Team Building to Port Dickson Jan 23 (Part 2)

Sambung semula..

Pagi keesokannya, dalam tentatif kata ada Taici. Seawal 7 pagi kami dah turun. 1st time sampai paling awal. haha. Sekali bukan buat taici, tapi senamrobik ala2 zumba. Which is sis mmg suka ! Hahahaha. After habis tu, minum pagi. And tukar baju untuk masuk ke dewan semula. 

Kali ni ada aktiviti lagi, kena buat SWOT analisis untuk diri masing2. Diberi soalan dan tgok tahap mana kita berada. Next, ada game Bom dan Goreng Pisang. Game bom ni, 1st penceramah akan tuju dekat gorup mana dia nak bom. Bila dia tuju group tu, group tu kena sambung and bom group yang lain. Sape tak synchronize dikira kalah. Contohnya, bila dia cakap '0 bom, 0 bom, 0 bom, 1 bom', so group 1 akan teruskan dan bom group lain. Group sis lain disuruh lain yang dia g bom. 1 spoil, kalah terus..Hahaha. Game goreng pisang pula, adalah nyanyi main sambung2. Contohnya 'Goreng Pisang, Goreng pisang sekarang. pisang apa, pisang apa sekarang'..So next group kena sambung pisang emas ke, tanduk ke, etc. Next group akn sambung last word yang group tu bagi. Game yang ni tak puas hati, group lain bagi nama dalam English, which is susah kami nak sambung. Tiba2 group kami kena singkir, pdahal group tu yang tak ikut syarat. Takpe, mengalah je sbb group kami mmg selalu kena aniaya.. Hahahaha.

Next game, diminta dua orang main benda ni. Sorang kena diri tegak, yang sorang lagi kena letak sebanyak mana kertas kt badan dia tanpa jatuhkan kertas tu. Ahli group yang lain, kena pass kertas tu and tlg susun. Sumpah game ni paling lawak gila ! Bebudak laki group sis ni mmg sengal ubi sikit. Diorang letak kertas sampai tertutup mata mmbe belakang tu. Dah la hampir tak bernafas, disuruh pulak, kempiskan perut tahan nafas. HAHAHHAHAH. Mujur la menang ! Next2 game, main game XY. game ni susah nk terangkan la. Hahahhahaha. Tapi just nak cite, dia nak 4 group je, so group yang menang kena bubar and masuk group mana2. Mujur kak Faz tarik sis, kalau tak taktahu nk masuk group mana. Huhu. And at then, group kami menang lagi YASSSS ! 


Last sebelah petang buat SWOT analisis. Kenali Kekuatan, kelemahan, Cita2 masing2. Lepastu semua kne round the table tuliskan apa cadangan nak bagi dekat kawan2 based on semua benda tu. Paling sis ingat, ada sorang tu cita2 nak jadi pengarah filem. Ada mmbe tulis 'Jgn jadi sol no 2'. hahahah bongok ! Lepas dah habis tu, kena cari owner kertas yang kita pegang tu and bca kt dia semua benda tu. Geli plak nak baca sesatu. haha !

Acara penutup, ucapan dari wakil pelajar, dari KYNS, and wakil KJ sains Kak ita. Then acara penyampaian hadiah. paling tak sangka group kami JUARA untuk persembahan malam tu. Hahahaha. Mmg tak sangka gila2 walaupun persembahan asal boleh, tapi boleh menang wooo ! 

Begitulah kisah sepanjang kursus tu. Tapi mmg fun sgt la, dapat group pun semua gila2, masuk air. And semua mmg effort and contribute idea masing2. Walaupun kami selalu dianiaya, tapi rezeki berpihak pada kami. Akhir kata, Horasssss Juara !

Thank you semua sudi baca kisah panjang. See ya~












2 Comments:

Hye geng taici, ops silap senamrobik like zumba.. Apa pun memang fun.. hehehe

Best kan. Jom la join kelas zumba hehe

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More