A blog about lifestyle and my story..

My Unforgetable Beautiful Memories(Part 2)

Disebabkan iols ni ada GDM on diet, so supposely masa deliver haritu anak kena tahan NiCU utk pantau. Tp Alhamdulillah sempat on antibiotik beberapa jam sebelum baby keluar,so baby tak kena duduk wad. Boleh duduk ngn ibunya sampai discaj. Hehe. Jadikan cite malam tu paling mencabar sbgai seorang ibu. Dgn baru bersalinnya, tidur tak cukup, masih mamai kesan dari ubat tahan sakit. Susu pulak tak berapa keluar ditambah dgn tak berapa reti skill menyusu baby. At last gigihkan juga jalan tolak baby ke kaunter nurse mntak nurse ajarkan. Alhamdulillah nurse2 HTj mostly semua okay. Huhuhu. Agak berjam jugak lak iols menumpang tepi katil tu sbb nurse nak pantau cara penyusuan. Sampai pukul 1 ke 2 pagi iols stay situ masih mencuba. nak menangis pun ada. Last2 ckp nurse nak balik bilik sbb nk tidur. Lpstu nurse ckp dia nak ambil baby kejap nk check gula apa semua. Iols pun redho je sbb da penat sgt. Naik katil tunggu punya tunggu nurse anta baby smpi terlelap. Tersedar dalam 6am baby masih kt sana. Entoh apa dia buat anakku. Huhu. Tak lama lpstu baru dia hantar. Baby msih takpndai menyusu. Kesian betul dia kelaparan. Nasib baik tengahari dah boleh discaj, sampai rumah uwan terus bagi susu formula. Minum dgn gelojoh dia. Alahai sian anak omak.

Kisah tak habis setakat tu. Alkisah anak kena kuning pulak. Check kt KK, doc refer suruh pergi HTJ, sbb spital PD dah full. sampai sana, sekali kena tahan wad. Nasib baik ada katil kosong, iols pun boleh stay sekali(walaupun hati memberontak nak balik). Hehe. Tapi apakan daya, demi anak, ku gigihkan jua. Di sinilah bermula satu pengalaman yang paling takboleh lupa. 1st thing kena bagi susu badan. Susu topup formula ada disediakan tapi kena bagi guna cawan. Penggunaan botol adalah dilarang sama sekali. Baby masih tak pandai menyusu. Nak dibagi pakai cawan, baby asik keluarkan balik dan tersedak. Allahu ! Menangis aku sepanjang duduk kt wad tu. Baby kena duduk bawah lampu ultra. Asyik menangis sejuk dan lapar. Buntu gila rasa. Mengadu pada en asben, beliau kt rumah. Dgn makanan pun spital tak sediakan. Last2 amek inisiatif, sorok2 bagi baby menyusu botol. Tu pun dah macam pencuri buat dalam keadaan takut2. Satu hari iols tak tidur risau takut tak sedar baby menagis. Dengan tengah pantangnya, susu topup diletakkan jauh, tpaksa ulang alik amek, kain baju satu apa pun tak bawak, dgn tak mandi. Besar sungguh dugaan pd masa tu. Tapi tak fikir sakit apa dah, hanya fikir anak je masa tu. Bila esokknya doc dtg check, suddenly cakap kena stay satu malam lg. Terus iols menagis2 kt asben cakap nak balik. Walau apa jadi, tak sanggup duk hospital. Iols amek kputusan terpaksa tinggalkan baby kt situ demi kebaikan. Sumpah, hati seorang ibu mana yg sanggup tinggalkan anaknya. Tapi bila fikir kalau iols yg jaga, kuning lambat turun sbb baby kurang menyusu dsb, iols terpaksa juga balik. Dah la masa nak balik tinggalkan anak tepi kaunter je sbb bilkk/cubical yg tmptkan baby2 tu full. Lg menagis2 iols balik . tapi dah nekad, balik tu iols pegi mengurut. Urut apa yg perlu.

Keesokan harinya selesai mengurut terus rushing g spital. Sampai je spital, cari anak tak jumpa. Haha. Last2 tanya kt nurse rupanya dalam bilik. Lega, ingtkan masih kt tepi kaunter. Masuk je bilik, tengok anak tengah menagis. Nurse siap ckp 'ha tepat pd masa awk sampai'. Ya Allah taktau dah berapa lama dia nagis, sampai serak2 suara. Kesian anakku. terus bagi susu badan, alhamdulillah barulah baby pandai menyusu lepas berurut. dan alhamdulillah hari yg sama juga anak turun kuning dan boleh discaj. Makna kata betul la keputusan iols tinggalkan dia sekejap walau hati tak rela. Kdg keputusan yg kita ambil tu wlau bukan kehendak kita, tapi mungkin itu yg terbaik. Wallaualam.


4 comments:

My Instagram