Something to share..

 Masuk harini dah sebulan tragedi sis accident berlaku (6/1/2023). Yang paling sadis kereta sis tak sampai setahun sis guna dan remuk seremuk hatiku huhuhu. Cerita dia masa tu sis dan kwn2 nak pergi ke Oakland, S2 teman kawan. Masa tu sis drive. Waktu nak keluar simpang, sis nak masuk simpang satu lagi. Sis mmg ingat yg sis dah bagi signal, and ada delay beberapa saat utk sis masuk sebab tunggu kereta depan tu lalu. Tiba2 half way sis masuk, gedegang ! Masih teringat lagi gegaran tu. Masa tu rasa mcm blur sgt2 ! Rupanya ada motor langgar sis, and kena dekat bahagian pintu pemandu. Cuak! Mmg tak fikir apa dah. Sis nampak budak tu and kwn dia dah terbaring tgh jalan. Sis nak pergi kt dia, suddenly diorang bangun and dari jauh cakap sorry sbb tak perasan. And terus blah gitu je. Sis masa tu dah blur mcm ayam. Hahahaha. Tak tahu nak buat apa, nama, no tepon, no plat motor semua takde ! Sis call shuben, mujur masa tu shuben mmg ada kt area2 situ. Suddenly after call, budak tu dtg balik dgn kwn dia. Rupanya yg bwk motor tu bukan owner. Mungkin owner tu tak puas hati, jadi dia dtg balik. Dah hampir nak bgaduh time tu. Dia dok salahkan kami sbb masuk simpang situ. Sdgkan pd awal budak tu dah say sorry. Dok salah menyalahkan last2 sis ajak setel balai. Memula dia taknak. Siap bwk geng motor dia, tapi semua tu student. Last punya last tak dpt kata putus, last2 ke balai jua. Mmg 1st time pengalaman g balai buat report. Tl sis takde la takut sgt sbb mmg yakin yg dah drive betul masa tu. Tp mmg terguris la hati tgk kereta sis. Sobsssss. 

Terguris hati tengok kereta sis 

Tp apa yg nak sis share kt sini, dari pembacaan sis:

1.nak claim insurans ni kena ada report balai. 

2.seeloknya hantar sendiri ke bengkel, sebab if pakai agent boleh jadi agent amek komisen dr situ.

3. Kalau pihak ketiga salah, kita boleh claim insurans dia. Tapi dlm kes ni mcm 50-50 sbb dashcam tiada dan polis pn pening nak fikir siapa salah mungkin sbb bukan langgar belakang. And yg bawak moto bukan owner sendiri

3. Dan kalau pihak ketiga salah, kte boleh claim Loss Of Use, which is pampasan selama mana kereta kte duduk dalam bengkel. Kiraan dia adalah hari di bengkel X CC kereta kita.

Doakan sis tabah, kereta sis baru shj masuk ke bengkel. Dan sis ada sdikit perasaan trauma nak drive..huhuhu.. anyone ada info lagi tak pasal accident apa prosedur or boleh dibuat, boleh share.. tq semua !

4 Comments:

Alhamdulillah Naddy tak apa-apa. Mrs. A pun ada pengalaman motor langgar habis Myb meyah calar balar sebelah pintu bawah. Yang stupidnya dirahsiakan dari husband which is akhirnya dia tahu jugak.

Dinasihat bila kita excident dengan motor biarlah kita pi report polis bimbang nanti settle luar tapi motor tu pi pedajal dia claim insuran keta kita senyap-senyap pastu syarikat insuran wat senyap naya kita bila nak renew insuran tengok-tengok ncd dah zero huhuhuu...

jangan lupa follow saya balik yea sis di https://penulisanyus.blogspot.com/

Allahu Mrs. A mcmtu pun boleh jadi ke? Main senyap2 ambil kita punya bahagian. Mujur la dlm kes dah official report polis. Tq for ur info 🥰

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More