Home Decor

"Have nothing in your home that you don't know to be useful or believe to be beautiful." —William Morris.

Family

“Family is not an important thing. It's everything.” – Michael J. Fox.

Home

“Home is the starting place of love, hope and dreams.”

Food

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

Eat Together as a Family

"When we eat together, when we set out to do so deliberately, life is better, no matter what your circumstances. - Thomas Keller"

Mc 2 hari..

 Hi bloggers..

Im back ! Lately tengah tak berapa nak sihat utk mengarang blog. Like doc said maybe due to cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan. Tapi sis perasan lately ni mcm dah musim panas balik. Yela bulan pun dah nak beralih ke march. Tak lama lagi dah puasa kan... So jaga diri semua! Jaga kesihatan, dan jaga lah insan2 tersayang..nanti sis kembali okay.. peace !

Something to share..

 Masuk harini dah sebulan tragedi sis accident berlaku (6/1/2023). Yang paling sadis kereta sis tak sampai setahun sis guna dan remuk seremuk hatiku huhuhu. Cerita dia masa tu sis dan kwn2 nak pergi ke Oakland, S2 teman kawan. Masa tu sis drive. Waktu nak keluar simpang, sis nak masuk simpang satu lagi. Sis mmg ingat yg sis dah bagi signal, and ada delay beberapa saat utk sis masuk sebab tunggu kereta depan tu lalu. Tiba2 half way sis masuk, gedegang ! Masih teringat lagi gegaran tu. Masa tu rasa mcm blur sgt2 ! Rupanya ada motor langgar sis, and kena dekat bahagian pintu pemandu. Cuak! Mmg tak fikir apa dah. Sis nampak budak tu and kwn dia dah terbaring tgh jalan. Sis nak pergi kt dia, suddenly diorang bangun and dari jauh cakap sorry sbb tak perasan. And terus blah gitu je. Sis masa tu dah blur mcm ayam. Hahahaha. Tak tahu nak buat apa, nama, no tepon, no plat motor semua takde ! Sis call shuben, mujur masa tu shuben mmg ada kt area2 situ. Suddenly after call, budak tu dtg balik dgn kwn dia. Rupanya yg bwk motor tu bukan owner. Mungkin owner tu tak puas hati, jadi dia dtg balik. Dah hampir nak bgaduh time tu. Dia dok salahkan kami sbb masuk simpang situ. Sdgkan pd awal budak tu dah say sorry. Dok salah menyalahkan last2 sis ajak setel balai. Memula dia taknak. Siap bwk geng motor dia, tapi semua tu student. Last punya last tak dpt kata putus, last2 ke balai jua. Mmg 1st time pengalaman g balai buat report. Tl sis takde la takut sgt sbb mmg yakin yg dah drive betul masa tu. Tp mmg terguris la hati tgk kereta sis. Sobsssss. 

Terguris hati tengok kereta sis 

Tp apa yg nak sis share kt sini, dari pembacaan sis:

1.nak claim insurans ni kena ada report balai. 

2.seeloknya hantar sendiri ke bengkel, sebab if pakai agent boleh jadi agent amek komisen dr situ.

3. Kalau pihak ketiga salah, kita boleh claim insurans dia. Tapi dlm kes ni mcm 50-50 sbb dashcam tiada dan polis pn pening nak fikir siapa salah mungkin sbb bukan langgar belakang. And yg bawak moto bukan owner sendiri

3. Dan kalau pihak ketiga salah, kte boleh claim Loss Of Use, which is pampasan selama mana kereta kte duduk dalam bengkel. Kiraan dia adalah hari di bengkel X CC kereta kita.

Doakan sis tabah, kereta sis baru shj masuk ke bengkel. Dan sis ada sdikit perasaan trauma nak drive..huhuhu.. anyone ada info lagi tak pasal accident apa prosedur or boleh dibuat, boleh share.. tq semua !

Weekend's Activity

Hi bloggers..

Happy holiday ! What's ur activity during weekend? Me just simple life jerr..

Sbbkan lama dah tak balik kg, so sis decide utk balik. Kg sis dekat jurr kt PD, around 20 minutes Dr rumah sis. Kebiasaan sis akn bertolak Jumaat mlm after balik keje shgga ahad ptg or malam. 

Port Dickson beach

So minggu ni just simple routine. Chitchat, masak2. Semua pun balik so meriah la rumah dgn budak2 yg lam tak jumpa ni. Sabtu tu sempat melawat ibu saudara di Seremban. Sedih tgok keadaaannya yg semakin menua. In fact, kita semua pun semakin meningkat usia, hargailah org tua kita selagi ada~

Kelas Zumba..

 Hi bloggers..

Today sis nak story pasal kelas zumba yang sis attend dekat ofis sis. Actually kelas ni dah start hujung tahun lepas(2022). Sebenarnya sis ni sejenis suka menari. Cuma takde konfiden nak menonjolkan diri. Dari masa zaman U lagi, sis pernah masuk Town n Gown. Festival untuk budak2 yang nak grad. Setiap fakulti kena hantar wakil untuk perform tarian and berarak dekat bandar Batu Pahat. Ok taknak cerita pasal tu dahulu..

Sambung balik pasal zumba..Hehe..So disebabkan minat yang mendalam untuk menari ni, plus sis nak menguruskan badan yang dah naik, sis pun join la team zumba ni. Team ni utk ofismates je, diorang bayar coach luar. Memula attend tu macam segan-2 juga. Tapi lama-2 shiok la pulek..Kelas setiap 2 kali seminggu, tapi sis mampu join seminggu sekali je. Tu pun puas pujuk encik shuben untuk benarkan. Hehe. Bukan apa, petang2 kena ambil anak balik skola. So, bila sis pergi zumba beliau la kena jemput. Alasan sis, bagi la sis masa untuk 'me time'. Ni je caranya huhuhu.

Coach zumba ni mmg sporting. Duduk dekat je ngn rumah sis. Setiap kali kelas, lagu yang dibukak kemain energitik. Adoi. Mula2 tu mmg susah nak follow. Tapi berbekalkan semangat dan sikap yang cepat belajar ni, fuhh...akhirnya boleh juga catch up step2 tu. Hahaha.

Hakak2 yang join pun semua sporting, walaupun pada asalnya sambutan tak memberansangkan. Tapi ada beberapa orang yg mmg tak pernah miss akan attend klas ni. Untuk tahun 2023 ni, kontrak dah tamat. tapi kami nak sambung juga dengan bayaran dikenakan kepada siapa yang hadir. Kalau ikutkan dah sebulan tinggal, so bila dapat sambung balik. Mmg happy betol rasa tu. Sampai tahap, kt rumah pun sis praktikkan step2 yang coach ajar. Shuben sis sampai naik mual la tengok. Tu yang dia izinkan sis pergi tu. Sebab dia tengok bini eh dah gian nak zumba. Hahhaahaha. Tapi zumba ni best tau, dapat sihatkan badan sebab ianya sejenis exercise juga. Tapi ada individu yang suka exercise cara lain like jogging, bersukan etc. So ikut pada pilihan masing2. Yang penting, kte ENJOYYY !

Di sini sis sajikan sedikit gambar team zumba sis yang betukar2 orang. hehe. Thank you for reading !



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More