Home Decor

"Have nothing in your home that you don't know to be useful or believe to be beautiful." —William Morris.

Family

“Family is not an important thing. It's everything.” – Michael J. Fox.

Home

“Home is the starting place of love, hope and dreams.”

Food

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

Eat Together as a Family

"When we eat together, when we set out to do so deliberately, life is better, no matter what your circumstances. - Thomas Keller"

A Day Trip w/ Ofismates

Hi peeps. Today sis nk story pasal trip satu hari sis w/ Ofismates yg diberi nama 'Trip to Ipoh Gurlz'. Actually kami dah plan trip ni beberapa bulan awal. Hampir je tak jadi sebab tiba2 one of us ada Hal pada tarikh nk beli. Last2 decide utk tukar tarikh seminggu awl. Tema kami hitam, nude and biru. Pegi naik ETS.  So there you go~


Mula2 sis nak perkenalkan kwn2 sis. 1st sekali KakYus - akak ni yg paling senior antara kami. Jenis tak banyak songeh, follow je perangai adik2 dia yg tah pape 😂  suruh posing dia posing. Tp bab makan jgn buat main, mmg dia dulu ke depan. Hahahahahha.  Paling btenaga antara kami, sbb segala vitamin, air tenaga dia amek. Hehe. Tugas beliau masa trip adalah booking grab/maxim. Yg 2nd Kak Nurul - yg sorang ni mmg tak menahan. Dia kalau buat lawak mmg selalu random. Jaranglah tak sampai. Antara ktorg dia plg kurang oksigen, pegi mana2 cari seat dulu. Balik cari ubat. Hahahahhaha. Tp tugas beliau adalah sbb penjaga keselamatan kami. Relate tak? Yg 3rd - Nadhilah. Yg ni tegas sikit. Kalau pegi mana2 kami memang plg takut dia. Hahahahha. Dr awal smpi akhir kena jaga mood dia, kalau dia buat muka abs. Hahahaha. Tp kalau takde dia, kuranglah kami bercontent, and mst kami terhangak2 taktahu mana nak pegi. Sbb tugas dia adalah planning tempat mana nak pergi. So dia plg function. So inilah dia kami berempat. Oh ye, sis adalah sbgai bendahari a.k a akuantan.~


Jadikan story, we ols sampai KTM  seawal 8am. Ticket pkul 9pm, awl baq hang. Hahahaha. Awal2 dah buat onar, rupanya tren asal rosak. Sis dpt sms kena tukar tmpt duduk. Sekali tgok, sis sorang je among diorg yg kena tukar. Diorg dpt duduk Platinum, sis yg gold je. Tp sbb taknak ganggu mood, kte layan je. Ok jgk dpt feeling sorang, walaupun lpstu tiber ada org pula kt sblh, yihhhh. Diorg siap makan2 megi, bercoffee lagi kt kafe dlm tren tu. Enjoy btol kan. Hahahahahha.


So around 1pm kami sampai. Memula nk sampai je, ingat nk berselfie dulu dkt platform tu. Sekali kena sound dgn kru KTM, selfie stick not allowed. Mmbe dah gigih letak beg, meniti anak tangga nk bgambar, sekali tak boleh.. Tebal muka beb hahahhahaa. 

Sampai je sana, kami tunggu maxim. Sepanjang dkt sana, kami mmg naik grab/maxim je. Rupanya hotel berdekatan je dgn semua tmpt. Pandai Nadhilah pick tmpt. Hehe. Rasa mcm kelakar pula naik grab spnjg trip ni, masuk kete tak sempat menikmati perjalanan tibe2 dah sampai. Ibarat baru bernafas sekali dua je dah kena turun. Hahahhahaha. Mmg dekat gila. 1st thing 1st, kami ke hotel dulu. Cuba nasib utk checkin awal, sekali dapat. Around 1pm. Sampai je bilik terus menjerit, melompat, menonggeng. Haha serious happening. Then, keluar balik utk makan tengahari. Perut nak berdarah wehh 4 jam dalam tren. Hahahaha. 1st destination kami ke Restoren Hj Yahya. Mcm2 variety lauk ada. Tp takdan amek gambar, masing2 dah kebuluran. Hahahaha. Then, makan cempedak goreng. Serious murah2 makanan dekat sana, plus sedap gilaaaa pula tu. After lunch, kami pergi ke Plan B n Concubine Lane. Kononnya nak makan Ais Kepal, tp dah kenyang makan, Ais Kepal pun dah tak nampak. Hahahaha. Pergi sana untuk buat content je. Then lepaks mengopi dekat Harry potter, berdekatan situ juga. Serious lawak situ. Perangai masing2 memang takde yg semenggah ye, tak behenti gelak dr awal. Around pukul 5pm mcmtu, kami decide utk balik hotel mandi n solat. Dah sampai hotel, dah bermalasan pula. Sampai kena sound la dgn member, suruh cepat. Hahahaha. Motto trip kami adalah : kami cuma takut Nadhilah je. Kahhhhhh.

Then, keluar untuk food hunting lagi. Next destination adalah Laksa Saranghae. Kali ni kami decide utk amek portion sikit je buat ghaso2. Sbb memang aim dtg sini nak makan2, bukan bajet tau. Lepas tu, kami balik hotel lagi utk rehat jap. Hahahahhaa. Sebab tmpt semua dekat2 kan, so mcm tak rushing. Dalam pukul 8.30pm mcmtu, kami keluar ke next destination iaitu Miker Pizza. Yang ni jalan kaki je sebab sejengkal jarak. Kalau naik maxim, takut takde sape nk amek sbb tak berbaloi. Hahahhhaa. Mujur berjaya pujuk Nadhilah jalan kaki. Haha. Sampai2 ramai org kena beratur dulu. Fuh boleh tahan ramai. Tp mmg pizza dia sedap. Sampai kami tak larat dah nak makan. Hahahahha. Last2 bawak balik. Sampai hotel around pukul 10.30pm mcmtu, ingatkan tido awal. Last2 dalam gelap pun masih lagi nak bergelak ketawa, post content dekat medsos. Pdhal member sblh sis ni dah menguap sampai nak terkoyak mulut, tak tido2. Hahahah. Last2 pukul 12pm kot sis syak semua tido sbb dah senyap. Sis memang ada mslh tido kt tmpt baru, so pukul 1pm baru dpt tido dgn lena. 

Esoknya, kami dikejutkan dengan bunyi alarm Nadhilah. Bunyi dia mcm siren polis beb, nak melompat dibuatnya. Sekali tengok baru pukul 5pm. Apooooo. Last2 tido balik lansung terlajak. Hahahahha. Pagi2 next destination kami is Suhaimi Cafe. Kedai ni ala2 kopitiam gittew. Macam2 aneka makanan kat situ, sampai taktahu nk pilih yang mana. Haha. Then balik hotel, around 10am++ mcmtu kami checkout terus tapi letak luggage dlu dekat lobby. After makan, terus shoot ke Tasik Cermin. Yg ni paling jauh rasanya perjalanan kami 15 mnit. Haha. Sampai2 tak dapat masuk, sbb dalam tu banjir. So ambil gambar kt luar2 je. Nak boat ride kena bayar satu kepala Rm25 pula, baik pergi makan kannn.

Sbb kan timing mcm dah lari sikit sbb Tasik Cermin skejap je, so kami repeat pegi Plan B, kalini baru nk try Ais Kepal. Tmpt ni one of famous tmpt kat Ipoh tau. Mmg sedap rupanya nsb baik pergi situ dpt la merasa kan. Next kami pergi ke Canning Dimsum. Yesss ! Lama teringin makan kat sini tau. Dimsum dia sedap2 oiii, rasa mcm nak telan semua. Last2 hampir termuntah dibuatnya. Hahaha. Harga jela a bit spicy. Above Rm100 kami kena masa tu. Then, kami dah buntu nak pergi mana. Tiket balik masa tu 7pm, habis makan dimsum baru pukul 2pm. Kami hampir je nak tanya hotel tu ada tak bilik tumpangan utk 2jam. Hahahahaj. Buat hal la diorg ni. Last2 lepak surau yg mmg muat2 utk 4 org. Haha. Rasanya org hotel tu naik muak tgk muka ktorg tak balik2. Hahahaha.

Lastly, dlm 5.45pm mcmtu baru la kami bgerak ke KTM Ipoh. Dekat sana kami dah berpisah dgn Nadhilah. Sbb dia turun KL Central gara2 tiket balik dah habis masa beli tu. Tiket kami yg pada asalnya 7pm pun delay sikit dlm 15mnit. Pukul 11.30pm kami pun selamat sampai ke pangkuan suami masing2. Hahaha. Alhamdulillah.

Sungguh tak sangka percutian kami ni betul2 jadi. Ingatkan cuma sembang je. Hahahha. Mmg fun sgt trip dgn diorang! Wlaupun mcm2 hal kat sana biar kami jela yg tahu, tp tu semua kenangan manis buat kami. Thankyou pd asben masing2 sbb izinkan kami pergi dan jaga anak2. So Nextttttt ! Hahahahhaha.

Sis sajikan sikit gambar di sini buat tatapan semua. Thankyou sudi baca. Lurve ❤️





Appreciation post for wonderful friend..

Hi uols..mukadimah dulu.. Sorry lama sis menghilang..sbnrnya niat nak keep update blog hari hari, tp apekan daya byk benda tak sempat nk kejar 😢

So sis nak cite..harini sis rasa sgt2 terharu sebabnya harini sis dpt something drpd someone whom I used to close before. She ni actually nak kasi hadiah to one of my colleague, tp lansung tak expect sis pun dpt jugak. Dia punya terharu tu smpi auto pelok she dr blkg tau. Haaaaaaa 🤣 To be honest, mmg tak pernah dpt something mcmni sbb bkn my birthday kan. And sbnrnya sis tak rasa dengki ke apa tau kalau tak dpt apa2. Tp she ni punya kind and pemurah tu mmg sis appreciate. Tak pernah berkira dgn kami slme bkwn. Tak pernah busuk hati. And selalu bg sis kata2 semangat. Alhamdulillah sis bersyukur sgt2 dikurniakan kwn2 yg baik dkt skeliling. Didoakan smoga she diperluaskn lg rezeki oleh Allah dan terus berbuat kebaikan kpd semua org. Love youuu.

Thank u kak LZ :)

Mc 2 hari..

 Hi bloggers..

Im back ! Lately tengah tak berapa nak sihat utk mengarang blog. Like doc said maybe due to cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan. Tapi sis perasan lately ni mcm dah musim panas balik. Yela bulan pun dah nak beralih ke march. Tak lama lagi dah puasa kan... So jaga diri semua! Jaga kesihatan, dan jaga lah insan2 tersayang..nanti sis kembali okay.. peace !

Something to share..

 Masuk harini dah sebulan tragedi sis accident berlaku (6/1/2023). Yang paling sadis kereta sis tak sampai setahun sis guna dan remuk seremuk hatiku huhuhu. Cerita dia masa tu sis dan kwn2 nak pergi ke Oakland, S2 teman kawan. Masa tu sis drive. Waktu nak keluar simpang, sis nak masuk simpang satu lagi. Sis mmg ingat yg sis dah bagi signal, and ada delay beberapa saat utk sis masuk sebab tunggu kereta depan tu lalu. Tiba2 half way sis masuk, gedegang ! Masih teringat lagi gegaran tu. Masa tu rasa mcm blur sgt2 ! Rupanya ada motor langgar sis, and kena dekat bahagian pintu pemandu. Cuak! Mmg tak fikir apa dah. Sis nampak budak tu and kwn dia dah terbaring tgh jalan. Sis nak pergi kt dia, suddenly diorang bangun and dari jauh cakap sorry sbb tak perasan. And terus blah gitu je. Sis masa tu dah blur mcm ayam. Hahahaha. Tak tahu nak buat apa, nama, no tepon, no plat motor semua takde ! Sis call shuben, mujur masa tu shuben mmg ada kt area2 situ. Suddenly after call, budak tu dtg balik dgn kwn dia. Rupanya yg bwk motor tu bukan owner. Mungkin owner tu tak puas hati, jadi dia dtg balik. Dah hampir nak bgaduh time tu. Dia dok salahkan kami sbb masuk simpang situ. Sdgkan pd awal budak tu dah say sorry. Dok salah menyalahkan last2 sis ajak setel balai. Memula dia taknak. Siap bwk geng motor dia, tapi semua tu student. Last punya last tak dpt kata putus, last2 ke balai jua. Mmg 1st time pengalaman g balai buat report. Tl sis takde la takut sgt sbb mmg yakin yg dah drive betul masa tu. Tp mmg terguris la hati tgk kereta sis. Sobsssss. 

Terguris hati tengok kereta sis 

Tp apa yg nak sis share kt sini, dari pembacaan sis:

1.nak claim insurans ni kena ada report balai. 

2.seeloknya hantar sendiri ke bengkel, sebab if pakai agent boleh jadi agent amek komisen dr situ.

3. Kalau pihak ketiga salah, kita boleh claim insurans dia. Tapi dlm kes ni mcm 50-50 sbb dashcam tiada dan polis pn pening nak fikir siapa salah mungkin sbb bukan langgar belakang. And yg bawak moto bukan owner sendiri

3. Dan kalau pihak ketiga salah, kte boleh claim Loss Of Use, which is pampasan selama mana kereta kte duduk dalam bengkel. Kiraan dia adalah hari di bengkel X CC kereta kita.

Doakan sis tabah, kereta sis baru shj masuk ke bengkel. Dan sis ada sdikit perasaan trauma nak drive..huhuhu.. anyone ada info lagi tak pasal accident apa prosedur or boleh dibuat, boleh share.. tq semua !

Weekend's Activity

Hi bloggers..

Happy holiday ! What's ur activity during weekend? Me just simple life jerr..

Sbbkan lama dah tak balik kg, so sis decide utk balik. Kg sis dekat jurr kt PD, around 20 minutes Dr rumah sis. Kebiasaan sis akn bertolak Jumaat mlm after balik keje shgga ahad ptg or malam. 

Port Dickson beach

So minggu ni just simple routine. Chitchat, masak2. Semua pun balik so meriah la rumah dgn budak2 yg lam tak jumpa ni. Sabtu tu sempat melawat ibu saudara di Seremban. Sedih tgok keadaaannya yg semakin menua. In fact, kita semua pun semakin meningkat usia, hargailah org tua kita selagi ada~

Kelas Zumba..

 Hi bloggers..

Today sis nak story pasal kelas zumba yang sis attend dekat ofis sis. Actually kelas ni dah start hujung tahun lepas(2022). Sebenarnya sis ni sejenis suka menari. Cuma takde konfiden nak menonjolkan diri. Dari masa zaman U lagi, sis pernah masuk Town n Gown. Festival untuk budak2 yang nak grad. Setiap fakulti kena hantar wakil untuk perform tarian and berarak dekat bandar Batu Pahat. Ok taknak cerita pasal tu dahulu..

Sambung balik pasal zumba..Hehe..So disebabkan minat yang mendalam untuk menari ni, plus sis nak menguruskan badan yang dah naik, sis pun join la team zumba ni. Team ni utk ofismates je, diorang bayar coach luar. Memula attend tu macam segan-2 juga. Tapi lama-2 shiok la pulek..Kelas setiap 2 kali seminggu, tapi sis mampu join seminggu sekali je. Tu pun puas pujuk encik shuben untuk benarkan. Hehe. Bukan apa, petang2 kena ambil anak balik skola. So, bila sis pergi zumba beliau la kena jemput. Alasan sis, bagi la sis masa untuk 'me time'. Ni je caranya huhuhu.

Coach zumba ni mmg sporting. Duduk dekat je ngn rumah sis. Setiap kali kelas, lagu yang dibukak kemain energitik. Adoi. Mula2 tu mmg susah nak follow. Tapi berbekalkan semangat dan sikap yang cepat belajar ni, fuhh...akhirnya boleh juga catch up step2 tu. Hahaha.

Hakak2 yang join pun semua sporting, walaupun pada asalnya sambutan tak memberansangkan. Tapi ada beberapa orang yg mmg tak pernah miss akan attend klas ni. Untuk tahun 2023 ni, kontrak dah tamat. tapi kami nak sambung juga dengan bayaran dikenakan kepada siapa yang hadir. Kalau ikutkan dah sebulan tinggal, so bila dapat sambung balik. Mmg happy betol rasa tu. Sampai tahap, kt rumah pun sis praktikkan step2 yang coach ajar. Shuben sis sampai naik mual la tengok. Tu yang dia izinkan sis pergi tu. Sebab dia tengok bini eh dah gian nak zumba. Hahhaahaha. Tapi zumba ni best tau, dapat sihatkan badan sebab ianya sejenis exercise juga. Tapi ada individu yang suka exercise cara lain like jogging, bersukan etc. So ikut pada pilihan masing2. Yang penting, kte ENJOYYY !

Di sini sis sajikan sedikit gambar team zumba sis yang betukar2 orang. hehe. Thank you for reading !



Team Building to Port Dickson Jan 23 (Part 2)

Sambung semula..

Pagi keesokannya, dalam tentatif kata ada Taici. Seawal 7 pagi kami dah turun. 1st time sampai paling awal. haha. Sekali bukan buat taici, tapi senamrobik ala2 zumba. Which is sis mmg suka ! Hahahaha. After habis tu, minum pagi. And tukar baju untuk masuk ke dewan semula. 

Kali ni ada aktiviti lagi, kena buat SWOT analisis untuk diri masing2. Diberi soalan dan tgok tahap mana kita berada. Next, ada game Bom dan Goreng Pisang. Game bom ni, 1st penceramah akan tuju dekat gorup mana dia nak bom. Bila dia tuju group tu, group tu kena sambung and bom group yang lain. Sape tak synchronize dikira kalah. Contohnya, bila dia cakap '0 bom, 0 bom, 0 bom, 1 bom', so group 1 akan teruskan dan bom group lain. Group sis lain disuruh lain yang dia g bom. 1 spoil, kalah terus..Hahaha. Game goreng pisang pula, adalah nyanyi main sambung2. Contohnya 'Goreng Pisang, Goreng pisang sekarang. pisang apa, pisang apa sekarang'..So next group kena sambung pisang emas ke, tanduk ke, etc. Next group akn sambung last word yang group tu bagi. Game yang ni tak puas hati, group lain bagi nama dalam English, which is susah kami nak sambung. Tiba2 group kami kena singkir, pdahal group tu yang tak ikut syarat. Takpe, mengalah je sbb group kami mmg selalu kena aniaya.. Hahahaha.

Next game, diminta dua orang main benda ni. Sorang kena diri tegak, yang sorang lagi kena letak sebanyak mana kertas kt badan dia tanpa jatuhkan kertas tu. Ahli group yang lain, kena pass kertas tu and tlg susun. Sumpah game ni paling lawak gila ! Bebudak laki group sis ni mmg sengal ubi sikit. Diorang letak kertas sampai tertutup mata mmbe belakang tu. Dah la hampir tak bernafas, disuruh pulak, kempiskan perut tahan nafas. HAHAHHAHAH. Mujur la menang ! Next2 game, main game XY. game ni susah nk terangkan la. Hahahhahaha. Tapi just nak cite, dia nak 4 group je, so group yang menang kena bubar and masuk group mana2. Mujur kak Faz tarik sis, kalau tak taktahu nk masuk group mana. Huhu. And at then, group kami menang lagi YASSSS ! 


Last sebelah petang buat SWOT analisis. Kenali Kekuatan, kelemahan, Cita2 masing2. Lepastu semua kne round the table tuliskan apa cadangan nak bagi dekat kawan2 based on semua benda tu. Paling sis ingat, ada sorang tu cita2 nak jadi pengarah filem. Ada mmbe tulis 'Jgn jadi sol no 2'. hahahah bongok ! Lepas dah habis tu, kena cari owner kertas yang kita pegang tu and bca kt dia semua benda tu. Geli plak nak baca sesatu. haha !

Acara penutup, ucapan dari wakil pelajar, dari KYNS, and wakil KJ sains Kak ita. Then acara penyampaian hadiah. paling tak sangka group kami JUARA untuk persembahan malam tu. Hahahaha. Mmg tak sangka gila2 walaupun persembahan asal boleh, tapi boleh menang wooo ! 

Begitulah kisah sepanjang kursus tu. Tapi mmg fun sgt la, dapat group pun semua gila2, masuk air. And semua mmg effort and contribute idea masing2. Walaupun kami selalu dianiaya, tapi rezeki berpihak pada kami. Akhir kata, Horasssss Juara !

Thank you semua sudi baca kisah panjang. See ya~












Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More