Home Decor

"Have nothing in your home that you don't know to be useful or believe to be beautiful." —William Morris.

Family

“Family is not an important thing. It's everything.” – Michael J. Fox.

Home

“Home is the starting place of love, hope and dreams.”

Food

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

Eat Together as a Family

"When we eat together, when we set out to do so deliberately, life is better, no matter what your circumstances. - Thomas Keller"

Kenang daku di hari bahagia..(Part 2)

Masih mencari tajuk yang sesuai..hehe
.
4.11.17(sabtu)- my very very big day ! Dah ready mental and fizikal utk menghadapi hari tersebut. Dalam hati dah berdoa banyak2 supaya wedding dress will suit me well. Alhamdulillah nasib baik tak nampak kurus tp lebih berisi. Ni iols suka! Hewhew
.
Dalam pkul 10pagi dah start mekap. 2jam after that selesai berpakaian. Perantin laki tak sempat nk bsiap kt homestay, last2 dtg bersiap kt rumah. Jam 12.30 tengahari rombongn lelaki dah dtg. Bila keluar je dari pintu nampak org ramai masya Allah, ketaq2 terus lutut nak melangkah. Dgn keazaman dan semangat waja. Iols berjalan dipimpin oleh pengapit yang setia menemani di sisi, mengelap peluh dan hingus. Haha. Terima kasih bell, adik praktikal unit ICT kt tmpt iols kerja.
.
So, masa first keluar dr rumah, iols mcm dah blur kejap kena buat apa. Nasib baik ada en photographer yg guide kena buat apa2. Haha. Punboleh. Ok, mula2 dia dtg kena salam cium tgn dia. Huhu tak biasa lak. Lepas tu masa berarak, duduk dulu tengok ptunjukan silat. Yg ni iols terharu sebab membe iols yg kecik2 membesar bersama willing mo sponsor silat utk big day iols. Dalam 15minit mcm tu,ptunjukan tamat. Kami pun berarak ke atas pelamin. Humangai, ramai betul org masa tu. Iols sempat2 curi nampak org yg iols kenal. Ada kak ila, haji yg kedai dia satu bangunan dgn ofis iols. Ada ofismate. Paling tak sangka bos2 kami pun sudi dtg. Huhuhu. Kemudian acara makan beradab, time ni tak fikir apa dah sebab kan lapar, makan je tak cover. Cuma iols pelik, asben yg selama ni kuat makan tiba2 masa tu terus tak selera. Hahaha ! Lepas makan, acara potong tekak, seterusnya bergambar bersama keluarga, sedara sahabat handai. Dan last sekali photoshoot outdoor. Time ni mata mmg dah rabak, banyak kali tanya photographer dah boleh stop ke belum? Hehe. Dah tak fikir apa selain nak tidur. Uhuk uhuk.
Maka tamatlah cerita majlis perkahwinan iols setakat ini. Rasa terharu, macam mimpi dan macam2 perasaan ada. Dan terharu dapat sambutan, hadiah yg banyak. Tuhan je dapat balas semuanya. Tp yg paling ditakuti adalah hidup selepas berkahwin. Semoga dapat tempuh alam baru ni dgn hati yang kental, almaklum la iols ni hati tisu ckit. Heheheh kbai~~

Kenang daku di hari bahagia..(Part 1)

Pejam celik pejam celik dah nak masuk sebulan dah iols bertukar status .Tiba2 rasa nak mengimbau kenangan pada masa tu....
.
2.11.17(khamis)- iols masih lagi bekerja seperti biasa. Oleh kerana nak bercuti lama selepas majlis, maka gigihkan jua hati ke tmpt kerja walaupun hati dah takdak kt sana. Haha. Tambah2 bila org keliling asyik menyakat and suruh balik berehat. So iols pn beranikam diri minta kebenaran bos utk balik awl dari biasa. Bos kasi dgn syarat 'siapkan dulu report yg sy mnta tu'. Hahahah. Balik ke rumah, khemah dah siap pasang, jiran lama satu keluarga dah dtg masukkan goodies dan bunga telur, bridal dtg nak pasang pelamin. Penat alahai. Tapi disebabkan excited, lupa terus penat dan muka busuk baru balik kerja. Haha ! Aktiviti malam adalah berinai. Hakak inai tu dtg punya la awal, masa tu iols baru balik dr beli brg dkt market. Mandi 10 mnit je terus pakai, tak sempat makan, 3 jam mnunggu inai kering. Haha. Masa tu debar baru terasa nak menghadapi hari esok... Dup dap dup~

Detik 3.11.17(jumaat)-hari iols bertukar status jadi bini org. Hehe. Bangun pagi2 rasa macam mimpi. Nikah lepas asar, masih ada byk lagi masa nak debar. Lepas solat jumaat majlis cukur jambul dik kandar, anak buah. Waktu ni iols dah start utk bermekap. Dalam 2 jam mekap, pkul 4.45 rombgn tok kadi sampai. Walaupn tak nampak sebab dalam bilik. Tapi dah mula rasa cm nak pengsan. Tu boleh berlagak tenang lg. Pkul 5ptg rombgn lelaki pula sampai. Yg ni betul2 rasa jantung nak tercabut. Dengar bising2 kat luar, hati dah tak senang duduk. Saat di panggil utk keluar, nampak muka bakal suami terus tenang. Heheheh. Dah lah sekeliling dipenuhi para lelaki jemaah dr masjid dan org pejabat agama. Yg mnikahkan kami ustaz Kahar. Dari pejabat agama. Punya la suka byk bertanya, mungkin niat nak mgusik dan menguji kefokusan perantin. Byk soalan ditanya dkt asben masa tu, asben lak mcm blur, dah dipass nya soalan kt isteri suruh cover suami. Fuhh, dgn tenang iols menjwb. Rasa mcm hero lak time tu. Hehe(muntah). 

Alhamdulillah dgn sekali lafaz kami sah sebagai suami isteri... Saat first time salam ciun tangan dia,  rasa cm terkena renjatan elektrik. Sejuk  bebeno weh. Haha aduhaii. Walaupun macam tak percaya, tapi syukur~~
.
Petang dah penat kemain, tapi aktivit tak terhenti setakat itu. Sebelah malam pula ada aktivti salin pakaian. Yg ni tak sure nak kata adat or macam mana tp mgkin adat family iols. Pulak baju semua disponsor oleh keluar makcik. Hehe. 5 pasang baju kesemua sekali, satu baju  hampir nak 50 gambar yg diambil oleh photogrpher x bertauliah sgt, adik dan kawan. Penattakboleh cakap sampai tak dapek nak sonyum do. Fikir dan tidur je utk bersedia hari esok pula~~

~Tamatlah chapter pertama~

Debaran..

Salam Maghrib..

Lama dah tak karang blog. Rasa mcm dah berhabuk dah. Memandang aku sekarang tgh agak sibok menguruskan majlis ku yg tinggal seminggu lebih sahaja lagi. Rasa macam mimpi. Di saat makin dekat ke tarikh tu, macam2 perasaan mula timbul. Betul ke pilihan aku? Layak ke aku dgn dia? Dia ke orgnya? Satu persatu timbul..

Maka, mulalah muhasabah diri setiap malam. Bersedia ke aku nk harungi hidup dgn org baru yg belum kenal aku sepenuhnya. Yang tahu buruk baik ku seperti keluargaku sendiri. Bersedia ke aku nk pikul tanggungjwb menjaga dia? Susah senang dgn dia? Allahu...syahdu rasa, memang perancangan Allah Maha Hebat. DIA hadirkan seseorg utk selalu menegur ku tiap kali buat kesilapan. Yg selalu lupa dan sibok dgn dunia. Moga dia yg terbaik, amin...

Stress makin stress. Mana nak fikir kerja yg tak pernah habis. Perasaan utk menanti hari itu dtg? Aku belum rasa debaran dek kerana terlalu sibok menguruskan kerja :( ramai tegur kenapa muka tak bermaya seolah mcm kena jaga masalah dunia. Entahlah....
Tak dapat luahkan sepenuhnya.
Takut ada hati yg terkesan.

Apepun, selalu mendoakan agar majlis yg paling besar dan bermakna dalam hidup ku ini akan berjalan lancar. Aminn..

3.11.17 -muhammad taufik b mohd jaafar & siti nadzirah binti saharudin

Majlis Berbuka Puasa 2017

Assalamualaikum..

Hi lama sudah tak mengarang di blog. Terlambat tak untuk ucapkan Salam Ramadan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Entry kali ni nak ceritakan sedikit kisah dalam bulan Ramadan. Dua hari lepas iols hadiri satu Majlis Berbuka Puasa anjuran company vendor(Hatimuda Sdn Bhd). Pada mulanya iols memang keberatan sgt nak pergi sebabkan takde membe yang ngam pergi sama. Tp memandangkan hif ada, so Iols decide untuk pergi jela. Lagipun dah rezeki dapat makan free, tak baik tolak. Nak harapkan bayar sendiri, ntah bila merasa. Hehehehe

Dijadikan cerita pada hari tersebut, iols decide nak pergi bersama-sama dgn hif. Kali ni punya majlis agak berbeza tempatnya. Harap tidak mengecewakan sebab buat di Hotel PalmMall. Ramai kata situ sedap dan better dari tahun lepas. Hehe. So, seawal 5.30 petang iols dan hif dah gerak ke sana. Memandangkan fikir nanti susah nak cari parking. Bila dah sampai sana rasa mcm krik krik pula sebab sorang pun takde. Yg organize majlis pn belum sampai. Hahaha ! And parking pun kosong je. Hampa dan kecewa sebab weols parking bawah sekali lower ground floor. Choooi.

So weols pun duduk jela dekat meja yg disediakan sambil sembang2. Hmm. Tak lama lepas tu grouo finance pun dtg so iols decide duduk satu meja dgn diorang and ambil makanan. Tudia, memang macam2 jenis makanan. Rambang mata di buatnya. Dari laksa, spageti, yong taufu, kambing bakar, apam balik, nasi tomato, nasi putih, buah2 dan kuih, abc dan aiskrim. Fuhh macam2 jenis beb! Tu belum lagi ckp pelbagai jenis air hampir 15 jenis. Specialities kat sini adalah kambing bakaq dgn spageti/pasta yg dimasak panas2. Tp disebabkan iols tak berapa nak ada mood waktu tu, iols layan jela. Tak makan byk pun, ambil sekali je lepas tu makan sampai habis. Nk jenguk meja sebelah(hif) pun lupa sebab dpt makan. Hehe. Alhamdulillah kali ni perut iols okay, tak macam tahun lepas makan lepas tu sakit perut. Mmg makanan dia not bad, puas hati la kalau datang. Seronok tengok org makan tak henti2. Then lepak-2 makin lama org makin surut dan surut. Dah nak tutup dah hall tu, makan pun hampir habis, meja tgh dikemas takjugak balik-2. Pukul 9.30malam baru lah iols beransur balik gara-2 si hif yang asyik melepak. Itupun ajak balik baru lah dia bangun. Kalau tak, maunnya tutup mall tu baru nk balik. Lol.


    Apepun, memang satu peristiwa yang best juga lah. Walaupun tak seseronok tahun lepas. Disamping dapat makan, dapat juga merasa suasana berbuka kt hotel yg buka selalu dapat peluang mcm ni. Dan lagi satu specialnya, tahun lepas iols dgn hif datang sebagai org luar, tahun ni kami dtg sebagai tunang, insya Allah tahun depan sebagai suami isteri. Hikkk. Aminn.
So, iols sajikan sikit gambar kenangan malam tadi.

Route to JB..

Dear diary,

Lama rasa tak menjenguk sini apa ntah lagi mengarang cerita yg kebiasaannya agak merapu. Shgga kan mst ada yg annoying baca. Huhu. Harini aku terpanggil utk buka blog n ceritakan pengalaman aku hujung minggu lalu.

Alkisahnya, hari sabtu yg lalu aku dan En Tunang pergi ke JB utk mghadiri majlis perkahwinan teman rapatku. Lama sudah ku plan minggu ni bersama teman2 ku yg lain si Geng Meluat(yard, tira dan faeza). Tp diorang semua pergi sendiri2, ada yg pergi dgn asben, ada juga pergi dgn rakan yg lain. So aku decide utk pergi bersama En Tunang since dia pun org Jb, so mgkin boleh balik ke rumahnya. Pujuk punya pujuk Alhamdulillah berhasil. He he he..


So, pada hari tu En Tunang menjemputku di rumah tengahari. Nasib baik mak dan ayah sudah pulang masa tu, dapatlah mereka jumpa kejap. Jalan pd masa tu agak jem sbb kan perayaan CNY T.T tp nasib baik hanya kereta je slow bergerak bukan sesak yg terlampau sesak. Jadikan cerita, aku adalah org paling lambat gerak ke destinasi, tp org yg paling awal tiba. Lulzzz. Kami sempat singgah di RnR Pagoh utk solat jamak dan makan. Alhamdulillah En Tunang sempat ajarku mcm mana niat nak jamak sbb aku dah tak ingat macam mana. Hihi. Sesampai di sana, sudah lah booking atas nama kwnku, duit utk checking pula tak cukup. Terpaksa pinjam En Tunang. Aduss...malu pula rasa bila dia hanya sengih dgn kekalutanku. Gentle sungguh dia mengangkat brg2 ku naik ke atas. Hehe. Spai di bilik, terus aku landing atas katil sambil menunggu rakan yg lain. Punya lah lewat sampai sempat aku mandi dan mendugongkn diri dulu. Haha

Dalam pukul 6.30 mcmtu, sampai lah diorg ke bilik. En Tunang dah lama pulang ke rumahnya yg terletak lebih kurg 20 mnit dr hotel. Haruk pikuk bila mereka ni sampai. Almaklumlah, dah lama tak jumpa. Seronok bukan main lagi. Opss..lupa nak ckp. Hotel ni takde lah besar mana, cukup lah kami berempat dan dsediakan satu extra katil. Lgpun dtg bukan nk tidur sgt, nak hangout dgn mereka2, so mmg agak selesa juga.


Dijadikan cerita malam tu, kami semua keluar selepas magrib. Oh ya, asben yard pakih pun ada sekali. Nsb baik dia ni jenis kpale gila juga layan je kami yg otak separuh terencat. Huhu. So, first ingt nak pegi mkn chicken chop hutan bandar, malangnya tak buka :((( so kami makan stemboat di Dataran JB. Seterusnya, next destination adalah Danga Bay, yg ni superb best sbb kami mcm beraktiviti lincah. Malam tu kerja kami hanya lah mengayuh dan mengayuh. Dr basikal bulat, sampai lah basikal yg boleh kayuh berenam tu kami cuba. Dan roller coaster pun kami naik. Jadi, malam tu sakit2 tekak aku menjerit. Kalau dgn geng Meluat, tak sakit tekak mmg tak sah. Lupa terus pasal keje. Eh!? Kalau En Tunang ada mst seronok. Tp fikirkan dia kepenatan drive sepanjang hari, jadi dia bg aku peluang spent time dgn kwn2. Love u! Kehkehh.


Esoknya pepagi lagi kami dah bersiap utk ke kenduri ziha. Mcm biasa last mnit punya siap, sempat aku suh yard tebalkan kening aku ckit. Ngehhhhh. Tak lama lps tu En Tunang dtg menepati masa. Gayanya mcm tak berkenan aku makeup :( sebelum ke kenduri, kami sempat singgah di Angasana Mall beli brg. Hihihi. Di sinilah aku pertemukan En Tunang bsama teman rapatku. Alhamdulillah tengok dr luaran mereka boleh terima satu sama lain. Inilah first time aku bawa En Tunang bercampur dgn mereka. And tak sangka nampak En Tunang cuba sesuaikan diri malah happy pulak tengoknya. So dah habis cari brg kami pun berangkat ke majlis. Sampai sana, tak berapa lama pengantin pun sampai. Alhamdullilah dapat jumpa even sekejap. And masa tu pun dah tak berapa ramai, so kami tak rushing utk makan.

 
 
En Tunang kalau sekali tengok mcm pendiam, tp duduk2 kat meja boleh pula dia bertegur sapa dgn pakcik kt sebelah. Em ok pass! Hehe. Lepas majlis, kami separate. Meluats attend lagi satu wedding, kami tak dapat nk ukot sbb nak buat urusan kami sendiri. So next destinantion adalah ke Kilang Bateri. Disebabkan kami berdua nak tahu sgt apa ada kat sana, so kami pun redah je lah. Baru tau, tempat tu adalah mcm satu gudang or kilang tapi dibuat booth and butik kt dalamnya. Quite okay bg sesiapa yg nk shopping. Tp bg kami yg cuma eager nk tahu apa dalamnya, agk krik krik lah juga. Haha. So lps drpd tu, dia pun bawa aku singgah ke rumahnya. Tp yg ada cuma kakak dan adik, mak dan ayahnya pergi ke n9 dan ke kebun di Perak. Pd mulanya mcm segan nak turun sbb dia kata nak amek brg je. Tp mcm tak sedap pula dah sampai tp tak jumpa kakaknya kan. So aku berlagak mcm biasa wlaupn dlm hati sedikit gentar sbb first time dtg. Banyaknya kucing rumah dia weiii, masuk je En Tunang dalam pagar, kucing sume menyerbu. Aku yg takut kucing ni, tpaksa lah menjerit mengelak2. Dia cuma ketawa je. Okfine. 

Alhamdulillah kakak dia okay, agak gila2 mcm aku juga, boleh lah layan perangai aku kot. Hehe. Selamber je aku suh kakak dia tolong tgokkan berat aku guna alat pnimbang rumahnya. Hehe. Harap dia tak fkir'budak ni mcm buat rumah sndiri pula'. Sejuk hatiku tengok En Tunang kt rumahnya. Totally lain mcm yg biasa aku kenal. Taktahu nak ckp mcm mana, agak caring. Tolong buatkan air utk aku, serve aku mkn. Dah sudah makan, aku hantar ke dapur, dia yg basuhkan cawan pggan kotor. Emm ntah nape erk rasa tenang. Rasa mcm serasi betul waktu tu. Cara dia layan aku depan kakak dia pun, mcm bukan org asing. Moga2 dia lah jodohku. Aminnn.  :(

Akhir sekali, dalam 10 lebih kami sampai ke rumah selepas mengharungi jem. Satu pengalaman yg cukup indah bagiku. Bersama org2 yang aku syg. Moga ketemu lagi. Muahh! Sedikit gambar aku sajikan dibawah. Tp gambar dgn En Tunang tak dpat upload, kang kot dia tahu habis aku. Hehehe.

Sincerly,
Me



Alhamdulillah one step closer ~

10.12.2016

Detik paling bermakna dalam hidupku. Hadirnya satu rombongan menyampaikan hasrat. Sebenarnya dari mula lagi hati aku dpt rasakan tahun ni seolah bagi satu kejutan besar utk diri aku. Cuma tak disangka dgn siapa. Sebelum hari kejadian dah mula sibok buat persiapan. Kelam kabut diri sendiri mencari pelamin yg murah lagi indah. Memikirkan brg hantaran yg patut dibagi. Mcm ni rupanya bila semua kena diuruskan sendiri. Kawen nnt mcmna agaknya ya? Alhamdulillah janji puas hati bila pakai duit sendiri. Cuma makan dan khemah ayah support. Ehehehe.

One step closer

So, apa persiapan yg aku buat sendiri? Eventually bendanya adalah baju dress, pelamin, mekap, goodies bag dan hantaran. Barang hantaran yg pihak perempuan bg pd lelaki:

1.kain ela(utk nikah)
2.coklat ferrero rocher
3.tuala
4.pavlova
5.kek fresh cream
6.manisan berbentuk cili
7.buah buahan

Barang pihak lelaki beri pihak perempuan:
1.sireh junjung
2.cincin
3.kain ela(nikah)
4.coklat
5.buah buahan

Waktu hari kejadian Alhamdulillah berjalan lancar semuanya. Cuma mendung and hujan skit waktu pihak lelaki sampai. Seperti adat org melayu, juruckp lelaki adalah bapa saudaranya dan juruckp prempuan adalah merangkap atok sedaraku. Punya lah lama diorang berunding iols kat dalam bilik sampai panas bontot menunggu utk dipanggil. Akhirnya lepas sarung cincin, bacaan doa,makan dan majlis pun selesai. Cuma agak terkilan tak dapat bergambar dgn kluarga lelaki. Sejuk sgguh hati nampak en tunangku masa tu. Tiap kali iols pndg muka dia rasa berdebar tapi ada ketenangan yg dirasa. Apepun bersyukur tersangat kerana sudah berada di peringkat ini. Maka iols kini bergelar tunangan org yg selama ni iols meminati dalam diam. Orang kata dugaan bertunang lagi hebat, moga kami sama2 dapat harungi dan janganlah Engkau bolak balik kan hati kami. Aminn.

Ikhlas,
Hamba Allah.

Precious moment in my life

Dear diary,

Everything was like a dream. Am I ready to become someone new? Or maybe to become more matured? Mcm mna nak kahwin kalau tak matang lagi ni? Sigh.

Its okay nad. Take ur time-he said. Dalam pada take ur time pun, berani pula dia membawa ku ke step demi step. Kdg2 terpaksa bertabah bila perangainya totally different dgn diriku. Tak boleh keluar selalu, taknak selalu contact, jarang ckp rindu, sayang semua tu. Takboleh itu, takboleh ini. Tapi lebih pelik dgn diriku sebab boleh accept. Kdg tertanya2, serious ke tidak dia ni? namun, paling respect dia berani membawa keluarga bertemu keluargaku. Maka, 17/9/2016 tarikh diriku dirisik. Tak pernah terbayang secepat ini dia bertindak. Still remember, pada hari Sabtu tu mak ayahnya datang. Dua hari sebelum dah mula tidur tak lena. Macam2 fikir, layak ke aku dgn dia? Mcm mana penerimaan family nya yg tak pernah sekali aku jumpa? Alhamdulillah all went well. Keluarganya sgt2 baik. Maknya sgt keibuan. Saat mak nya memelukku, sayu sgguh rasa. Yg paling nervous bila kena tunjuk keanak-daraan dgn menjamu tetamu makan. Tuang air, tuang makanan. Alahai kelakar bila teringat. Apepun satu pengalaman baru bagiku.

Terima kasih kerana terima diri ini.
Ikhlas,
Bakal.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More