habis dalam pukul 11, terus tido tak sempat nak berborak ke apa. haha. dah penat sgt.





Sweet Memory of myLife (Part 3)~

 Alhamdulillah syukurr semua dah selesai~

Walaupun baby tak dapat naik sama, tp harapnya baby ok saje. Naik je wad, nurse call asben suruh dtg. Terkejut beruk asben buat kali kedua, sebab dia baru balik rumah dah kena inform bini dah bersalin. Haha. Pengalaman di wad pula, kalini decide tak perlu amek bilik. Dulu si abg duduk bilik kelas 2. Mungkin sbb ank kedua ni, so mcm kita redah jela. Rupanya duduk wad luar tu lbh menyeronokkan. Walaupun takde privacy, tp seronok sbb baru dpt rasa bercampur ngn org sikit. 

Sweet Memory of myLife

Kwn kiri kanan pn alhamdulillah semua ok n peramah. Nurse dalam wad semua baik, lembut2 n sgt2 membantu bila diperlukan. Alhamdulillah kali ni lebih dipermudahkan. Masuk lr 11.00am, 11.50am baby dah lahir. Tp baby belum boleh balik. Cuols mohon doakan utk my baby supaya cepat sihat ya.. Maka bermulanya kisah berpantang pula.. Dan begitulah kisah sis bersalin kelmarin. Alhamdulillah tak jadi induis. Mmg sentiasa doa byk2 n pujuk baby tak induis sbb induis tu sungguh menyakitkan 

Now tengah alami bengkak susu. Sape ada tips nak kurgkan? Huhu... 

Tq cuols sudi baca. Love ya! 

Sweet Moment in myLife (Part 2)~

 Ok lets continue bismillah... 

Lepas je doc scan, bgtau doc history masa preggy apa semua,  tiba2 doc senyum and tanya.. 'Ha.. Awak tau tak awk dh berapa cm? ' 'Awak dah 4cm ni. Kta terus masuk lr(labour room)  la.' I was like whattttt!?? Taktau nak happy sbb boleh terus jalan. Or terkedu sbb tak ready lg. Haha. End up dia suh siap2 tukar baju apa semua nk tolak ke Lr. Call asben bgtau dia dh nak kena masuk ni. Terkejut dia sebab cepat sgt. Haha. Dan salam n mintak maaf apa semua, nurse pun tolak masuk. 

Sweet Moment in myLife

Sampai dalam Lr, dah start rasa sakit yg amat. Dalam hati, ni mcm sakit masa si abg dulu. Tp act bukan nak ckp apa, ada perasaan kesal sikit. Yg handle tu doc pelatih rasanya. Dia try nak pecahkan ketuban sis, rodok2 tak berjaya. Berapa kali rodok, dia ingt sis ni bahan uji kaji kot. Dtg mmbe lg sorg pelatih rodok, sekali je dah dpt. Dlm hati 'aku dh nk separuh mampus rasa ni'. Then taktahan try mintak painkiller, dia tak kasi. Sbb katanya suspect mcm baby dah berak. Yg sorang manjang tak konfiden, yg sorg konfiden level terlebih tggi, last2 suspect baby berak baru nak pgl Doc betul. Kau ghaseee!? Dia tak kasi amek painkiller sbb nk monitor ctg. Takut kalau dia kasi nnt sis tertidur boleh drop jantung bby. And kalau ctg masih tak cantik, kena buat C-section(czer). Takutnya alahai nak nagis rasa masa tu. Dlm masa yg sama dah tak tahan sakit. 

Tiba2 doc dtg balik and tengok ctg masih lg tak cantik. Ah sudah takan dia decide nak czer. Rupanya dia still lg bantu utk normal. Dia seluk katanya nak kasi jalan bukak cpt sikit. Atlast, 8cm dia dh suruh teran sbb dah takboleh tggu. Gilo! Tp sis mmg dah rasa nak meneran time tu. 

Berbekalkan nasi goreng dn kurma yg sis makan sebelum masuk td, sis pun cuba la teran. Teran punya teran tak mau. Oh lupa nak bgtau, since skg musim pkp asben tak dibenarkan masuk. Semangat lain bila takde asben huwaaa.. Tp series talk, kalini punya pengalaman lbh dasat dr masa lahirkan abg. Punya la ramai yg dtg tlg sampai sis rasa serabut takboleh nak teran. Yg sorang tekan perut, yg sorg suh push walaupun tak sempat amek nafas. Yg sorg kepak kaki. Hampir give up dah sis rasa time tu sbb dah habis tenaga, budak nya masih tak keluar. Kmudian, doc bg lagi semangat. Punya la susah nak kluarkan kepala budak ni. Haha. Tp bila dah keluar kepala, yg lain senang dh. Akhirnya, ntah berapa puluh kali push, keluarlah seketui khalifah dgn berat 3.37kg. Mak oiii, alhamdulillah... Tp sedih bby tak dpat skintouch sbb terus bwk ke SCN utk monitor. Sbb khuatir berak dlm perut. 

Walaupun nurse n doc garang2 masa tu, tp sis tau diorg tegas sebab bermain dgn nyawa org. Instead of ckp 'ok Puan, Puan sila teran ye skrg'. Lbh baik dia ckp 'Puan, puan teran betul2 bukan mcmtu cara nk teran. Kaki tu jangan rapat'. Haha adui kenangan2~

Sweet Moment in myLife ~

 Hi bloggers.. 

Lama sudah rasanya tak mengarang blog. Actually sis dah lupa email nak sign in. Ni baru lepas. Hehe. 

Ok so today, sis nak story mory sikit pengalaman sis bersalin anak no. 2. Sementara ada masa dan masih ingat ni. The story begin... 

Tanggal 21/3/21(39w6d) 

Ni adalah tarikh sis kena serah diri dekat hospital memandangkan sis takboleh lebih due date (22/3/21) due to GDM on DC.  So bila dah tau nak kena serah diri tu, mcm2 sis pulun buat. Jalan itik, merangkak, sujud, minum air kelapa n mcm2 tips lagi yg sis baca. Tp betul lah, Tuhan kalau nak bg, tak kira cepat atau lambat. Kena ikot jugak masa. A day before nk kena serah diri, sis perlu buat swab test covid dulu. Since skg musim covid and seremban masih lg tinggi kes, so hosp yg sis nak pergi ni wajibkan swab test before masuk. Hampir tak tidur malam dibuatnya sebab org kata buat swab tu sakit. Omoo.. Tp masa dah rasa sendiri, act takde la sakit mana. Just rasa tak selesa. Lagi2 part rodok hidung, sampai ke tengkorak rasanya. Haha. Automatik sihat jadi nak bersin. Ok tu kisah swab.. Alhamdulillah result negatif.. 

Sweet Moment in Mylife

Tiba hari nak serah diri harini, pagi before Subuh around 5.30am mcmtu, sis dah mula rasa sakit memulas perut. Time tu dah tak boleh nak tidur. Sekejap2 sakit tu dtg. Try recall balik, ni ke sakit contraction. Masa tu boleh tahan lg, download apps and set timing bila dia dtg. Tengok kurang dr 10 minit. Sah! Contraction ni.. Terus bangun, mandi air panas bg segar. Still.. Sakit tak hilang. Act niatnya nak serah diri tu lambat2 sikit sbb taknak duduk wad lama2. Tp tak sangka pulak dah start sakit, terus kejut asben ajak pegi hosp. And msg cikgu taska sbb minta tolong jagakan si abg. Alhamdulillah abg nya mcm memahami, tak byk karenah masa kena tggl. Hati ibu yg sedih. Hehe

Sanpai je hosp, g amek result swab dulu. Then, masuk ke bilik saringan. Bgtau dia dah sepatutnya kena admit utk serah diri tp rasa mcm dah sakit. Then terus dia suruh cek air kencg, and g scan.. 

To be continue... 

My Unforgettable Beautiful Memories (Part 2)

Disebabkan iols ni ada GDM on diet, so supposely masa deliver haritu anak kena tahan NiCU utk pantau. Tp Alhamdulillah sempat on antibiotik beberapa jam sebelum baby keluar,so baby tak kena duduk wad. Boleh duduk ngn ibunya sampai discaj. Hehe. Jadikan cite malam tu paling mencabar sbgai seorang ibu. Dgn baru bersalinnya, tidur tak cukup, masih mamai kesan dari ubat tahan sakit. Susu pulak tak berapa keluar ditambah dgn tak berapa reti skill menyusu baby. At last gigihkan juga jalan tolak baby ke kaunter nurse mntak nurse ajarkan. Alhamdulillah nurse2 HTj mostly semua okay. Huhuhu. Agak berjam jugak lak iols menumpang tepi katil tu sbb nurse nak pantau cara penyusuan. Sampai pukul 1 ke 2 pagi iols stay situ masih mencuba. nak menangis pun ada. Last2 ckp nurse nak balik bilik sbb nk tidur. Lpstu nurse ckp dia nak ambil baby kejap nk check gula apa semua. Iols pun redho je sbb da penat sgt. Naik katil tunggu punya tunggu nurse anta baby smpi terlelap. Tersedar dalam 6am baby masih kt sana. Entoh apa dia buat anakku. Huhu. Tak lama lpstu baru dia hantar. Baby msih takpndai menyusu. Kesian betul dia kelaparan. Nasib baik tengahari dah boleh discaj, sampai rumah uwan terus bagi susu formula. Minum dgn gelojoh dia. Alahai sian anak omak.

My Unforgettable Beautiful Memories

Kisah tak habis setakat tu. Alkisah anak kena kuning pulak. Check kt KK, doc refer suruh pergi HTJ, sbb spital PD dah full. sampai sana, sekali kena tahan wad. Nasib baik ada katil kosong, iols pun boleh stay sekali(walaupun hati memberontak nak balik). Hehe. Tapi apakan daya, demi anak, ku gigihkan jua. Di sinilah bermula satu pengalaman yang paling takboleh lupa. 1st thing kena bagi susu badan. Susu topup formula ada disediakan tapi kena bagi guna cawan. Penggunaan botol adalah dilarang sama sekali. Baby masih tak pandai menyusu. Nak dibagi pakai cawan, baby asik keluarkan balik dan tersedak. Allahu ! Menangis aku sepanjang duduk kt wad tu. Baby kena duduk bawah lampu ultra. Asyik menangis sejuk dan lapar. Buntu gila rasa. Mengadu pada en asben, beliau kt rumah. Dgn makanan pun spital tak sediakan. Last2 amek inisiatif, sorok2 bagi baby menyusu botol. Tu pun dah macam pencuri buat dalam keadaan takut2. 

Satu hari iols tak tidur risau takut tak sedar baby menagis. Dengan tengah pantangnya, susu topup diletakkan jauh, tpaksa ulang alik amek, kain baju satu apa pun tak bawak, dgn tak mandi. Besar sungguh dugaan pd masa tu. Tapi tak fikir sakit apa dah, hanya fikir anak je masa tu. Bila esokknya doc dtg check, suddenly cakap kena stay satu malam lg. Terus iols menagis2 kt asben cakap nak balik. Walau apa jadi, tak sanggup duk hospital. Iols amek kputusan terpaksa tinggalkan baby kt situ demi kebaikan. Sumpah, hati seorang ibu mana yg sanggup tinggalkan anaknya. Tapi bila fikir kalau iols yg jaga, kuning lambat turun sbb baby kurang menyusu dsb, iols terpaksa juga balik. Dah la masa nak balik tinggalkan anak tepi kaunter je sbb bilkk/cubical yg tmptkan baby2 tu full. Lg menagis2 iols balik . tapi dah nekad, balik tu iols pegi mengurut. Urut apa yg perlu.

Keesokan harinya selesai mengurut terus rushing g spital. Sampai je spital, cari anak tak jumpa. Haha. Last2 tanya kt nurse rupanya dalam bilik. Lega, ingtkan masih kt tepi kaunter. Masuk je bilik, tengok anak tengah menagis. Nurse siap ckp 'ha tepat pd masa awk sampai'. Ya Allah taktau dah berapa lama dia nagis, sampai serak2 suara. Kesian anakku. terus bagi susu badan, alhamdulillah barulah baby pandai menyusu lepas berurut. dan alhamdulillah hari yg sama juga anak turun kuning dan boleh discaj. Makna kata betul la keputusan iols tinggalkan dia sekejap walau hati tak rela. Kdg keputusan yg kita ambil tu wlau bukan kehendak kita, tapi mungkin itu yg terbaik. Wallaualam.


My Unforgettable Beautiful Memories ~

Hi bloggers..

Lama rasa tak update story kat sini. Hajat hati lama dah nak mengarang tp disebabkan beberapa perkara kena setel terus tak sempat update.

Harini iols nak cerita satu pengalaman yang paling tak boleh dilupakan. Most of uols mungkin dah pernah rasa tapi tak semua sama kan? Apa dia?
Pengalaman bersalin...

Jadikan story, Jumaat 17/8/2018 iols pergi kerja seperti biasa. Actually malam sebelum tu dah mula rasa tak sedap badan tapi memandangkn baru week-37 iols tak expect apa2. So, masa kt office iols dah rasa lain mcm pada badan. Baby mcm masih slow gerakan, nak duduk pun rasa sakit2. Pergi toilet tengok mcm ada sdikit darah tapi tak pasti dari mana. Risau punya pasal iols terus bgtahu en asben. En asben masa tu masih mc, dah seminggu cirit birit. Waktu tu dia ada dekat klinik kesihatan utk check. Allahu! Kesian dia. Bila aku bgtahu nak g hospital check terus dia gelabah datang. So lweols terus bergerak ke HTJ.

My Unforgettable Beautiful Memories 

Sesampai di sana, terus ceritakan apa masalah and nurse terus suruh masuk ke dalam bilik check up. Doc kat sana buat ctg utk check jantung baby and check bukaan. Masih tiada bukaan. End up doc tu kata 'awak kena admit harini memandangkan dah cukup bulan and baby pun kurang aktif. Esok kita akan induce'. Like what??? Nak gugur jantung aku. Niat hati datang nak check je. Tp ni dah macam serah diri. Dahlah dgn kain baju satu apa pun tak bawak. Iols terpaksa redha.

Doc scan everything is okay, but tetap juga nak induce sebab dah tempoh matang. Sedih rasa hati. Masa tu macam masih blur2 apa yg dikatakan induce. Yg tau induce tu masuk ubat ikot drip utk paksa bersalin.

So, lepas dah bgtahu en asben, doc terus tolak iols ke ward pakai kerusi roda. Naik ward tetibe ward penuh. Terpaksa menunggu kat kerusi sementara tunggu org discaj. Tak berapa lama lepas tu dapat katil, tapi katil tambahan kt tepi2 lorong. Sadis betul. Dah mula nak menagis kt en asben, last2 dia dapatkan iols bilik tapi dah petang. Ok lega. Hehe.

So, tu la 1st time pengalaman duduk kt spital. En asben tak boleh masuk selagi belum waktu melawat. So dia pun balik dlu pegi solat Jumaat. Tinggal la iols keseorangan. Hari yang sama mak ayah terus datang melawat. Hehe.

Ok kisah bermula pada keesokkan harinya, awal pagi buta nurse akan datang check tekaan darah. Tak silap masa tu pukul 4 pagi. Bila tanya pukul berapa akan diinduce, nurse kata pukul 7. Pagi betul ! Last2 dalam pukul 6 lebih dia panggil minta tunggu giliran kat luar. Ramai gak dalam 13 org menanti utk dipaksa bersalin. Haha. Bila tiba giliran iols, rupanya 1st stage dia akan masukkan capsule ikot bawah. Proslin namanya. So tak semestinya lepas masuk ubat tu akan terus bersalin. Tapi masa tu bukaan dah 2cm. So iols tunggu lagi. Dah balik bilik, nurse tanya dah ada rasa sakit ke?Rileks je cakap takde. Dua kali gak nurse dtg tanya. Tiba je pukul 10, perut dah start memulas. Rasa mcm senggugut. Makin lama makin kerap. Sampai nak tido pun takboleh. Agaknya ini yg dinamakan contraction.. Bila bagitau nurse, katanya kalau ada darah dan lendir inform dia.

Dari pukul 10 pagi, sampai ke malam sakit non stop. Ngadu kat en asben sampai nagis2. En asben ajar buat senaman, ajak pusing2 satu ward. Aku jalan depan dia follow je kt belakang. Gagahkan diri juga utk jalan walaupun sakit. Malam tu suddenly dah turun darah+lendir. Bgtahu nurse, katanya tu tanda awal. Kalau ada air meleleh bagitahu cepat. Adehh. Berapa lama lg harus tunggu. Last2 aku minta check bukaan, still 2cm. Balik katil menagis lagi dan lagi.. En asben dah balik, iols try buat jalan itik sekeliling katil. Tiba pukul 2 pagi, tiba2 ada rasa air keluar. Cepat2 pergi kat nurse. Nurse suruh tunggu kt bilik utk check bukaan. Tunggu doc punya lama, last2 air merembes keluar non stop. Haha. Time tu barulah semua mula nak gelabah. Padahal sebelum ni mcm tak diendah. Unfortunately bukaan masih 2cm. Sedih rasa lama gila tak bukak2.

Tapi disebabkan aku ada masalah semasa pregnancy, nurse cakap terpaksa on antibiotik and tolak ke LR time tu gak. Ikotkan kalau nk msuk LR kena bukaan 4cm. Tp disebabkan air ketuban da pecah tapi jalan belum bukak, terpaksa jugak tolak. Nurse terus suruh call en asben. Kesian en asben masa tu baru je balik rumah. Ikotkan dia nak stay je kt hospital kt ruangan menunggu, tapi bukaan still 2cm aku fikir lambat lg terus suruh dia balik dlu. Last2 pukul 3 dia tengah shiok tido kne datang balik. Hehe.

Sampai kt bilik LR, aku ingatkan bilik LR ni mcm dalam tv besar dan banyak peralatan. Rupanya bilik LR yang biasa je. Katil pun katil biasa mcm kat ward je. Takde tempat untuk ikat kaki mcm yang ku bayangkan. Huhu. Yang takboleh bla doc yang check jalan aku tu lelaki. Malu tapi ketepikan jela semua sebab dah sakit kan. Tak lama lepas tu en asben datang. Lega sgt bila tengok muka dia. Nurse pun drip kan ubat kt tangan utk kasi contraction lagi kuat bagi bukaan cepat buka. Ni baru the real induce. Mulanya tak rasa sgt, nurse suggest ubat tahan sakit. Tapi aku refuse sbb boleh tahan. En asben sempat keluar solat subuh n makan lagi sbb nurse ckp macam lama lagi. Sekali dia tambah ubat, contraction kuat gila. Allahu! Tak dapat gambar dgn kata2. Sakit separuh mati! Terpaksa minta ubat tahan sakit. Sempat je kena ceramah dengan sorang nurse tu sebab jual mahal offer taknak. Telan jela semua tu sbb dah sakit sgt. Bila en asben datang, dia sibok pgg2 and suruh selawat. Terus rasa mcm nak marah bila dia pgg. Hehe. Tak sengaja, mungkin sebab terlampau sakit. Rasa nak terajang je besi katil tu weh T.T Aku dah hampir nak give u, siap cakap ngn en asben 'boleh tak nak czer je'. tiba2 ada sorang perasan ctg jantung baby dah drop and tak balance, terus mereka panggil doc. Doc datang terus semua nurse yg ada kat situ kena marah sebab cuai. Ya Allah keadaan saat tu agak genting, semua kelam kabut. Last2 doc cakap dia cuba paksa bukakan bukaan time tu gak utk keluarkan baby. Dia seluk masa tu nak menagis aku. Tiba2 dia suruh ready to push. Push punya push rupanya cara salah. Doc tu guide cmne nak push. Yang kelaka semua masa tu jadi pom pom girl/boy termasuk en asben sebab nak suruh push. Kecoh bilik tu. Ahahaha. Aku dah hampir tak bertenaga tp bila dengar suara en asben terus datang semangat. Aicehh. Akhirnya setelah beberapa kali push, keluar lah seketui zuriatku yang diberi nama Muhammad Ammar bin Muhammad Taufik tanggal 19/8/18 pada pkul 8.23am. Inilah pengorbanan seorang ibu dan ayah utk anaknya. Bersyukur sgt sebab sepanjang perjalanan kisah ni, en asben sentiasa ada kat sisi, sampai terlupa nak makan, tidur tak lena utk pastikan dia ada waktu aku memerlukan. Terima kasih suamiku.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More