Team Building to Port Dickson Jan 2023... (Part 1)

 Hi bloggers...

Today sis nak story pasal journey sis kena attend kursus on job training selama 2 hari. Actually sebulan sebelum lagi sis dah dapat tarikh untuk pergi. Masa tu mmg rasa mcm anxiety betol. 1st sebab sis ni mmg sejenis lemah sikit kalau nak kursus2 melibatkan orang ramai ni. 2nd, kursus tu kena bermalam kt situ, means kena tinggalkan anak2 satu malam. Ank yang 2nd pulak kalau nak tido masih BF, tapi mujur dalam fasa nak stop.. hehe

Lets continue..

malam sebelum nak pergi tu, weols dah msg2 kt group tanya pasal persiapan apa semua. Mmg dia punya nervous tu mcm nak g interview rasa..Hahaha.. Keesokkan hari, kakak cubicmate sis datang jemput kat rumah seawal 7++ pagi. Tapi kami mmg ada juga rasa tak sabar nk pergi sebab perempuan yang pergi semua nya kenal and boleh masuk.. So sampai sana dalam 30 minit, rasa mcm awal lagi.. Kami pun singgah kt memane kedai makan demi nak dapatkan secawan nescafe..Haha..Mula2 je dah buat onar, masing2 takde cash nak bayar..Mujur la hasil korek dompet cukup juga duit..haha

Nama tempat sis kursus ni DRB Hicom.. Sampai je tempat di tuju, kami checkin dorm dulu..Sampai2 dah jadi orang terakhir, so dapat la katil atas..terima ajer la..

The Academy DRB Hicom Port Dickson 

So pukul 10.00 bermula pendaftaran staf dalam dewan..rasanya lelaki lebih ramai dr perempuan..Tak ingt total berapa.. Tapi mostly macam tak kenal..Haha.. Not good to say, tp have to say juga(Haha), penceramah dia tak berapa sampai cara dia..Tp boleh la layankan je. banyak gila game dia. Tapi yang paling sis suka(jujurnya adalah banyak menyanyi je sepanjang kursus). Hahaha. Sis ni mmg suka nyanyi2 ni so takde la mengantuk kan..Tiba masa kena cari group, dia buat satu game. Semua orang kena jalan2 dalam dewan tu, bila dia tiup wisel and bg arahan semua kena follow. 1st arahan : cari partner and laga kan kepala. 2nd arahan : cari 3 orang kumpul sama2. Arahan yang 2nd ni sis tak dpat cari geng, so sape yang takde geng tu kena nyanyi. mujur kena nyanyi ramai2. Fuh.. 3rd arahan : cari kumpulan 8 orang, dalam kumpulan mesti ada 2 perempuan. Macam tu la tak silap, ingat2 lupa dah. Haha. 

Pembahagian kumpulan

Arahan yang last ni pun sis tak dapt juga, so balance yang tinggal at the end akan form group juga. So dapat la kami 1 group (9orang) yang diberi nama Jasmine. Tag line kami : HORASSSSS ! Hahahaha. Semua sekali ada 5 group : Orkid, Kenanga, Lily, Matahari dan Jasmine. Group kami terdiri dari 6 lelaki which is Ketua kami Shahril, BJ, Zaimi, Zaini, Mader dan Yuzer. And 3 bunga which is Lenny, Nadzirah and Nadhilah. Group kami ni mmg yang paling gila2 sekali i guess. Sampai tahap, diorang ni kalau tepuk meja sampai lari alignment kaki meja tu. Hahahahahha. 

After present pasal group logo, maksud etc.. kami diberi masa tu rehat and solat.. Sebab sebelah petang ada aktiviti Tressure Hunt. Masa tu hujan dah start turun renyai2 gerimis. Tapi teruskan juga. Ada 6 checkpoint yang mesti dihabiskan. Setiap checkpoint lain2, tapi at the end setiap group akan bertemu juga di checkpoint 6. Group kami dapat buat sampai CP2 sebab CP3 kami dah diSABOTAJ !!Jenuh gila duk mencari2 hint tak jumpa2. Sampai dekat setengah jam, last2 panggil organizer, sah mmg dah takde clue dekat situ. Jadi, kami direhatkan sampai semua habis main. Mood mmg dah down masa tu, gigih juga kami pergi ke CP6 yang terakhir. Mujur ada abg salman masa tu tolong amekkan clue dalam swimmg pool, selamat la bebudak ni dari basah..Hahahah. Then, dah kumpul semua at the end group kami menang point paling banyak, sebab dua CP kena sabotaj kami dapat fullmark. hahaha.. Habis je tressure hunt, kami diminta prepare untuk persembahan malam.. Alahai yang ni paling sis lemah.. Sis ni sejenis takde confident level. memula ingat nyanyi je, sekali bebudak group ajak buat lakonan sikit. mampui aiii....Tapi benda pun dah dpt enjoy jela ye tak..

Kawan satu dorm 

Malamnya start pukul 9.30pm. Masing2 mata dah rabak fikir nak tido je..Penat gila dari siang pack gila jadual..Kami group kedua yang buat persembahan malam tu. Buat pantomim sketsa apa yang dah kami lalui dari pagi sampai ke ptg (lakonan semula). Lastnya nyanyi lagu Gemuruh ramai2. Nampak semua krik2 memula, tapi atlast nampak tehibur jugak la semua pun sing along sekali. Hahaha. Malu gila rasa masa tu dok atas pentas tu. Mujur 15 minit shaja.. Masa persembahan tu, ada 4 juri profesional dari setiap group. Semua group tahu markah masing2, group kami je diorang tak bacakan markah. Jadi kami assume diorang terhibur sgt sampai lupa nak letak markah. hahahah. Habis dalam pukul 11, terus tido tak sempat nak berborak ke apa. haha. dah penat sgt.





2 Comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More